Ahad, 30 Julai 2017

Tips untuk newbie bisnes online

Kredit: Puan Eida Hasan

Bila PM/mesej masuk bertalu talu:

Hadiahkan Al fatihah kepada semua bakal pelanggan / prospek. Niatkan dan buat kuasa bayangan seolah-olah dah pun close sale dan pelanggan borong baanyak item dari kita.

Kemudian doa:

"Ya Allah, kau berilah daku peluang untuk bantu selesaikan masalah pelanggan pelanggan ku supaya kembali cantik, sihat, gojez, yakin dan berseri dengan produk jualan ku". Allahumma Aminn.

WAJIB amalkan sebelum reply mesej:

1. Mulakan dengan Bismillah

2. Hadiahkan AlFatihah. Sambil Zikir Ya Razzaq.

3. Berserah dan minta dengan ALLAH dulu supaya memudahkan segala urusan dalam nak bantu sahabat yang bertanya kerana hanya DIA yang akan menggerakkan hati bakal pelanggan dan buka hati mereka untuk dapatkan/beli produk kita.

So kita pun tak kecewa jika pelanggan tu beli atau tidak. Sebab kita dah serah sepenuhnya pada ALLAH dan ALLAH dah atur yang terbaik buat kita.

1. Sentiasa letakkan ALLAH didepan.

2. Jangan mengeluh jika tak dapat close sale. Malah senyum dan ucapkan Alhamdulillah. Petanda rezeki besar nak masuk selepas tu.

3. Perbaiki cara berkomunikasi dengan bakal pelanggan. Pelanggan wanita cara handle macam mana. Pelanggan lelaki pula macam mana pula. Jika wanita perlu sentuh jiwa nya. Wanita suka pujian. Kalau dengan bakal pelanggan lelaki biasanya lebih mudah sebab lelaki selalunya 'straight to the point'.

4. Muhasabah diri dan check semula apa yang "menjadi tembok besar" yang menghalang rezeki untuk masuk.

Bisnes bukan sekadar jual dan duit semata masa saje ya sahabat.

Link post asal:

Khamis, 27 Julai 2017

Shaklee bisnes tak payah pegang stok. Stail Dropship.

Mesti terkejut kan baca tajuk artikel ni. 

Macam mana Shaklee boleh jadi bisnes dropship?


Salah faham utama nak mula bisnes Shaklee:


1. Bukan Shaklee kena simpan stok ke? 

2. Nak daftar kan kena beli produk.
3. Wajib makan ek?

Alasan kegemaran:


Tak ada modal nak mula bisnes Shaklee.


_________________________________________


Nak mula bisnes Shaklee cara mudah.


Ikuti langkah-langkah dibawah:


1. Daftar jadi ahli.

2. Bayar RM79.50
.
.
.
Itu je.


Dah boleh mula jual Shaklee.


Nanti tunggu buku guide Shaklee sampai depan pintu rumah, kelek buku tu setiap muka surat. Fahamkan kenapa vitamin penting, kenapa suplemen penting, kenapa Shaklee terbukti selamat. Baru boleh kata salam sayonara warga kecam Shaklee.


Tak perlu makan produk, tak perlu simpan stok, tak perlu beli stok waktu daftar jadi ahli. Jika makan Shaklee lagi best. Boleh kongsi pengalaman sendiri dengan orang terdekat, keluarga, kawan-kawan, kawan satu office dan orang luar.


Tapi bila jual tapi tak makan ni, tak ada 'feel', tak ada 'jiwa', tak ada 'roh' sebab tak betul-betul faham apa kepentingan suplemen. Bila sale suam-suam kuku. Mula la nak kecam Shaklee. If you can't beat them, join them la kan.


Makan je produk. Mula dengan set detoks. Makan Alfalfa Complex dengan konsisten. Lepas tu fahamkan apa Alfalfa tu? Produk apa lagi ada Alfalfa? Kenapa kena makan Alfalfa? Apa kebaikan Alfalfa? 


