Isnin, 24 Julai 2017

Kepentingan Asid Folik untuk wanita hamil dan wanita yang ingin hamil

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Asid Folik adalah penting untuk wanita hamil dan wanita yang ingin hamil.

Apakah itu asid folik?

Asid folik juga dikenali sebagai Folate yang terdapat secara semulajadi dalam makanan. Atau dikenali sebagai Vitamin B9. Asid Folik adalah Folate yang sintetik, dicipta di dalam makmal. Asid Folik adalah salah satu daripada vitamin B yang juga mempunyai sifat larut dalam air.

Apakah yang akan berlaku sekiranya badan kekurangan asid folik?

Selalunya tiada penyakit serius yang akan berlaku kepada orang normal dan sihat. Kecuali mudah letih dan mempunyai daya ingatan yang lemah atau disebabkan kekurangan asid folik dalam diet, boleh berlaku penyakit anemia.

Adakah badan manusia  boleh menghasilkan asid folik?

Tidak. Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral. Kedua-duanya mesti diambil dalam makanan yang dimakan.

Apakah kepentingan asid folik?

Asid folik diperlukan dalam membaikpulih DNA, menghasilkan sel darah merah yang sihat  dan meningkatkan daya ingatan.

Asid folik membantu lelaki meningkatkan bilangan sperma dalam air mani.

Asid folik sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan. Asid folik menurunkan risiko kecacatan tiub neural, anencephaly dan spina bifida pada bayi.

Asid folik membantu dalam pembahagian sel janin dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Siapakah yang patut mengambil asid folik setiap hari?


  • Lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.
  • Asid Folik amat penting kepada lelaki DAN wanita yang ingin hamil (Trying To Conceive TTC).
  • Asid Folik juga penting kepada wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak.

Bilakah aku patut mengambil asid folik?

Bagi pasangan yang ingin berkahwin, mereka digalakkan untuk mengambil asid folik setahun sebelum berkahwin. Jika tidak boleh, tiga bulan sebelum berkahwin juga dibolehkan.

Bagi wanita yang sudah hamil, mereka perlu mengambil asid folik seawal usia kandungan cecah empat minggu. 

Ini adalah kerana perkembangan otak dan sistem saraf bayi berlaku pada 12 minggu pertama usia kandungan. Pada waktu ini sistem saraf berkembang dengan pesat dan apa-apa sahaja keadaan ibu waktu itu, sihat atau sakit, atau tak cukup vitamin akan menjadi tapak perkembangan bayi untuk membesar sehingga dilahirkan.

Berapakah dos (dosage) yang perlu diambil setiap hari?

  • Bagi orang dewasa, 400mg (microgram)
  • Bagi wanita hamil 600mg
  • Bagi wanita menyusukan anak 500mg



Makanan apa yang mempunyai kandungan asid folik?

- Sayuran Hijau
+ Asparagus
+ Bayam
+ Brokoli
+ Kubis Bunga
+ Kubis
+ Kacang Pis
+ Buah oren
+ Kuning telur
+ Susu


Peringatan: Cara memasak akan pengaruhi berapa banyak zat yang tinggal dalam makanan.

- Suplemen yang mempunyai kandungan asid folik

Bagaimana asid folik membantu bayi dalam kandungan?

Jenis-jenis kecacatan pada neural tube janin dalam kandungan.

Asid folik menurunkan risiko bayi mempunyai masalah kecacatan pada neural tube dalam janin. Kecacatan seperti anencephaly dan spina bifida.


Anencephaly adalah keadaan dimana bayi tidak bertumbuh otak. Otak dan tempurung kepala bayi tidak terbentuk sejak awal kandungan dan apabila bayi tersebut dilahirkan, usia bayi hanya mencecah beberapa jam hingga beberapa hari sahaja.





Spina Bifida adalah keadaan dimana tulang belakang bayi tidak tertutup secara sempurna dan terkeluar dari badannya. Seolah-olah bayi tersebut mempunyai ekor. Atau bayi tersebut mempunyai lubang di bahagian belakang badan kerana lubang di tulang belakangnya gagal tumbuh.


Bayi yang dilahirkan dengan Spina Bifida adalah bayi yang lumpuh sepenuhnya.


Selain daripada itu, asid folik juga turunkan kebarangkalian bayi ada bibir sumbing (cleft palate) atau masalah jantung (congenital heart disease (CHD)) dan turunkan risiko kelahiran bayi pramatang.

Suplemen yang disarankan untuk bantu turunkan risiko kecacatan diatas adalah B Complex dan Vitalea oleh Shaklee.


Membekalkan asid folik secukupnya setiap hari.

B Complex bekalkan 200mg asid folik dan Vitalea bekalkan 400mg asid folik. Kombinasi keduanya membekalkan 600mg asid folik setiap hari.

Cara Makan B Complex dan Vitalea Shaklee

Makan 1 biji B Complex dan 1 biji Vitalea setiap pagi selepas bersarapan.


Sebotol B-Complex dan Vitalea tahan selama 4 bulan iaitu 120 hari. Tahan lama kan. Berbaloi sangat. Vitalea dan B-Complex boleh sambung makan waktu pantang. Tak membazir pun.

Cara hendak dapatkan B Complex dan Vitalea Shaklee


Wasap penulis di nombor +60134141176


atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap


http://lindashaklee.wasap.my/


Shaklee Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.