Rabu, 31 Mei 2017

Cara mendidik anak gaya Nabi.

Mesti parents singgah dekat post ni sebab nak cuba teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak-anak kan. Baca sampai habis dan aplikasi terus lepas baca. Saya beri tips secara santai dan mudah. Tak perlu nak beli buku parenting buat masa ni. Ikut je 4 tips yang saya berikan dulu dan jadikan sebagai tabiat walaupun rasa macam buang tabiat je sebab sebelum ni garang belaka. Haha.

Gaya Nabi ni sebenarnya dah lama, cuma teknik untuk menggunakan gaya Nabi baru sahaja dikaji dan digunapakai. Dan SubhanALLAH. Hasilnya sangat memberansangkan. Perkembangan emosi anak sangat terjaga. Nabi Muhammad SAW sendiri tak pernah marah siapa-siapa terutamanya anak kecil. Nabi lebih suka bercakap benda-benda baik dan positif. Nabi juga lebih suka menunjukkan cara untuk melakukan sesuatu berbanding menyuruh dan mengarah.


Saya praktikkan gaya Nabi untuk didik anak murid tuisyen saya. Anak murid saya ni kebanyakkannya mempunyai estim diri yang rendah, tidak yakin dengan diri sendiri dan malu untuk siapkan tugasan yang saya berikan.


Teknik Nabi mendidik anak sangat mudah dan tak stress. Budak-budak enjoy, kita pun enjoy. Cuma nak mulakan gaya Nabi ni susah sebab kita dah biasa marah-marah orang lain. Kita yang gagal kawal emosi sendiri. Kita yang nak anak ikut acuan kita, ideal kita, dan harapan kita.


Macam mana tu? Tak faham? Saya bagi analogi di bawah.


Situasi: Anak bising bermain dan menyanyi kuat-kuat. Si ibu marah sebab anak tak mau duduk diam-diam dan main diam-diam.


Nampak tak? Fitrah anak tu memang la main dan buat bising. Kalau nak yang diam, beli je anak patung, tak payah ada anak. Ibu yang EMOSI nak anak diam sampai anak-anak kena marah, kena rotan, kena cubit. Sedangkan buat bising dan menyanyi tak berdosa pun. Anak tak buat kesilapan sampai mendatangkan dosa.


Sama dengan pelajar. Tak buat homework tak berdosa, ada yang tak pandai nak buat jadi dia pun tak buat, ada yang memang malas nak buat sebab bila buat pun ke KRITIK apabila salah.


Teknik Mendidik Gaya Nabi ni simple. Mudah. Banyakkan MENDORONG anak buat perkara yang betul, dan tidak KRITIK benda yang salah.


Saya kongsikan 4 teknik je. Jika ikut betul-betul. Akan nampak hasil dengan izin Allah. Perlu diingatkan, tips-tips ini perlu diamalkan secara berterusan. Bukan sekali je dengan harapan anak faham dan ikut sampai bila-bila. Anggap je anak tu ada memori jangka pendek. Esok kena cakap benda yang sama juga. Berulang-ulang kali.


Okey. Tips Pertama, jangan KRITIK anak, sebaliknya TUNJUK BENDA BETUL.


Bila ibu bagi tugasan kepada anak, jangan kritik apa kesilapan yang dia buat sepanjang masa anak buat tugasan tu. Biarkan anak siapkan tugasan dia sampai siap walaupun TAK BETUL.


"Siti, pandainya Siti masak TAPI masin sikit."


Ni puji campur kritik. Dari anak nak happy terus rasa kecewa. Raikan anak walaupun dia buat tak sempurna.


Lepas anak siap, TUNJUKKAN cara buat tugasan yang betul, sebut satu per satu langkah-langkah yang perlu dibuat. Minta anak sebutkan semula dan minta anak buat lagi sekali.


Contoh kerja simple macam cuci pinggan, sapu rumah, lipat baju. Kerja-kerja yang lebih rumit memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Tengok anak buat sambil ketap bibir. Diam walaupun geram. Biar anak buat sampai siap. Lepas siap baru tunjuk benda betul. Ingat, jangan kritik apa pun. Jangan sindir. Jangan perli.