Lepas gali semua info, share dalam blog. 


__________________________________________


Kenapa Shaklee ni sama je dengan dropship?


Ye la. Tak payah simpan stok. Bila customer order je baru pecut pi Branch Shaklee untuk COD. Jika tak ada duit, minta customer bayar siap-siap. Pergi branch beli barang. Nanti awak pergi hantar je. Bayaran dah selesai.


Jika customer minta pos barang, lepas customer bayar total termasuk duit pos. Buka website dan isi borang pembelian dekat website Shaklee, bayar harga produk pengedar, untung tu biar dalam akaun sendiri. Jangan pi transfer semua duit pula.


Lepas tu update parcel dah pos dekat customer. 


Dah settle jualan Shaklee.


Lepas jadi dropship boleh naik jadi ejen. Lejen-lejen Shaklee yang rank lebih tinggi ada modal dan database besar untuk beli dan simpan stok. Ejen kan biasanya simpan stok sikit.


Bila database awak dah besar dan ada customer repeat order, awak pun dah boleh mula simpan stok.


Simpan la Vitamin C sebotol, GLA complex sebotol. Senang sikit nak pergi COD atau boleh terus pergi pos sendiri (nak bagi freegift pun senang). Tak perlu ulang-alik banyak kali ke branch.


Perkara paling best adalah TAK ADA STOKIS dalam Shaklee. 


Semua pengedar beli terus dari branch. Tak perlu lalui orang tengah. Semua pengedar bayar HARGA YANG SAMA. Master Coordinator pun bayar harga yang sama untuk sebotol vitamin C.


Shaklee tak ada konsep upline jadi kaya bila pengedar baru buat jualan.


Dah ada duit modal banyak, tak nak simpan stok pun tak pa. Shaklee sendiri tak paksa mana-mana pengedar untuk beli dan simpan stok.


Best ke best?


Best kan.


________________________________________________


Lagi double best, bisnes Shaklee ada DUA income.


1. Untung runcit produk

2. Bonus Shaklee

Bonus tu bergantung pada berapa banyak awak restock atau berjaya jual. 


Setiap produk Shaklee ada mata puv sendiri. Jadi jumlah keseluruhan mata puv akan dikalikan (x) dengan peratus layak bonus. 


Peratus layak bonus bergantung pada jumlah ringgit awak restock pada hujung bulan (dalam tempoh 30 hari, 1hb hingga 30 hb).



Untung runcit tu dapat terus dari customer.


Bonus Shaklee pula Shaklee akan beri pada pertengahan bulan seterusnya. Contohnya 


Sale 1hb Jun sampai 30 Jun, RM xx,xxx. 

Mata puv terkumpul: yy,yyy puv
Peratus bonus layak: aa%

Jadi (aa/100) x yy,yyy puv : RM t,ttt <-- bonus


Bonus ni akan dapat pada 14-16 hb Julai.


Income keseluruhan adalah:


Untung runcit + bonus : Syukur Alhamdulillah.


Amacam? Tergugat tak?

_____________________________________________

Jika berminat nak join Shaklee bawah saya, 


Wasap saya di nombor +60134141176


atau tekan link dibawah.



http://lindashaklee.wasap.my/



Hanya tekan kalau betul-betul serius nak ubah hidup sendiri.

Rabu, 26 Julai 2017

9 cara tepat nak approach dan close sale dengan customer

Close sale ada 7 tips pokok.

1. Tegur / perkenalkan diri.

Tegur ni jadi jauh lebih mudah bila customer sendiri yang approach kita.
(Ini pengalaman hometuition)

Bila parents contact saya, maksudnya parents faham nature kerja saya dan mudah nak close deal job tuisyen. (Saya secara sambilan buat hometuition)

Samalah bila orang wasap kita dulu untuk nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk kita jadi kita kena terangkan kelebihan produk yang menekan 'hot button' customer tu. 

