Khamis, 25 Mei 2017

Cara mula niaga atau bisnes nasi lemak

Hi. Hari ni saya nak kongsi cara nak mulakan bisnes atau niaga nasi lemak.
Saya rasa ramai orang tengah mencari cara terbaik untuk mula niaga nasi lemak tapi tak ramai peniaga lain yang kongsikan tips macam mana nak mulakan. Jadi saya share pengalaman saya mula bisnes ni ya.





Ni nasi Lemak saya buat.

Saya mula niaga nasi lemak pada September 2016. Masa tu kami (saya dan mak) hantar nasi dekat kantin sekolah. Masa cuti sekolah dah nak mula, saya pun mula niaga gerai tepi jalan dan hantar dekat gerai lain sebab kantin sekolah dah nak tutup.
Saya pilih untuk buka gerai sebab lepas kantin sekolah tutup, income jadi kosong, zero, nada. Jadi buka gerai ni lebih kepada terpaksa masa tu.


 Niaga gerai sangat menakutkan masa mula-mula tu.
Ada ka orang nak beli?
Orang nak singgah tak?
Pukul berapa boleh balik ni?
Pukul berapa nak buka?
Cukup ke tak nasi hari ni?
Banyak soalan duk bermain-main dalam kepala. Lepas puas fikir nak buka atau tak, Saya pilih untuk cuba. Cuba sekali lebih baik dari tak cuba langsung. Kita nak isi perut keluarga sendiri kena buang rasa malu dan wujudkan disiplin.
Okay. Tips niaga nasi lemak adalah persediaan. Kita kena bersedia nak niaga.
1. Kena ada resipi.
  • Nasi lemak nak masak macam mana?
  • 1 periuk boleh isi berapa cawan beras? Jika lebih nanti melimpah nasi.
  • 1 periuk dapat berapa bungkus nasi?
  • 1 cawan beras dapat berapa bungkus nasi?
    Nak tutup periuk cooker tu bila? Awal sangat tutup, nasi tak kering sepenuhnya, nasi jadi lembik. tutup lambat nasi bahagian bawah periuk jadi hangit. Bila hangit, satu periuk tu berbau hangit.
    Nak guna cawan saiz apa untuk sukat setiap bungkus nasi. saya pakai cawan teh yang kaca tu. Mangkuk sup cina pun ok.
    Kena cuba masak baru tahu.
    2. Nak masak sambal macam mana?
  • Bila cili kering pedas sangat macam mana?
  • Bawang nak letak banyak mana?
  • Jika sambal berminyak sangat macam mana?
Jika sambal yang dah siap masak pedas sangat macam mana? Budak-budak tak makan nasi lemak pedas. Diaorang beli sekali je, lepas tu kena ban.
3. Ikan bilis pula.
  • Nak yang dah kupas ke belum?
  • Nak yang ada kepala ke tak?
  • Nak masak dalam sambal ke goreng asing?
  • Nak guna ikan bilis mahal ke murah?
Ikan bilis murah mudah hancur, tulang besar dan cepat masuk angin. Ikan bilis mahal lebih elok dan kekal rangup 2-3 hari. Boleh guna untuk hari esok. Ikan bilis ni boleh tahan dua hari tak ada masalah.
4. Kacang.
Kacang mahal. Saya letak sekejap je, dalam beberapa bulan niaga, lepas tu terus berhenti. Kacang telan untung banyak sangat. Nasi Lemak saya sebungkus RM1 je. Kawasan saya tinggal ni tak boleh jual lebih RM1 kecuali nasi lemak berlauk.
5. Telur.
  • Nak rebus ke buat dadar?
  • Nak potong 4/6/8?
  • Jika telur kecil sangat, atau telur dadar nipis sangat, orang akan pertikai. Jadi cari kedai borong yang jual telur besar pada harga yang murah. Seeloknya potong 6 sahaja.
6. Timun.
  • Nak letak timun ke?
7. Nak bungkus nasi macam mana?
  • Polisterin?
  • Kertas minyak?
  • Kertas minyak dan daun pisang?
  • Kertas minyak dan plastik?
  • Paper dan plastik?
  • Paper dan daun pisang?
Nak bungkus nasi pun pakai duit, jangan lupa masukkan dalam kiraan modal.
Jangan lupa bawa plastik kecil untuk pelanggan yang beli 2-4 bungkus dan plastik besar untuk pelanggan yang beli 4-6 bungkus.
Jika niaga pagi, beli lampu kecil dan bawa duit tukar. Kadang-kadang pelanggan bagi RM50 tau beli 3 bungkus nasi. Jadi kena ada duit pecah.
Masa Linda mula-mula niaga tepi jalan, saya bawa semua ikan bilis, sambal, telur dan bungkus dekat tepi jalan. Sekarang saya bungkus siap-siap dekat rumah dan jual nasi dah bungkus siap. Saya suka kerja yang cepat dan efisien. Orang singgah terus bayar dan ambil nasi. Saya nak mudahkan pelanggan. Depa tak perlu tunggu Saya nak cedok nasi, letak telur, ikan bilis, sambal lepas tu bungkus dan masukkan dalam plastik. Lambat. Kesian dekat pelanggan.
Ni masa bungkus nasi dekat gerai tepi jalan tu.
8. Lokasi niaga.
Kena cari simpang yang sibuk dan mudah parking. Jika lokasi strategik gila pun tapi susah nak parking, orang tak mai. Pi duduk dekat tempat nak niaga tu tengok waktu puncak bila, bila keadaan mula surut dan orang dah tak dak. Ni kekurangan perniagaan saya, lokasi tak berapa best sangat jadi sale nasi kurang. Kedai yang saya hantar tu jualannya bagus. Jadi saya hantar banyak bungkus nasi dekat dia.
9. Disiplin masa dan hari buka kedai.
Masa mula niaga pilih siap-siap masa dan hari cuti. Macam saya, saya niaga nasi pagi pukul 6.30 pagi dah hantar nasi dekat gerai dan buka gerai sendiri dan cuti hari ahad.
Jadi skrip nak cakap dengan pelanggan macam ni. Contoh, hari isnin hari cuti. Jadi bila pelanggan datang beli dan dia tanya “Tiap-tiap hari buka ke?”. Boleh jawab “Tak abang/makcik/adik, hari isnin kami tutup dan hari lain kami niaga”.
Mudahkan pelanggan, jangan bagi pelanggan rasa kecewa. Bila depa mai lepas tu nasi takdak, boleh rosak mood satu hari sebab teringin nak makan nasi lemak kita. Saya tahu sebab saya frust juga bila ada kedai kuih petang ni suka hati buka dan tutup. Sedih tau bila saya dah pakai sweater, tudung dan keluar naik motor (gigih sangat nak pi beli). Bila sampai 5 minit kemudian, rupanya dia tutup.