Tips ni sangat sesuai untuk anak lelaki. Otak lelaki tak boleh switch setengah jalan, mereka kena siapkan tugasan sebelum boleh ditegur. Kalau tak memang 'jam' fikiran dia.

Anak perempuan tak apa. Perempuan boleh fikir banyak benda dalam satu masa, jadi nak hentikan perbuatan anak separuh jalan pun tak mengapa, terus tunjuk perbuatan betul. 


Itupun jika anak ada keupayaan untuk faham. Jika nampak jenis baby-baby lagi tapi berusaha nak tolong juga, layankan je la. Tunjuk juga benda betul walaupun anak balas gaya baby. Masa ni nak didik anak bantu buat kerja rumah. Biar terbiasa tolong.


Tips kedua, TERANGKAN kesalahan


Skrip bercakap macam ni:


Situasi: Basuh pinggan


Ahmad tak basuh sabun bersih-bersih, masih ada sisa buih sabun di pinggan.


Dialog Ibu: Ahmad, pinggan masih bersabun, bilas pingan sampai BERSIH dari buih sabun. Baru kita boleh makan guna pinggan BERSIH ni.


Situasi: Anak tak susun kasut.


Dialog Ibu: Siti, susun kasut KEMAS-KEMAS. Baru senang nak guna kasut yang dah tersusun KEMAS ni.


Pendek kata, Ibu hanya tunjuk benda yang BETUL sahaja. Tak perlu terpekik marah-marah dan mengungkit benda yang salah. Lepas anak berjaya buat tugasannya dengan betul dan baik (belum capai tahap sempurna, budak-budak masih kecil), terus puji anak.


Tips ketiga, cara marah anak.


Saya tak kat tak boleh marah anak, cuma marah cara betul. Jangan sesekali ungkapkan kata-kata yang mengguriskan hati anak tercinta.


Budak-budak tak akan lupa kata-kata yang menyentap hati mereka. Perkataan seperti bodoh, tak pandai, pemalas, lembab, dan lain-lain akan mengubah imej diri anak, mungkin terbawa-bawa sehingga dewasa.


Anak yang kerap dipanggil bodoh dan malas mungkin tidak mahu belajar atau buat apa-apa aktiviti baru disebabkan label yang Ibu dah letak pada anak.


Cara marah yang betul adalah menunjukkan memek muka yang marah, tapi mulut diam. Tak kata apa-apa. Tunggu sampai anak perasan muka Ibu berubah dan anak hentikan perbuatan dia.


Bila anak dah berhenti, terus tunjukkan memek muka tersenyum, ceria dan positif. Ini REWARD bagi anak. Kemudian PUJI anak dan terangkan kesalahan anak.


Tips keempat. PUJI anak.


Anak amat mengharapkan pujian daripada ibu bapa cuma cara pujian kena betul.


Bila anak siap sapu rumah, puji macam ni.


"Terima kasih Siti, bila Siti sapu rumah, rumah jadi bersih. Ibu SUKA. Abah pun SUKA."


Ini ganjaran sosial. Anak suka dengar pujian dari ibu bapa sendiri, anak terdorong untuk berkelakuan baik pada masa depan. Atau doakan anak kuat-kuat, biar anak dengar.


"Ya Allah, terima kasih kerana bantu Siti sapu rumah, masukkanlah Siti dalam syurga kerana akhlak dan sikap membantu Siti yang baik"


Okay, ini tips yang ringkas saja. Saya harap gaya parenting ini akan bantu sesiapa sahaja yang baca post ini.


Semoga Allah mengubah hati pembaca untuk menggunakan gaya Nabi mendidik anak secara tetap dan anak hasil didikan gaya Nabi menjadi anak yang baik, soleh dan anak yang akan bawa ibu bapanya ke syurga.


Aamin.


7 cara sembuhkan demam bayi tanpa ubat

Terima kasih kerana sudi melawat blog www.superherolin.com. Hari ni saya nak kongsi bagaimana nak sembuhkan demam anak. Samada bayi atau kanak-kanak tanpa ubat.

Budak-budak bawah 2 tahun kan tak boleh makan ubat. Jadi saya kongsikan apa yang kita boleh buat untuk bantu turunkan suhu badan anak yang demam.