Ada yang wasap tu tengah 50-50 nak beli atau tak jadi kena terangkan apa yang dia nak tahu dan apa yang boleh selesaikan masalah dia. 

Ataupun customer memang 100% confirm nak beli. Dia cuma nak nombor akaun ja tak payah cakap banyak. Ini bukti copywriting kita tu dah cukup bagus untuk jentik emosi dia untuk beli sekarang juga.

Bila kita sendiri approach orang, kita kena bina impression yang kita ni friendly, positif, knowledgeable (berilmu) dan berempati (empathy: boleh letak diri dalam situasi customer jadi bila customer kata mahal ka apa, kita tak jadi moody dan negatif). 

Dan jika customer kata mahal, mungkin dia tak faham value (nilai) dan benefit (faedah) produk kita atau dia bukan target market kita. Dan mungkin juga dia tiada ciri-ciri avatar prospek kita.

Dan bila kita sendiri yang approach orang, orang la ni jenis tak suka kena sogok dengan produk depan muka. Jadi ratio rejection memang tinggi. Ini realiti.

Kita kena ada 'impression' dan gaya penjual yang baik. Client akan cari kita pada masa depan atau pass number kita dekat kawan dia.

2. Persediaan untuk approach/reply prospek

a. Persediaan

1.1 Kena ada product knowledge.
Kena tahu apa yang nak offer, macam mana nak offer, nak switch product apa bila product yang kita plan nak bagi tu tak sesuai dengan client dan bagaimana nak explain dekat client apa yang client nak tu sebenarnya tak sesuai pun dengan dia.

1.2 Kena buat skrip soalan 1-10
1. Assalamualaikum puan/cik. Nak panggil apa ya?

2. Izinkan saya panggil Puan/cik sebagai XXX.
(Ini subjektif, ada yang suka guna gelaran sis, ada yang suka muliakan client. Saya guna apa yang client bagi, contoh jika dia gelarkan diri dia dengan nama, saya akan guna nama dia (jika client nampak muda) Dan jika client nampak lebih tua, saya suka guna perkataan Puan. Jika dia suruh panggil akak je, boleh kekalkan dengan Puan atau pilih untuk panggil akak. 

Memang seni ni kena belajar sendiri. Setiap salesperson skrip jualan dia berbeza. Bukan one size fits all. Setiap client pun ada keperibadian dan personaliti yang berbeza. Ada yang geli bila digelar sis. Paling parah, client lelaki pun dia bantai panggil sis. Sebab tu soalan pertama tu penting. Minta nama dia. Baru tak salah jantina.  

3. Boleh XXX kongsikan apa masalah yang anak/XXX hadapi ya?
3.1 anak XXX nama apa ya?
3.2 umur anak berapa?
3.3  anak dah masuk sekolah ke?

4. Oh macam tu. XXX buat apa untuk kurangkan sakit YYY?

5. Berkesan tak? Sekarang dah ok?

6. XXX nak saya bantu macam mana?

Contoh skrip saya guna untuk close deal job hometuition dan waktu parents daftar anak dekat Pusat Tuisyen. Jenis soalan sama, topik soalan berbeza. Topik soalan tuisyen lebih kepada tahap akademik anak.

Skrip perlu diedit mengikut kesesuaian avatar prospek. Jika prospek kita masih muda, apakah kebimbangan orang-orang muda? Jika tak tahu, tanya terus client, buat macam survey lah. 

7. Cik/sis, boleh saya tanyakan satu soalan survey. Cik sebagai orang yang dalam kelompok muda, apakah kebimbangan cik berkaitan dengan kesihatan?
(kes saya pasal kesihatan. Saya meniaga Shaklee)

Jika prospek diam. Buat jawapan siap-siap. Bagi dia pilih atau rank dari 1 hingga 5. Nombor 1 sangat membimbangkan, 5 paling tak membimbangkan.