Hari kedua niaga tepi jalan.

10. Cari gerai untuk letak nasi.
Ni tips yang baik untuk naikkan jumlah jualan. Jualan nasi boleh cecah ribuan ringgit sebab trading ni. Kita buat nasi dan letak dekat gerai orang lain. Situasi menang-menang. Kita dapat jualan bila gerai tu dapat jualan. Bila buat macam ni, life lagi mudah. Tak perlu nak pi niaga dan boleh fokus untuk siap-siap barang niaga esok. Selalunya kedai ambil sebungkus 20 sen dan bahagian kita 80 sen. Jadi fikir masak-masak nak hantar atau tak sebab susah nak cuti bila dah ada orang berharap dekat kita. Orang gerai ni dia ambil komisen sahaja, jadi dia kena ada nasi dan kuih untuk dia jual supaya dia pun dapat income untuk keluarga dia. Pastikan orang gerai bagi duit setiap 2-3 hari. Hari-hari lebih bagus. Jangan peram bayaran lebih seminggu. Nanti bila dah banyak sangat duit, khuatir dia tipu kita dan bayar sikit je.





Ni cara bungkus masa hantar dekat kantin sekolah dulu.

11. Simpan rekod niaga.
Contoh, hari buat 60 bungkus nasi.
40 hantar dekat gerai, 20 kita niaga.
Duit masuk 40 x 0.80 = RM32. 20 x 1 = RM20 jadi jumlah sepatutnya RM52. Jika tak habis niaga tulis berapa tak habis tu dan makan sendiri. Kena rekod sendiri bayaran baru susah nak kena tipu sebab kita tahu berapa banyak bungkus nasi kita buat setiap hari.
12. Nak buat apa dengan nasi tak habis niaga?
Ada hari nasi tak habis niaga. Benda ni normal. Ada hari niaga 15 minit dah habis boleh balik. Ada hari duduk 2.5 jam pun tak habis niaga. Saya pun dah jemu makan nasi lemak selama setahun ni. Hari tak habis jual nasi/mi goreng/bihun goreng memang saya dan keluarga je makan sampai dinner.
Jika ada tempat boleh sedekah, bagi je. hari-hari tak boleh makan nasi lemak kan. Pejam mata dan lupakan modal yang dah belanja tu. InsyaAllah, Allah SWT balas jauh lebih banyak dan lebih baik.
13. Hari hujan
Ini point penting yang boleh melemahkan semangat orang niaga gerai. Dulu saya niaga telur dekat pasar tani dan pasar malam jadi dah ada payung niaga dah. Siapa yang tak dak payung tu beli satu dan simpan. Meja niaga, pakai meja plastik biasa dah. Kerusi bangku plastik. Sale hari hujan kadang-kadang habis. Lebih kerap tak habis. Orang tak keluar rumah.