Sebelum itu, anda perlu segera ke klinik sekiranya anak anda ada apa-apa tanda dibawah.
1. Anda kena bawa anak jumpa doktor bila anak tidak mahu makan, tidak ada selera untuk makan, muntah-muntah saja, atau lembik badan.
2. Anda kena bawa anak ke doktor bila demam melebihi 3 hari.
3. Anda wajib bawa anak ke doktor bila demam mencecah 40 darjah Celcius dan tak kebah.
4. Anda kena bawa anak ke doktor bila demam tinggi tak kebah (dikhuatiri akan kena sawan atau ‘tarik’)
5. Anak berusia bawah 3 bulan wajib dibawa ke doktor bila demam tinggi.
Okay, sekarang Penulis kongsikan macam cara nak sembuhkan demam bayi tanpa ubat.
1. Lap badan dengan air suhu biasa.
Kawasan badan yang bersuhu tinggi adalah bahagian kepala, bahagian pelipat seperti ketiak, paha dan bahagian leher. Tuam adalah kaedah terbaik untuk kurangkan haba badan.
Cara-cara: Letakkan kain tuam yang basah tu dekat kawasan pelipat (lepas 10 minit bilas dengan air suam dan tuam balik. Tidak digalakkan tuam dengan air sejuk, menggigil anak nanti)
2. Beri minum air sejuk atau aiskrim. Ini akan bantu anak yang gatal tekak atau tekak terasa perit akibat demam. Beri berpada-pada, jangan terlalu banyak.
3. Masakkan sup tulang atau ‘bone broth’ untuk bangkitkan selera makan anak atau bagi minum air susu dicampur dengan 1 sudu Meal Shakes supaya anak kenyang.
5. Sapukan minyak bawang putih kepada anak.
6. Letakkan bawang merah dibelah di tapak kaki. Bawang merah ni dikupas, dibasuh dan dibelah dua. Letak bawah tapak kaki dan pakaikan stokin dekat anak. Buat waktu anak tidur ya. Waktu aktif nanti dia mesti tak mau kan.
Stokin tu guna stokin lama. Sayang nak guna stokin baru. Lekat bau bawang.
7. Biarkan anak tidur (Bila kita demam, pun kita rasa nak bergolek tidur kan. Jadi biar anak tidur, cuma pastikan dia tak lembik. Berbezakan keadaan badan bila mengantuk dan bila lembik). Selagi anak masih alert dengan sekeliling, okay lagi tu. Tunggu suhu badan dia turun ja. Awasi demam anak.
8. Suapkan air masak, Meal Shakes, Nutriferon atau susukan sekerap mungkin. Air kencing anak akan keluarkan haba dari dalam badan.
Bagi anak yang dah berusia 3 tahun ke atas, mereka dah boleh makan setengah sachet Nutriferon. Jika anak masih menyusu, ibu minum satu sachet Nutriferon dan susukan anak macam biasa.




Ini gambar Nuteriferon dan Meal Shakes

Saya harap post ini dapat membantu anda yang ada baby demam. 😦 Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak anda.

Harga Nutriferone dan Meal Shakes Shaklee

Satu kotak Nutriferon ada 30 satchets, berat 1.2g. RM192.13.
Satu tong Meal Shakes ada 544g. RM127.20

Jumlah RM319.33.
Cara dapatkan Nutriferon dan Meal Shakes Shaklee

Wasap penulis di nombor +60134141176

atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Isnin, 29 Mei 2017

Tips Doa Makbul


Hi guys, post yang lepas saya kongsikan tips bangun sahur. Post ini saya nak kongsikan tips doa makbul. Saya pasti ramai orang mahu doa diperkenankan oleh Allah. Jadi saya bagi sedikit tips yang saya harap akan membantu awak berdoa kepada Allah.




1. Minta jalan terbaik


Allah SWT dah rancang keseluruhan kehidupan kita. SEMUA benda yang kita lalui ni adalah perancangan Allah SWT. Jadi mulakan rasa bersyukur. BERSYUKUR dengan semua yang dah ada sekarang ni. Bersyukur dengan anggota badan yang berfungsi, wifi tak putus, handphone tak rosak, masih boleh bernafas, masih boleh berjalan, masih ada ibu, masih ada abah, masih ada family, masih ada kerja, masih ada beras, masih ada ikan dan ayam dalam peti, masih boleh pilih nak berbuka beli bazaar ke masak sendiri (post ini ditulis dalam bulan puasa), dan lain-lain benda kecil.