Jika customer blue tick, maknanya kita tanya soalan yang tak berkaitan dengan dia. Kena dapatkan maklumat tentang customer dulu sebelum tanya soalan tau. Tanya soalan-soalan diatas tu. Jika soalan tak sesuai, edit soalan lain. Edit sampai kita dapat bentuk soalan yang betul.

3. Value/extra benefit.
Selalunya customer beli dengan kita (seller) bukan sebab produk tu. Tapi sebab seller tu knowledgeable (berilmu) dan ada banyak tips yang dia boleh personally bercerita dan rekemen dekat customer. (Sikap customer first akan bawa bisnes jauh kedepan) Dan personal branding kita juga kena kuat untuk menunjukkan kita pakar dalam apa yang kita jual. Study pasal produk sampai pandai dan mahir ok.

4. Minda/emosi
Kena positif. Kena kosongkan minda dan hati. Hantar vibration baik-baik. Dan sentiasa bersangka baik dengan client.
Baru ada banyak idea untuk reply dekat client.


Jangan reply bila moody, penat, sedih, frust, stress, lapar dan sebagainya.

5. Niat
Paling penting sekali sebelum baca wasap client. Berdoa Allah betulkan percakapan kita supaya dapat menyelesaikan masalah client yang datang dan memberikan client harapan dan penyelesaian yang dia cari. 

Sumber dari Google

Walaupun di akhir perbualan kita sebenarnya kena tolak client ni sebab tak sesuai dengan apa yang kita jual. Biar kita selesaikan masalah dia dengan memberi cadangan-cadangan yang baik ataupun recommend produk yang dia patut guna dan beri nombor penjual yang lain.

Semoga untuk setiap pelanggan yang kita bantu, Allah lorongkan 3 pelanggan yang baru. 
Aamiin.

6. Masa yang sesuai

Masa yang sesuai ni memang subjektif. Jika wasap dengan customer yang perlu dimanjakan, memang makan masa. Sampai berhari-hari kadang-kadang. Setiap kali tanya soalan, kena tunggu customer reply soalan. Baru boleh tanya soalan kedua. Tunggu pula dia reply lagi. Sebab tu lambat. Customer yang kena educate memang makan masa.

Customer yang nak cepat pula, jenis terus minta nombor akaun bank. Dia tak tanya sangat dah. Cuma wajib follow up lepas dia guna produk tu untuk dapatkan testimoni dan feedback (maklum balas) supaya dia rasa dihargai. 

7. Patahkan bantahan (rejection)

Hanya jika customer adalah avatar prospek kita. Jika dia bukan, Let It Go. Jangan buang masa. Masa memang duit.

Patahkan bantahan maksudnya, setiap kali customer reject, kita tanyakan sebab dan jawab rejection dia dengan kebaikan produk. 

Misalnya customer kata mahal, beri jawapan bahagikan jumlah dia bayar dengan jumlah hari dia pakai benda tu. Sehari baru berapa sen ja. 

Jika dia nak tanya suami dulu, minta izin dia untuk follow up wasap lagi 2 hari. Jika dia kata tunggu gaji, minta izin untuk follow up dia balik masa hujung bulan.

Jika customer dah blue tick, move on saja. Dia tak berminat dah.

8. Promo dan urgency

Jika nampak gaya customer dah minat. Cuma tak urgent saja. Boleh cipta urgency dengan memberikan promosi (jika ada). Atau beritahu ada berapa je produk yang tinggal dan restok lambat lagi (jangan tipu). Jujur dalam beri promosi dan urgency. Jangan tipu dalam urusan jual beli. Akad jual beli wajib sah.

Close sale hanya berlaku lepas customer bayar. Jika customer masih tak bayar atau belum bayar, maknanya close sale tidak berjaya.

9. Dapatkan feedback dari customer

Lepas dah berjaya close sale dan dah pos barang. Lepas seminggu ke dua minggu. Follow up customer untuk dapatkan feedback (maklum balas). Minta feedback untuk produk dan feedback tentang diri kita sebagai penjual.

