Sabtu, 27 Mei 2017

3 tips mudah bangun sahur

Hi guys, kita dah sampai ke bulan Ramadan tahun 2017. Semoga Allah SWT menerima semua amalan yang kita buat pada bulan puasa ini. InsyaAllah.
Hari ni saya nak share 3 tips mudah untuk bangun sahur, saya pasti ramai yang ada masalah untuk bangun sahur, kadang-kadang sampai terlajak tidur sampai lepas subuh. Tips yang saya berikan adalah mudah dan praktikal, lepas baca boleh terus buat. InsyaAllah, Allah akan bantu awak untuk bangun dengan jayanya. Allah yang izinkan awak jumpa post ni pun.
Tips nombor 1.
Siapkan sebahagian makanan atau siapkan bahan-bahan nak dimasak.
Ada orang makan lebihan berbuka (keluarga saya macam ni). Ada orang dia masak waktu bersahur. Okay untuk sesiapa yang masak waktu sahur, sebelum tidur tu pastikan ayam/ikan/udang dah dibersihkan terlebih dahulu. Bawang merah, putih dan cili merah dah dipotong dan simpan dalam tupperware. Sayur-sayur pun boleh potong siap-siap terus simpan. Basuh waktu nak masak nanti. Jika basuh awal, sayur basah akan jadi lembik dalam peti ais.
Kadang-kadang bila kita dah terlewat bangun, mesti tergesa-gesa dan mula nak rasa marah sebab kecewa dengan diri sendiri kan. Bertenang dan berdoa minta Allah sempatkan kita masak dan keluarga sempat makan. Bila dah siapkan bahan masak awal-awal, kan dah kurang sikit rasa marah tu sebab dalam 10-15 minit dah siap masak dan boleh makan.
Okeh, jangan lupa untuk tanak nasi sebelum tidur, nasi tak basi dalam 6 -7 jam. Boleh masak jam 10 atau 11 malam. Sesiapa yang makan lebihan tu, panaskan lauk sebelum tidur supaya lauk tak basi. Kemudian terus masuk tidur.
Sesiapa yang ada anak yang boleh dengar arahan, minta anak bantu. Nanti bila anak dah besar pasti dia akan terkenang zaman dia kecil, ibu minta bantu untuk siapkan sahur. Ni akan jadi memori indah zaman kanan-kanak untuk dia. Kan dua dalam satu tu, bantuan dapat, memori pun dapat.
Tips ekstra: saya suka minum air nabeez untuk bersahur, resipi air nabeez begini
  1. Rendam 3 biji kurma dalam satu gelas air panas dan biarkan atas meja. Jangan lupa tutup cawan tu, nanti lalat ke semut masuk kan dah rasa sedih dah pagi-pagi.
Lagi best minum Performance Drink Shaklee sebagai penutup sahur. Air kekal dalam badan je, badan rasa bertenaga dan kuat nak buat kerja.
Tips nombor 2.
Tidur awal. Bulan puasa memang sibuk. Ramai kejar untuk bertarawih dan mengaji. Tips tidur awal memang tak boleh nak dielakkan. Bila tidur awal, baru rasa segar nak bangun awal. Tidur jam 11 tu pon sebenarnya sangat bagus untuk perbaiki sel-sel badan dan merehatkan otak. Jam 3.30 pagi tu dah elok untuk bangun, masak tong tang 15-20 minit dah boleh sambung tahajjud dan ngaji awal pagi. ‘Rasa’ solat malam memang lain.
Tips nombor 3.
Ni tips umum. Doa dengan Allah SWT. Sejujur-jujurnya minta Allah SWT kejut awal untuk bersiap untuk sahur dan bertahajjud. Doa bulan puasa ni mustajab. Allah SWT makbulkan. Minta hari-hari sempat bertahajjud 4 rakaat dan solat taubat 4 rakaat.
Solat 2 rakaat tu 5 minit ja, jadi kita perlu ada dalam 15-20 minit untuk solat malam untuk diri sendiri.
InsyaAllah Allah akan bagi peluang untuk kita.
Tip bonus untuk elak tidur lambat,
Buat adunan kuih dan biskut siap-siap dan simpan dalam peti ais bahagian atas (freezer). Ini tips untuk biskut dan kuih yang kita boleh simpan adunannya. Adunan kek tak boleh ya.
Macam keluarga saya, kadang-kadang saya buat siap-siap adunan kukis waktu siang dan simpan. Waktu malam bakar sahaja. Atau saya goreng kacang tanah dan buang kulit siap-siap untuk buat kuih mazola.
Jadi saya tak luangkan banyak masa untuk buat kuih dari mula sampai habis. Boleh makan masa berjam-jam. Bila dah siapkan sebahagian dari resipi, cepat je kerja boleh disiapkan. Terus kemas dapur dan tidur.
Okay itu je saya nak share hari ni. Jom jadikan Ramadan tahun ini sebagai Ramadan terbaik untuk diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.