Lebih baik jika ada buku win dan buku syukur. Buku win tu tulis apa yang berjaya dilakukan hari ni. Contohnya, 

berjaya solat subuh awal waktu, 

berjaya makan nasi ikut portion, 

berjaya minum air 3 liter, 

berjaya siapkan kerja tanpa overtime. 


Buku syukur pula tulis macam ni, 

Aku bersyukur:

1. Sampai kerja awal.

2. Dapat ilham idea bisnes.

3. Rakan sekerja yang tak beri masalah.

4. Bos baik.

5. Allah hadiahkan suami/wife yang memahami.


Buku win dan buku syukur ni penting sebab masa kita down dan frust, kita lupa benda-benda yang patut kita syukuri. Banyak nikmat Allah SWT dah bagi. Takkan sebab masalah yang baru masuk dalam life kita, kita cop Allah dah bagi bala dekat kita.


Bila dah tenang sikit baca balik buku win dengan syukur ni dan ingat balik benda-benda yang Allah dah bagi. Lepas tu berdoa dan minta jalan terbaik untuk keluar dari masalah ni. What doesn't kill you, makes you stronger. Masalah akan berlalu. Masalah akan selesai dan jiwa kita semakin kuat bila ditimpa dengan masalah. Life takdak masalah pun bosan juga kan. Smooth sangat hidup.


2. Buat vision voard atau tulis 101 matlamat atau kedua-duanya sekali.


Okay ini antara short cut doa makbul.


Fokus pada apa yang kita nak sahaja. Duduk diam-diam dan tulis 101 matlamat atau impian atau benda-benda yang kita nak capai dalam hidup kita. Buat impian tahun ni, tahun depan, lagi 3 tahun, lagi 5 tahun, lagi 7 tahun, lagi 10 tahun. Lepas tu tengok balik senarai impian tu, impian yang nak dicapai dalam jangka masa 1 tahun mungkin rasa mustahil tapi takdak yang mustahil bagi Allah SWT. Baca balik point 1. Allah SWT boleh bagi APA SAHAJA bila-bila Dia nak bagi. TAK MUSTAHIL bagi Allah SWT. 


Orang yang tak tulis matlamat dan tak buat vision board, kehidupan dia macam ombak. Dibawa ke pantai, ditarik ke laut. Tak sampai darat, tak sampai juga ditengah laut. Tersepit diantara dua tempat.


Jadi buat perancangan. Baik bujang mahupun yang dah berkahwin. Dah berkahwin tu bonus. Siap boleh bincang dengan pasangan masing-masing dan buat perancangan kehidupan sampai ke syurga bersama. Cewah. 


3. Berdoa


Doa adalah short cut capai impian.


Setiap kata-kata yang keluar dari mulut, kata-kata dalam hati, kata-kata dalam fikiran dan perbuatan kita adalah doa. Ya. Semua ni adalah doa. Perbuatan pun doa. Membebel dalam hati pun doa. Berfikir pun doa. Bercakap tu confirm memang doa.


Jadi bila cakap lain tapi buat lain, macam mana doa nak dimakbulkan. Sebab perbuatan dan percakapan tak selari ('allign') dengan impian atau matlamat yang nak dicapai. 


Bila percakapan, perbuat dan pemikiran ni selari baru senang nak capai impian. Baru Allah permudahkan urusan, baru Allah tunjukkan jalan terbaik, baru Allah hadirkan orang-orang yang boleh bantu kita. Kita wajib ubah diri sendiri dulu jika kita nak keadaan sekeliling berubah.


90% pemikiran datang dari persekitaran, ubah persekitaran sikit-sikit. Perubahan pun datang sikit-sikit. Bila berubah banyak, perubahan yang datang pun banyak. Doa dekat Allah SWT dan minta jalan terbaik untuk berubah.


Doa bersungguh-sungguh, minta siang dan malam, minta sebelum tidur, lepas bangun tidur, lepas solat, masa basuh pinggan, masa driving, masa shopping, masa tengok tv, masa scroll fb. Minta, minta dan minta. Minta, minta, dan minta lagi sampai satu masa perubahan tu dah pun mula berlaku tanpa sedar.