14. Kerja buat nasi lemak ni sebenarnya…
Guna banyak masa. Bukan kerja dua tiga jam. Nak siapkan sambal dalam 3 jam pun tak sempat. Kena kupas ikan bilis, potong cili kering, rendam, rebus, buang biji, blend, rebus telur, masak sambal, rendam beras, masak nasi, siap-siapkan kertas bungkus nasi (kertas minyak dan plastik lipat sama-sama siap-siap baru jimat masa waktu pagi)
Kena bangun tidur jam 4.00 pagi untuk masak nasi dan bungkus sampai pukul 6 pagi.
Kalau hati tak sado. Jangan niaga nasi lemak atau sarapan pagi. Kena korbankan masa tidur dan kena buat benda yang sama tiap-tiap hari. Jika awak jenis cepat jemu dan suka merungut, lifestyle bisnes tak sesuai dengan awak. Kerja lebih baik.
So ini je saya share hari ni. Saya doakan sesiapa yang baca post ni diberi keberanian dan kekuatan oleh Allah SWT untuk mulakan bisnes nasi lemak. Awak baca post ni pun sebab Allah yang izinkan awak jumpa. Semoga berjaya.
Jika anda ada modal RM80 dan rasa tak cukup nak jadikan modal niaga nasi lemak, Linda nak ajak anda buat bisnes dengan Linda.

Perniagaan nasi lemak makan modal besar jika anda tak dak barang seperti bangku, meja dan payung. Jika perniagaan ni tak tahan lama, rugi sangat simpan meja, payung dan bangku tanpa digunakan. Linda cakap ni berdasarkan pengalaman Linda yang dah pernah buka perniagaan nasi lemak pagi dan tutup perniagaan ni lepas setahun. 

Jadi jika you ada RM80 dan nak jump buat bisnes online dengan Linda, terus wasap Linda di 013-4141176 atau tekan link dibawah untuk wasap. 


Ini risiko tau. Nak kehidupan lebih baik memang kena ambil risiko. Jika you rugi pun RM80 ja tau. Jika you buat sungguh-sungguh, potensi income tak ada limit.

Welcome to SUCI GROUP.  :)

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih sudi baca. 😊😊😊

      Padam
  2. assalamualaikum, lesen niaga ada buat x?
    ada ikut apa2 kursus? sbb sy baru nk berjinak2 nk niaga nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niaga nasi tak payah buat lesen. Pergi mana-mana pacak je kedai. :)

      Padam
  3. tq atas perkongsian awak
    saya dulu niaga nasi lemak jugak macam awak
    tapi depan rumah lah....
    sekarang nii tlg ayah kad kedai asam pedas dia...

    BalasPadam
  4. asalam sis. terima kasih atas info yg sangat berguna. sy kini penjual tegar nasi lemak jalanan. yg dah ready made, mudahkan customer. asalnya sy dulu exgov staff tpi minat ke arah perniagaan. betul2 hati kena gentar dan sado, kalo dulu tak fikir semua ni, confident dgn gaji hjgbulan, tpi bila dah berbisnes sendiri walopun tak se gah waktu kije dulu tpi alhamdulillah syukur rezeki allah adadekat mana2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niaga kena jaga hati. Bila tenang, cepat je rezeki masuk. Bila gelisah memang parah. kan. Seronok niaga, masa sangat fleksibel.

      Padam
  5. Harga barang sekarang mahal. Nak kena pandai kurangkan kos dan maksimumkan untung. Nak letak barang kat tempat orang sekarang nak amik untung atau komisen 50 sen. Kalau boleh nak RM1 bagi setiap unit barang yg terjual. Agak mencabar tapi kena byk bersabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada tu bagus lah. Tempat saya nasi lemak bungkus siap orang jual RM1 je dekat sini. Tak jual RM1.20. Jadi kena letak harga orang sini. Letak dekat orang kena ambil 80 sen je, sebab dia nak jual RM1. :)

      Padam
  6. Salam. Saya ada niat untuk buka bisnes nasi lemak.Boleh tak saya nak email linda. Untuk saya tanyakan beberapa soalan. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh email saya di kamarudinazlin@yahoo.com.

      Padam

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.