Boleh je tanya, customer suka penjual yang macam mana. Dia selesa tak berurusan dengan kita. Minta pendapat dia supaya kita boleh jadi lebih baik lagi dalam seni close sale.

Inilah 9 tips yang boleh digunapakai untuk approach dan close sale dengan pelanggan. Boleh guna secara online dan juga offline. Hasilnya kita nak jual produk kita. Jadi, kena belajar sedikit sebanyak untuk ambil hati pelanggan.

Isnin, 24 Julai 2017

Kepentingan Asid Folik untuk wanita hamil dan wanita yang ingin hamil

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Asid Folik adalah penting untuk wanita hamil dan wanita yang ingin hamil.

Apakah itu asid folik?

Asid folik juga dikenali sebagai Folate yang terdapat secara semulajadi dalam makanan. Atau dikenali sebagai Vitamin B9. Asid Folik adalah Folate yang sintetik, dicipta di dalam makmal. Asid Folik adalah salah satu daripada vitamin B yang juga mempunyai sifat larut dalam air.

Apakah yang akan berlaku sekiranya badan kekurangan asid folik?

Selalunya tiada penyakit serius yang akan berlaku kepada orang normal dan sihat. Kecuali mudah letih dan mempunyai daya ingatan yang lemah atau disebabkan kekurangan asid folik dalam diet, boleh berlaku penyakit anemia.

Adakah badan manusia  boleh menghasilkan asid folik?

Tidak. Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral. Kedua-duanya mesti diambil dalam makanan yang dimakan.

Apakah kepentingan asid folik?

Asid folik diperlukan dalam membaikpulih DNA, menghasilkan sel darah merah yang sihat  dan meningkatkan daya ingatan.

Asid folik membantu lelaki meningkatkan bilangan sperma dalam air mani.

Asid folik sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan. Asid folik menurunkan risiko kecacatan tiub neural, anencephaly dan spina bifida pada bayi.

Asid folik membantu dalam pembahagian sel janin dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Siapakah yang patut mengambil asid folik setiap hari?


  • Lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.
  • Asid Folik amat penting kepada lelaki DAN wanita yang ingin hamil (Trying To Conceive TTC).
  • Asid Folik juga penting kepada wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak.

Bilakah aku patut mengambil asid folik?

Bagi pasangan yang ingin berkahwin, mereka digalakkan untuk mengambil asid folik setahun sebelum berkahwin. Jika tidak boleh, tiga bulan sebelum berkahwin juga dibolehkan.

Bagi wanita yang sudah hamil, mereka perlu mengambil asid folik seawal usia kandungan cecah empat minggu. 

Ini adalah kerana perkembangan otak dan sistem saraf bayi berlaku pada 12 minggu pertama usia kandungan. Pada waktu ini sistem saraf berkembang dengan pesat dan apa-apa sahaja keadaan ibu waktu itu, sihat atau sakit, atau tak cukup vitamin akan menjadi tapak perkembangan bayi untuk membesar sehingga dilahirkan.

Berapakah dos (dosage) yang perlu diambil setiap hari?

  • Bagi orang dewasa, 400mg (microgram)
  • Bagi wanita hamil 600mg
  • Bagi wanita menyusukan anak 500mg



Makanan apa yang mempunyai kandungan asid folik?

- Sayuran Hijau
+ Asparagus
+ Bayam
+ Brokoli
+ Kubis Bunga
+ Kubis
+ Kacang Pis
+ Buah oren
+ Kuning telur
+ Susu


Peringatan: Cara memasak akan pengaruhi berapa banyak zat yang tinggal dalam makanan.

- Suplemen yang mempunyai kandungan asid folik

Bagaimana asid folik membantu bayi dalam kandungan?

Jenis-jenis kecacatan pada neural tube janin dalam kandungan.