Apabila perubahan dah berlaku, matlamat mula dicapai, doa kita sudah pun Allah SWT makbulkan.


So what. Dah capat impian. So nak buat apa lepas ni. Baca nombor 1 balik. Minta jalan terbaik lepas capai matlamat-matlamat ni. Kemudian, baca nombor 2. Tulis 101 matlamat dan buat vision board lagi. Lepas tu buat nombor 3, berdoa dan ulang-ulang cycle ni sepanjang hayat.


Post ni pun Allah SWT yang bantu saya karang.

Semoga bermanfaat kepada awak sebab Allah SWT bawa awak ke post ini dari mana-mana social media atau search engine. Awak klik link ini dari puluhan, ratusan dan ribuan link atau post lain. 


InsyaAllah.


Bye.

Sabtu, 27 Mei 2017

3 tips mudah bangun sahur

Hi guys, kita dah sampai ke bulan Ramadan tahun 2017. Semoga Allah SWT menerima semua amalan yang kita buat pada bulan puasa ini. InsyaAllah.
Hari ni saya nak share 3 tips mudah untuk bangun sahur, saya pasti ramai yang ada masalah untuk bangun sahur, kadang-kadang sampai terlajak tidur sampai lepas subuh. Tips yang saya berikan adalah mudah dan praktikal, lepas baca boleh terus buat. InsyaAllah, Allah akan bantu awak untuk bangun dengan jayanya. Allah yang izinkan awak jumpa post ni pun.
Tips nombor 1.
Siapkan sebahagian makanan atau siapkan bahan-bahan nak dimasak.
Ada orang makan lebihan berbuka (keluarga saya macam ni). Ada orang dia masak waktu bersahur. Okay untuk sesiapa yang masak waktu sahur, sebelum tidur tu pastikan ayam/ikan/udang dah dibersihkan terlebih dahulu. Bawang merah, putih dan cili merah dah dipotong dan simpan dalam tupperware. Sayur-sayur pun boleh potong siap-siap terus simpan. Basuh waktu nak masak nanti. Jika basuh awal, sayur basah akan jadi lembik dalam peti ais.
Kadang-kadang bila kita dah terlewat bangun, mesti tergesa-gesa dan mula nak rasa marah sebab kecewa dengan diri sendiri kan. Bertenang dan berdoa minta Allah sempatkan kita masak dan keluarga sempat makan. Bila dah siapkan bahan masak awal-awal, kan dah kurang sikit rasa marah tu sebab dalam 10-15 minit dah siap masak dan boleh makan.
Okeh, jangan lupa untuk tanak nasi sebelum tidur, nasi tak basi dalam 6 -7 jam. Boleh masak jam 10 atau 11 malam. Sesiapa yang makan lebihan tu, panaskan lauk sebelum tidur supaya lauk tak basi. Kemudian terus masuk tidur.
Sesiapa yang ada anak yang boleh dengar arahan, minta anak bantu. Nanti bila anak dah besar pasti dia akan terkenang zaman dia kecil, ibu minta bantu untuk siapkan sahur. Ni akan jadi memori indah zaman kanan-kanak untuk dia. Kan dua dalam satu tu, bantuan dapat, memori pun dapat.
Tips ekstra: saya suka minum air nabeez untuk bersahur, resipi air nabeez begini
  1. Rendam 3 biji kurma dalam satu gelas air panas dan biarkan atas meja. Jangan lupa tutup cawan tu, nanti lalat ke semut masuk kan dah rasa sedih dah pagi-pagi.
Lagi best minum Performance Drink Shaklee sebagai penutup sahur. Air kekal dalam badan je, badan rasa bertenaga dan kuat nak buat kerja.
Tips nombor 2.
Tidur awal. Bulan puasa memang sibuk. Ramai kejar untuk bertarawih dan mengaji. Tips tidur awal memang tak boleh nak dielakkan. Bila tidur awal, baru rasa segar nak bangun awal. Tidur jam 11 tu pon sebenarnya sangat bagus untuk perbaiki sel-sel badan dan merehatkan otak. Jam 3.30 pagi tu dah elok untuk bangun, masak tong tang 15-20 minit dah boleh sambung tahajjud dan ngaji awal pagi. ‘Rasa’ solat malam memang lain.
Tips nombor 3.
Ni tips umum. Doa dengan Allah SWT. Sejujur-jujurnya minta Allah SWT kejut awal untuk bersiap untuk sahur dan bertahajjud. Doa bulan puasa ni mustajab. Allah SWT makbulkan. Minta hari-hari sempat bertahajjud 4 rakaat dan solat taubat 4 rakaat.
Solat 2 rakaat tu 5 minit ja, jadi kita perlu ada dalam 15-20 minit untuk solat malam untuk diri sendiri.
InsyaAllah Allah akan bagi peluang untuk kita.
Tip bonus untuk elak tidur lambat,
Buat adunan kuih dan biskut siap-siap dan simpan dalam peti ais bahagian atas (freezer). Ini tips untuk biskut dan kuih yang kita boleh simpan adunannya. Adunan kek tak boleh ya.
Macam keluarga saya, kadang-kadang saya buat siap-siap adunan kukis waktu siang dan simpan. Waktu malam bakar sahaja. Atau saya goreng kacang tanah dan buang kulit siap-siap untuk buat kuih mazola.
Jadi saya tak luangkan banyak masa untuk buat kuih dari mula sampai habis. Boleh makan masa berjam-jam. Bila dah siapkan sebahagian dari resipi, cepat je kerja boleh disiapkan. Terus kemas dapur dan tidur.
Okay itu je saya nak share hari ni. Jom jadikan Ramadan tahun ini sebagai Ramadan terbaik untuk diri kita.

