Rabu, 1 November 2017

Tanda-Tanda Rahim Ada Ketumbuhan Fibroid

Teks: Linda Kamal
Foto: Linda Kamal, Google & Ireach
Entry: 16/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Tanda-tanda rahim ada ketumbuhan fibroid.



Apa itu fibroid?

Fibroid juga dipanggil uterine myoma, lelomyomas atau fibromas ialah sel tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ketumbuhan ini juga dipanggil benign (tumor bukan barah) kerana ia tak merbahaya.

Dianggarkan 20 - 50 peratus wanita yang capai usia reproduktif mengalami masalah fibroid dan 30 - 77 peratus wanita akan tumbuh fibroid semasa usia reproduktif. Walaupun begitu, hanya 1/3 wanita yang ada fibroid cukup besar untuk doktor nampak atau jumpa semasa buat ujian.

Dalam 99% kes fibroid, kesemuanya adalah benign dan tidak tingkatkan risiko untuk wanita ada kanser rahim. Saiz fibroid juga berbeza ada yang saiz kacang, ada yang saiz anggur, dan ada yang saiz bola golf. 

Rujukan: http://obgyn.ucla.edu/fibroids

Bagaimana fibroid terjadi?

Tiada sebab yang jelas bagaimana fibroid tumbuh dalam rahim. Cuma sel fibroid yang tumbuh dipengaruhi oleh hormon estrogen dalam badan. Jika anda ada banyak hormon estrogen, sel fibroid bertambah dan membesar dengan cepat.

Siapa berisiko untuk tumbuh fibroid?

Kebanyakan fibroid tak ada apa-apa tanda yang khusus. Jika anda ada beberapa ciri dibawah, lebih baik buat pemeriksaan di klinik.

  • Ada ahli keluarga yang ada fibroid (Sejarah perubatan keluarga)
  • Gemuk, Indeks Jisim Badan (BMI) lebih 25
  • Wanita yang obesiti
  • Pemakanan banyak daging merah. Orang yang banyak makan buah dan sayur kurang ada fibroid
  • Darah period terlalu banyak. Boleh sebabkan anemia.
  • PMS / Senggugut terlampau teruk 
  • Rasa 'penuh' dibahagian pelvik
  • Sakit pinggang atau lenguh pinggang
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Kerap kencing
  • Bahagian bawah abdomen membesar secara tak normal
  • Ada komplikasi masa hamil dan masa bersalin
  • Ada masalah keguguran bayi semasa hamil


Macam mana nak tahu ada fibroid atau tak?

  1. Buat pemeriksaan pelvik di klinik berdekatan
  2. Ultrasound ada 2 jenis. 1 dibahagian abdomen dan 1 lagi masuk dalam vagina. Jika anda belum berkahwin, biasanya doktor buat ultrasound di abdomen sahaja.
  3. Magnetic Resonance Imaging (MRI), guna gelombang magnetik dan radio untuk hasilkan imej dalam badan.
  4. Xray dengan guna bahan radiasi yang akan duduk dekat fibroid
  5. Cat Scan (CT), Xray banyak sudut (angle) dan bahagian badan untuk dapat imej yang tepat
  6. Pembedahan; Laparoscopy dan Hysteroscopy.
Laparoscopy, doktor akan bedah dan masukkan skop berkamera dan lampu melalui pusat ke dalam badan untuk tengok organ-organ. 

Hysteroscopy, doktor masukkan skop berkamera dan lampu melalui vagina ke dalam rahim (tiada pembedahan). Doktor boleh tengok sama ada ada fibroid atau masalah lain seperti polyps dalam rahim.

Jenis-jenis fibroid

1. Intramural

Jenis paling biasa ditemui. Terbenam dalam otot rahim.

2. Subserosal fibroids

Tumbuh dibahagian luar rahim, bawah kulit luar rahim. Boleh membesar jadi pedunculated fibroid, macam tumbuh cendawan diluar rahim, dan ada batang bersambung ke subserosal fibroid bawah kulit bahagian luar rahim.

3. Submucosal fibroids

Tumbuh di dalam rahim, dan menolak dinding dalam rahim. Membuatkan rahim semakin sempit.

4. Cervical fibroids

Tumbuh di bahagian permukaan serviks.



Adakah fibroid menyakitkan?

Ada orang fibroid tak sakit, ada yang sakit sikit dan ada yang sangat sakit.

Boleh sakit semasa lakukan hubungan seks, semasa buang air besar, semasa bersenam atau semasa period. 

Banyak orang rasa tak selesa kerana bila fibroid membesar, dia menekan organ sekeliling rahim. Lebih sakit lagi bila batang pedunculated fibroid terbelit. 