Asid folik menurunkan risiko bayi mempunyai masalah kecacatan pada neural tube dalam janin. Kecacatan seperti anencephaly dan spina bifida.


Anencephaly adalah keadaan dimana bayi tidak bertumbuh otak. Otak dan tempurung kepala bayi tidak terbentuk sejak awal kandungan dan apabila bayi tersebut dilahirkan, usia bayi hanya mencecah beberapa jam hingga beberapa hari sahaja.





Spina Bifida adalah keadaan dimana tulang belakang bayi tidak tertutup secara sempurna dan terkeluar dari badannya. Seolah-olah bayi tersebut mempunyai ekor. Atau bayi tersebut mempunyai lubang di bahagian belakang badan kerana lubang di tulang belakangnya gagal tumbuh.


Bayi yang dilahirkan dengan Spina Bifida adalah bayi yang lumpuh sepenuhnya.


Selain daripada itu, asid folik juga turunkan kebarangkalian bayi ada bibir sumbing (cleft palate) atau masalah jantung (congenital heart disease (CHD)) dan turunkan risiko kelahiran bayi pramatang.

Suplemen yang disarankan untuk bantu turunkan risiko kecacatan diatas adalah B Complex dan Vitalea oleh Shaklee.


Membekalkan asid folik secukupnya setiap hari.

B Complex bekalkan 200mg asid folik dan Vitalea bekalkan 400mg asid folik. Kombinasi keduanya membekalkan 600mg asid folik setiap hari.

Cara Makan B Complex dan Vitalea Shaklee

Makan 1 biji B Complex dan 1 biji Vitalea setiap pagi selepas bersarapan.

Harga B Complex dan Vitalea Shaklee seperti dibawah

B-Complex (120 biji) - RM58.75
Vitalea (120 biji) - RM99.38

Sebotol B-Complex dan Vitalea tahan selama 4 bulan iaitu 120 hari. Tahan lama kan. Berbaloi sangat. Vitalea dan B-Complex boleh sambung makan waktu pantang. Tak membazir pun.

Cara hendak dapatkan B Complex dan Vitalea Shaklee


Wasap penulis di nombor +60134141176


atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap


http://lindashaklee.wasap.my/


Shaklee Malaysia



Punca dan cara hilangkan ekzema bayi dengan krim bebas steroid

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Post hari ni tentang punca dan cara hilangkan ekzema bayi dengan krim bebas steroid.

Apakah ekzema?

+ Disebabkan oleh 'trigger' (pencetus) allergi

+ Kulit menjadi kemerahan, rasa gatal dan merekah dan boleh berdarah.

+ Radang ekzema akan jejaskan fungsi kulit sebagai benteng pertahanan badan.  

+ Ekzema atopik adalah jenis ekzema yang kerap dihadapi oleh kanak-kanak bawah 2 tahun dan hampir 50% daripada bayi yang menderita ekzema semasa kecil akan terus hidap ekzema sehingga dewasa.

Jenis ekzema yang dihidap oleh orang dewasa adalah ekzema psoriasis.

+ Ekzema atopic adalah sebahagian daripada 3 serangkai penyakit atopik. Penyakit lain adalah masalah asma dan allergic rhinitis (radang membran mukosa dalam hidung).


Apakah simptom penyakit ekzema?

> Kulit menjadi merah

> Kulit menjadi sangat kering

> Kulit mula pecah, merekah dan mengelupas

> Kulit terasa gatal terutamanya pada waktu malam

> Kulit naik bintik-bintik merah 

> Kulit bersisik

> Kulit jadi tebal selepas garu

> Kulit mengeluarkan air dari bintik-bintik yang pecah selepas digaru






Bagaimana ekzema berlaku?


Punca ekzema tidak dapat dikenalpasti cuma jika ada ahli keluarga yang mempunyai ekzema, anak-anak juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mempunyai masalah ekzema juga.