Khamis, 25 Mei 2017

Cara mula niaga atau bisnes nasi lemak

Hi. Hari ni saya nak kongsi cara nak mulakan bisnes atau niaga nasi lemak.
Saya rasa ramai orang tengah mencari cara terbaik untuk mula niaga nasi lemak tapi tak ramai peniaga lain yang kongsikan tips macam mana nak mulakan. Jadi saya share pengalaman saya mula bisnes ni ya.



Ni nasi Lemak saya buat.

Saya mula niaga nasi lemak pada September 2016. Masa tu kami (saya dan mak) hantar nasi dekat kantin sekolah. Masa cuti sekolah dah nak mula, saya pun mula niaga gerai tepi jalan dan hantar dekat gerai lain sebab kantin sekolah dah nak tutup.
Saya pilih untuk buka gerai sebab lepas kantin sekolah tutup, income jadi kosong, zero, nada. Jadi buka gerai ni lebih kepada terpaksa masa tu.


 Niaga gerai sangat menakutkan masa mula-mula tu.
Ada ka orang nak beli?
Orang nak singgah tak?
Pukul berapa boleh balik ni?
Pukul berapa nak buka?
Cukup ke tak nasi hari ni?
Banyak soalan duk bermain-main dalam kepala. Lepas puas fikir nak buka atau tak, Saya pilih untuk cuba. Cuba sekali lebih baik dari tak cuba langsung. Kita nak isi perut keluarga sendiri kena buang rasa malu dan wujudkan disiplin.
Okay. Tips niaga nasi lemak adalah persediaan. Kita kena bersedia nak niaga.
1. Kena ada resipi.
  • Nasi lemak nak masak macam mana?
  • 1 periuk boleh isi berapa cawan beras? Jika lebih nanti melimpah nasi.
  • 1 periuk dapat berapa bungkus nasi?
  • 1 cawan beras dapat berapa bungkus nasi?
    Nak tutup periuk cooker tu bila? Awal sangat tutup, nasi tak kering sepenuhnya, nasi jadi lembik. tutup lambat nasi bahagian bawah periuk jadi hangit. Bila hangit, satu periuk tu berbau hangit.
    Nak guna cawan saiz apa untuk sukat setiap bungkus nasi. saya pakai cawan teh yang kaca tu. Mangkuk sup cina pun ok.
    Kena cuba masak baru tahu.
    2. Nak masak sambal macam mana?
  • Bila cili kering pedas sangat macam mana?
  • Bawang nak letak banyak mana?
  • Jika sambal berminyak sangat macam mana?
Jika sambal yang dah siap masak pedas sangat macam mana? Budak-budak tak makan nasi lemak pedas. Diaorang beli sekali je, lepas tu kena ban.
3. Ikan bilis pula.
  • Nak yang dah kupas ke belum?
  • Nak yang ada kepala ke tak?
  • Nak masak dalam sambal ke goreng asing?
  • Nak guna ikan bilis mahal ke murah?
Ikan bilis murah mudah hancur, tulang besar dan cepat masuk angin. Ikan bilis mahal lebih elok dan kekal rangup 2-3 hari. Boleh guna untuk hari esok. Ikan bilis ni boleh tahan dua hari tak ada masalah.
4. Kacang.
Kacang mahal. Saya letak sekejap je, dalam beberapa bulan niaga, lepas tu terus berhenti. Kacang telan untung banyak sangat. Nasi Lemak saya sebungkus RM1 je. Kawasan saya tinggal ni tak boleh jual lebih RM1 kecuali nasi lemak berlauk.
