Ahad, 22 Oktober 2017

Cara Minum ESP SHAKLEE Yang Betul Dan Resipi Bancuh ESP SHAKLEE

Teks: Linda Kamal
Foto: Ireach dan Shaklee
Entry: 6/44


Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Jika awak dah pun beli ESP Shaklee cuma tidak tahu cara hendak minum ESP Shaklee dengan betul, rugi tau. Jadi post ini akan bantu awak untuk dapat manfaat sepenuhnya dari ESP Shaklee.

ESP ni boleh bancuh dalam air apa-apa sebab dia tawar. Yes memang tawar. Kalau tak percaya, beli satu tong dan rasa sendiri. Jadi rasa dia tak mempengaruhi rasa air lain. Sebab tu Shaklee sendiri keluarkan resipi untuk buat smoothie ESP.

Cadangan sukatan ESP Shaklee

1. 1/2/3 sudu besar ESP dengan apa-apa air yang awak suka

2. Jika awak nak minum ESP dua kali sehari, seeloknya 1 sudu besar ESP waktu pagi dan 1 sudu besar ESP waktu petang.

3. Kandungan kalori untuk 3 sudu ESP Shaklee ialah 105 kalori. Rendah je.

4. ESP akan bantu buat awak rasa kenyang lama. Jadi waktu pergi kerja atau kelas rasa bertenaga dan kuat nak buat kerja.

5. Satu tong ESP boleh tahan selama 1.5 bulan jika bancuh 3 sudu besar sehari (28g).
Jika bancuh 1 sudu besar je setiap hari, boleh tahan 2.5 - 3 bulan.

6. Setiap saiz hidangan ESP akan bekalkan 14g protein.

7. Setiap saiz hidangan ESP ada 9g gula. Satu sudu besar ESP, 3g gula.
(Saiz hidangan (serving size) untuk ESP adalah 1 serving: 3 sudu besar)

8. Setiap hari boleh makan 1 saiz serving sahaja iaitu 3 sudu besar ESP.
Bancuh kurang dari 3 sudu tak mengapa, asalkan tak lebih dari 3 sudu.

9. 1 sudu besar ESP ada 4.5g protein (anggaran) dan 1 cawan susu (250ml) ada 8g protein. Jadi hidangan dah ada 12.5g protein dan 3g gula waktu sarapan.

Jika tambah biskut/buah/susu pekat/ serbuk Milo dah tambah lagi kandungan gula.

Jadi jaga-jaga dengan pengambilan kuih, biskut, roti, apa-apa makanan berasaskan tepung dan kanji sebab mudah nak terlebih makan gula dan senang jadi gemuk.

Pengambilan protein sehari sepatutnya tak melebihi 49g sehari untuk wanita yang tak aktif dan 56g sehari untuk lelaki yang tak aktif.

Pengambilan gula maksimum sehari bagi wanita adalah 25g dan lelaki 37.5g.



Resipi ESP Shaklee yang popular

# Air diperlukan sebanyak 240ml 
(jika letak susu segar/yogurt drink/air buah, air tak perlu letak dah)

 1.  1 sudu besar ESP dengan air suam
 2.  1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar Milo 
 3.  1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar Horlicks
 4.  1 sudu besar ESP dengan 1 cawan susu segar (Farm Fresh / Summer Field) 
 5.  1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar Meal Shakes Shaklee
 6.  1 sudu besar ESP dengan 3 sudu besar Performance Drink Shaklee
 7.  1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar Cinch Shake Shaklee (untuk yang nak kurus)
 8.  1 sudu besar ESP dengan  1 cawan susu segar dan 1 biji buah-buahan (jadi smoothie buah)
 9.  1 sudu besar ESP dengan 3 biji kurma
10. 1 sudu besar ESP dengan air nabeez (air direndam kurma)
11. 1 sudu besar ESP dengan 1 cawan yogurt drink (Farm Fresh/ Bliss)
12. 1 sudu besar ESP dengan 1 cawan susu berperisa (Strawberry/Coklat)
13. 1 sudu besar ESP dengan 2 sudu besar madu
14. 1 sudu besar ESP dengan 1 cawan air buah (Tropikana, Twister, Peel Fresh)
15. 1 sudu besar ESP dengan 1 cawan air bancuhan Ribena / Sunquick
16. 1 sudu besar ESP dikisar (blend) dengan 1 cawan susu coklat/ Milo dengan 3 keping biskut Chipsmore
17. 1 sudu besar ESP dikisar (blend) dengan 3 keping biskut Oreo
18. 1 sudu besar ESP dengan Tamar Cocoa
19. 1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar VIVIX Shaklee
20. 1 sudu besar ESP dengan 1 sudu besar Meal Shakes, 1 sachet Collagen Powder dan 1 sudu besar Milo. (Air awet muda)
21. 1 sudu besar ESP dengan air suam dan setengah sudu besar susu pekat



Resipi buah kisar (smoothie) ESP Shaklee











Tips minum ESP Shaklee

1. Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar ESP sehari. Buah pinggang (ginjal) akan terbeban.

Boleh minum ESP 2 kali sehari, waktu pagi dan petang atau minum masa pagi sahaja.
- Pagi 1 sudu ESP, petang 1 sudu ESP atau
- Pagi 2 sudu ESP, petang 1 sudu ESP atau
- Pagi 3 sudu ESP dan petang tak minum dah

Atau ambil ESP 3 kali sehari, bancuh 1 sudu ESP Shaklee setiap kali nak minum.

Jika berpuasa, Resipi ESP Shaklee  waktu sahur
- kisar 3 sudu besar ESP dengan 1 sudu Meal Shakes, 3 sudu Performance Drink dan 3 biji kurma.

2. Jangan bancuh dengan air panas. Protein dalam ESP akan mati pada suhu tinggi.

3. Jangan minum dengan air kafein, air bikarbonat, dan air kelapa.

5. Guna shaker / tumbler / botol Shaklee dan goncang sampai semua powder larut. Jika kacau guna sudu sahaja, powder ESP jadi berketul-ketul. Tak larut sepenuhnya.

6. Bancuh air yang nak campur dulu, baru masukkan powder ESP. Jika masukkan powder dulu, ESP akan melekat pada botol.


Siapa yang tak boleh minum ESP

Orang yang ada masalah buah pinggang dan tak boleh memproses protein.



JOM BACA: 22 Kebaikan ESP Shaklee



Siapa yang beli ESP dengan penulis, penulis akan guide cara makan yang betul dan tertib. Jadi boleh wasap penulis dekat nombor +60134141176 

atau wasap penulis dengan menekan link dibawah



LINDA KAMAL
ID SHAKLEE: 1263235

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.