Mungkin berpunca daripada sistem autoimun yang lemah menyebabkan alergi berlaku.

Kulit bayi yang sensitif yang terdedah pada pencetus ekzema akan menyebabkan ekzema mengganas dan flared (merebak) ke seluruh badan. 


Ekzema boleh menjadi kronik jika dibiarkan tanpa rawatan.

Bayi yang menghidapi ekzema. Keradangan yang berlaku di bahagian pipi.

Dimana ekzema berlaku?

+ Di bahagian pelipat sendi, bahagian kepala, di bahagian muka, leher, pelipat siku, lengan, belakang lutut, betis dan buku lali. Jika trigger ekzema kuat, kulit akan merekah dan sangat merah.

+ Ekzema boleh berlaku bila-bila masa dan tidak mempunyai tempoh tetap untuk surut, Jika dibiarkan, ekzema akan melarat dan menjadi semakin teruk sehingga kulit bernanah. 

+ Ekzema boleh terbawa dari bayi sampai dewasa dan ada juga orang dewasa yang tiba-tiba mendapat ekzema. 

+ Bagi bayi yang tidak boleh menggaru, tidur bayi akan terganggu akibat kegatalan yang melampau dan jika cuaca malam panas, keadaan ekzema akan menjadi semakin teruk.


Punca-punca yang menjadi pencetus ekzema 

<> Alahan pada peralatan mandian dan bahan pencuci seperti sabun, detergen, serbuk pencuci, pelembut fabrik, mandian buih dan syampu. 

<> Cuaca panas terutamanya panas waktu malam. 

<> Alah pada pemakaian barang kemas seperti emas palsu, emas tulen, besi dan perak. 

<> Alah pada nikel dalam barang kemas. 

<> Kuat berpeluh 

<> Terdapat air pada permukaan kulit yang tidak dilapkan 

<> Alergik pada persekitaran seperti asap rokok, asap kereta, habuk, haiwan berbulu dan bahan pencuci. 

<> Perubahan emosi yang menyebabkan stress dan keresahan 

<> Alahan kepada fabrik pakaian 

<> Alahan kepada barang kosmetik. Untuk bayi, bahan kosmetik tersebut dipakai oleh orang yang berdekatan dengan bayi dan telah menyentuh bayi. 

<> Air berklorin tinggi.


Bagaimana hendak hilangkan ekzema? 


+ Ekzema boleh dikawal secara luaran dan dalaman. Secara luaran, perlu menggunakan krim atau losyen yang bersesuaian untuk menghilangkan rasa gatal dan mengawal keinginan untuk menggaru. 

+ Penggunaan krim yang mempunyai kandungan steroid untuk mengatasi ekzema mempunyai kesan buruk iaitu lapisan kulit menjadi nipis dan dos penggunaan perlu bertambah sebab anak sudah menjadi ‘kebal’ dengan dos yang telah diberikan dahulu.

+ Secara dalaman, penghidap ekzema memerlukan makanan dan suplemen yang bersesuaian untuk membantu melawan ekzema dari dalam badan. 


Pakaian

+ Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas. 

+ Elakkan fabrik yang tidak menyerap peluh.

+ Pakai baju dan seluar yang longgar supaya kulit kekal kering dan tidak berpeluh.


Persekitaran

+ Pakai sarung tangan apabila menggunakan bahan pencuci.

+ Gunakan bahan mandian yang 'mild' dan mempunyai pH neutral supaya kulit kekal lembap dan mempunyai minyak natural untuk melindungi kulit.

+ Sapukan krim pelembap sebaik sahaja selesai mandi supaya kulit tidak kering.

+ Kerap menukar sarung bantal, cadar, selimut dan tuala supaya bersih.

+ Elakkan terdedah pada cahaya matahari yang panas.

+ Elakkan mandi dengan air panas terlalu lama. Air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering.


Makanan

+ Elakkan makanan yang menjadi pencetus kepada keradangan ekzema sebelum ini.