5. Telur.
  • Nak rebus ke buat dadar?
  • Nak potong 4/6/8?
  • Jika telur kecil sangat, atau telur dadar nipis sangat, orang akan pertikai. Jadi cari kedai borong yang jual telur besar pada harga yang murah. Seeloknya potong 6 sahaja.
6. Timun.
  • Nak letak timun ke?
7. Nak bungkus nasi macam mana?
  • Polisterin?
  • Kertas minyak?
  • Kertas minyak dan daun pisang?
  • Kertas minyak dan plastik?
  • Paper dan plastik?
  • Paper dan daun pisang?
Nak bungkus nasi pun pakai duit, jangan lupa masukkan dalam kiraan modal.
Jangan lupa bawa plastik kecil untuk pelanggan yang beli 2-4 bungkus dan plastik besar untuk pelanggan yang beli 4-6 bungkus.
Jika niaga pagi, beli lampu kecil dan bawa duit tukar. Kadang-kadang pelanggan bagi RM50 tau beli 3 bungkus nasi. Jadi kena ada duit pecah.
Masa Linda mula-mula niaga tepi jalan, saya bawa semua ikan bilis, sambal, telur dan bungkus dekat tepi jalan. Sekarang saya bungkus siap-siap dekat rumah dan jual nasi dah bungkus siap. Saya suka kerja yang cepat dan efisien. Orang singgah terus bayar dan ambil nasi. Saya nak mudahkan pelanggan. Depa tak perlu tunggu Saya nak cedok nasi, letak telur, ikan bilis, sambal lepas tu bungkus dan masukkan dalam plastik. Lambat. Kesian dekat pelanggan.
Ni masa bungkus nasi dekat gerai tepi jalan tu.
8. Lokasi niaga.
Kena cari simpang yang sibuk dan mudah parking. Jika lokasi strategik gila pun tapi susah nak parking, orang tak mai. Pi duduk dekat tempat nak niaga tu tengok waktu puncak bila, bila keadaan mula surut dan orang dah tak dak. Ni kekurangan perniagaan saya, lokasi tak berapa best sangat jadi sale nasi kurang. Kedai yang saya hantar tu jualannya bagus. Jadi saya hantar banyak bungkus nasi dekat dia.
9. Disiplin masa dan hari buka kedai.
Masa mula niaga pilih siap-siap masa dan hari cuti. Macam saya, saya niaga nasi pagi pukul 6.30 pagi dah hantar nasi dekat gerai dan buka gerai sendiri dan cuti hari ahad.
Jadi skrip nak cakap dengan pelanggan macam ni. Contoh, hari isnin hari cuti. Jadi bila pelanggan datang beli dan dia tanya “Tiap-tiap hari buka ke?”. Boleh jawab “Tak abang/makcik/adik, hari isnin kami tutup dan hari lain kami niaga”.
Mudahkan pelanggan, jangan bagi pelanggan rasa kecewa. Bila depa mai lepas tu nasi takdak, boleh rosak mood satu hari sebab teringin nak makan nasi lemak kita. Saya tahu sebab saya frust juga bila ada kedai kuih petang ni suka hati buka dan tutup. Sedih tau bila saya dah pakai sweater, tudung dan keluar naik motor (gigih sangat nak pi beli). Bila sampai 5 minit kemudian, rupanya dia tutup.