Soalan apa yang patut anda tanya pada doktor jika anda ada fibroid?

  1. Berapa fibroid saya ada?
  2. Besar mana saiz fibroid saya?
  3. Fibroid saya tumbuh dibahagian mana?
  4. Adakah fibroid saya akan tumbuh lebih besar?
  5. Macam mana saya nak tahu fibroid saya semakin besar?
  6. Apa masalah fibroid ini akan buat?
  7. Apa ujian atau pemeriksaan yang saya perlu buat untuk mengawasi tumbesaran fibroid?
  8. Apa rawatan terbaik untuk fibroid saya jika ia jadi satu masalah?
  9. Apakah pandangan doktor tentang merawat fibroid dengan histerektomi (buang rahim) dengan kaedah rawatan lain?

Anda boleh dapatkan pandangan kedua dari doktor lain jika doktor yang anda jumpa sekarang tidak berikan jawapan yang anda berpuas hati.

Dapatkan pandangan daripada beberapa doktor adalah lebih baik kerana setiap doktor ilmunya tak sama. 

Rujukan: https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/uterine-fibroids

Rawatan untuk fibroid?

Jika fibroid tidak mengganggu, anda tak perlu buat apa-apa. Jika fibroid mula menyakitkan dan ganggu aktiviti harian anda, ada beberapa cara untuk merawat fibroid.

1. Melalui pembedahan

Bergantung pada lokasi fibroid, saiz fibroid, berapa teruk simptom anda dan jika anda dan pasangan ingin ada anak lagi.

Pembedahan yang anda boleh lakukan ada 2 jenis:

Myomectomy: Bedah buang fibroid sahaja. Untuk wanita yang masih inginkan anak.

Hysterectomy: Bedah buang rahim sahaja. Untuk wanita yang fibroid terlalu teruk, terlalu sakit dan tak mahu anak lagi.

Cara bukan pembedahan

Uterine artery embolization: Menyekat pengaliran darah kepada fibroid. Fibroid tak tumbuh kerap seperti myomectomy.

Rujukan: https://fibroids.com/fibroid-symptoms/pelvic-pain/

2. Melalui ubat

- Kawal hormon dengan gonadotropin-releasing hormone agonists (GnRH agonists) untuk turunkan paras estrogen dalam badan, selalunya baik buat sebelum pembedahan. Fibroid akan kecut sedikit. Mudahkan proses pembedahan.

Kesan guna GnRH agonist

  • Panas
  • kemurungan
  • susah tidur
  • keinginan seks menurun
  • sakit sendi
GnRH juga mahal dan hanya bersifat sementara, fibroid datang balik lepas berhenti GnRH.


- Makan ubat anti hormon untuk turunkan hormon estrogen


- Makan ubat tahan sakit 

Rujukan: http://obgyn.ucla.edu/fibroids

- Makan pil perancang untuk kawal pengeluaran hormon


3. Melalui suplemen

Ubah pemakanan dengan makan banyak

1. Sayur dan buah-buah organik.

2. Suplemen seperti 


  • B Complex untuk bantu buat sel darah baru dan buat tenaga
  • Zat besi untuk buat hemoglobin dalam darah
  • Antioksida untuk pulihkan sel-sel dalam rahim
  • Suplemen ada Phytoestrogen, estrogen dari tumbuhan yang stabilkan pengeluaran estrogen dalam badan.
  • Vitamin C untuk bantu penyerapan zat besi
  • Tinggi beta-carotene  untuk hasilkan vitamin A, Vitamin A sangat penting untuk baiki sel-sel dan baik untuk fibroid.
  • Vitamin E untuk buang radikal bebas yang rosakkan sel-sel dalam rahim
  • Kalsium dan Magnesium untuk legakan PMS dan senggugut


Bolehkah fibroid hilang sendiri?

Anda boleh biasankan diri dengan bersenam untuk bagi hormon anda stabil. Bersenam 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. 

Senaman dapat bantu anda betulkan kitaran haid dan pengeluaran hormon estrogen dan progesterone.

Jika anda dah nak menopause (putus haid), tunggu sehingga haid putus. Biasanya fibroid akan kecut apabila tak ada lagi hormon estrogen yang cukup untuk dia membesar.

Apakah kebarangkalian fibroid tumbuh semula dalam rahim?


Jika anda buang fibroid melalui pembedahan myomectomy, selalunya tiada lagi fibroid akan tumbuh semula ditempat yang sama.

Fibroid yang tertinggal tanpa dibedah saja yang akan terus membesar jika anda ada banyak hormon estrogen.

Atau fibroid baru akan tumbuh ditempat baru dalam rahim.



Jika anda ingin hamil walaupun ada fibroid,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.