+ Tinggalkan gluten dan gula putih

+ Elak roti, tepung, biskut dan pizza


Diri sendiri

+ Potong kuku pendek.

+ Elakkan dari menggaru.

+ Jaga kebersihan diri sendiri.

+ Ikut nasihat daripada doktor.


Klik imej diatas untuk besarkan imej.

Mengawal ekzema dengan Set Ekzema Shaklee


Ekzema tidak dapat sembuh sepenuhnya tetapi ekzema BOLEH dikawal dengan menjaga kebersihan, makanan, pakaian dan menjaga kesihatan diri sendiri. Terdapat sedikit perbezaan cara mengawal ekzema bagi setiap peringkat umur.

Cara mengatasi ekzema untuk:

Bayi berusia bawah 1 tahun

1. Krim Herbal Blend

+ Krim yang diformulasikan untuk bantu melegakan ekzema.

2. Vita-E Complex

+ Sapukan pada kulit (gunting sedikit pada hujung capsul)

Kedua-duanya boleh disapu pada luka ekzema dan luka tersebut akan kurang gatal dan tidak berparut apabila sembuh.




Krim Herbal Blend boleh digunakan sebagai losyen harian bayi. Tekan link ini untuk membaca kebaikan krim Herbal Blend Shaklee.

Ibu yang menyusu digalakkan untuk minum susu ESP dan makan Omega Guard supaya nutrisi daripada kedua-duanya dapat disalurkan kepada bayi semasa waktu menyusu.





Kanak-kanak yang berusia 1 tahun keatas

1. Omega Guard

+ Untuk mengawal ekzema dan keradangan kulit dan membantu mengurangkan gatal-gatal kulit.

2. Meal Shakes

Mempunyai multi-vitamin yang lengkap untuk meningkatkan tahap kesihatan kana-kanak dan menghilang parut ekzema.


3. Gunakan Krim Herbal Blend dan Vita-E Complex untuk disapu pada luka

+ Jika bayi anda hanya mempunyai masalah ekzema yang mild (sedikit) dan tidak serius, Meal Shakes dan krim Herbal Blend sahaja sudah mencukupi untuk mengawal ekzema dari dalam dan luar badan.





Remaja dan orang dewasa


1. Omega Guard dan ESP

Omega Guard
 akan mengawal keradangan ekzema, membantu melembapkan kulit dan mengurangkan kegatalan kulit. Orang yang menghidapi ekzema mempunyai kulit yang sensitif.

ESP akan membantu menghasilkan tisu-tisu kulit baru menggantikan kulit yang rosak akibat ekzema. Kulit baru akan lebih cantik, anjal, sihat dan gebu.

2. Vitamin E dan GLA Complex

Vitamin E dan GLA Complex akan membantu kulit yang rosak, dan memudarkan parut-parut yang ada. Kombinasi keduanya akan membantu meningkatkan tahap keimunan badan.

3. Krim Herbal Blend

Krim Herbal Blend akan membantu menghilangkan kepedihan dan kegatalan ekzema.

4. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex akan detoks hati, darah dan usus supaya badan bebas toksin dan suplemen lain dapat memberi keberkesanan yang optima.




5. Basic H2


Basic H2 adalah produk Shaklee yang mempunyai banyak kegunaan. Salah satu daripadanya adalah mengurangkan iritasi kulit ekzema. 

Titiskan sedikit Basic H2 dalam air mandian, dan mandi menggunakan air Basic H2 tadi. Bayi dan kanak-kanak juga boleh menggunakan Basic H2. 





Testimoni Set Ekzema Shaklee

















Sila wasap penulis untuk konsultasi Set Ekzema. Setiap kes adalah berbeza, jadi penulis tidak sewenang-wenangnya memberikan harga untuk Set Ekzema Shaklee.

Cara nak hubungi penulis

Wasap di nombor +60134141176

atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap



Shaklee Malaysia