Hari kedua niaga tepi jalan.

10. Cari gerai untuk letak nasi.
Ni tips yang baik untuk naikkan jumlah jualan. Jualan nasi boleh cecah ribuan ringgit sebab trading ni. Kita buat nasi dan letak dekat gerai orang lain. Situasi menang-menang. Kita dapat jualan bila gerai tu dapat jualan. Bila buat macam ni, life lagi mudah. Tak perlu nak pi niaga dan boleh fokus untuk siap-siap barang niaga esok. Selalunya kedai ambil sebungkus 20 sen dan bahagian kita 80 sen. Jadi fikir masak-masak nak hantar atau tak sebab susah nak cuti bila dah ada orang berharap dekat kita. Orang gerai ni dia ambil komisen sahaja, jadi dia kena ada nasi dan kuih untuk dia jual supaya dia pun dapat income untuk keluarga dia. Pastikan orang gerai bagi duit setiap 2-3 hari. Hari-hari lebih bagus. Jangan peram bayaran lebih seminggu. Nanti bila dah banyak sangat duit, khuatir dia tipu kita dan bayar sikit je.



Ni cara bungkus masa hantar dekat kantin sekolah dulu.

11. Simpan rekod niaga.
Contoh, hari buat 60 bungkus nasi.
40 hantar dekat gerai, 20 kita niaga.
Duit masuk 40 x 0.80 = RM32. 20 x 1 = RM20 jadi jumlah sepatutnya RM52. Jika tak habis niaga tulis berapa tak habis tu dan makan sendiri. Kena rekod sendiri bayaran baru susah nak kena tipu sebab kita tahu berapa banyak bungkus nasi kita buat setiap hari.
12. Nak buat apa dengan nasi tak habis niaga?
Ada hari nasi tak habis niaga. Benda ni normal. Ada hari niaga 15 minit dah habis boleh balik. Ada hari duduk 2.5 jam pun tak habis niaga. Saya pun dah jemu makan nasi lemak selama setahun ni. Hari tak habis jual nasi/mi goreng/bihun goreng memang saya dan keluarga je makan sampai dinner.
Jika ada tempat boleh sedekah, bagi je. hari-hari tak boleh makan nasi lemak kan. Pejam mata dan lupakan modal yang dah belanja tu. InsyaAllah, Allah SWT balas jauh lebih banyak dan lebih baik.
13. Hari hujan
Ini point penting yang boleh melemahkan semangat orang niaga gerai. Dulu saya niaga telur dekat pasar tani dan pasar malam jadi dah ada payung niaga dah. Siapa yang tak dak payung tu beli satu dan simpan. Meja niaga, pakai meja plastik biasa dah. Kerusi bangku plastik. Sale hari hujan kadang-kadang habis. Lebih kerap tak habis. Orang tak keluar rumah.

14. Kerja buat nasi lemak ni sebenarnya…
Guna banyak masa. Bukan kerja dua tiga jam. Nak siapkan sambal dalam 3 jam pun tak sempat. Kena kupas ikan bilis, potong cili kering, rendam, rebus, buang biji, blend, rebus telur, masak sambal, rendam beras, masak nasi, siap-siapkan kertas bungkus nasi (kertas minyak dan plastik lipat sama-sama siap-siap baru jimat masa waktu pagi)
Kena bangun tidur jam 4.00 pagi untuk masak nasi dan bungkus sampai pukul 6 pagi.
Kalau hati tak sado. Jangan niaga nasi lemak atau sarapan pagi. Kena korbankan masa tidur dan kena buat benda yang sama tiap-tiap hari. Jika awak jenis cepat jemu dan suka merungut, lifestyle bisnes tak sesuai dengan awak. Kerja lebih baik.
So ini je saya share hari ni. Saya doakan sesiapa yang baca post ni diberi keberanian dan kekuatan oleh Allah SWT untuk mulakan bisnes nasi lemak. Awak baca post ni pun sebab Allah yang izinkan awak jumpa. Semoga berjaya.
Nanti komen perniagaan awak dekat bawah. Saya nak tahu juga perkembangan bisnes awak.

– Linda Kamal