Isnin, 24 Julai 2017

Punca dan cara hilangkan ekzema bayi dengan krim bebas steroid

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Post hari ni tentang punca dan cara hilangkan ekzema bayi dengan krim bebas steroid.

Apakah ekzema?

+ Disebabkan oleh 'trigger' (pencetus) allergi

+ Kulit menjadi kemerahan, rasa gatal dan merekah dan boleh berdarah.

+ Radang ekzema akan jejaskan fungsi kulit sebagai benteng pertahanan badan.  

+ Ekzema atopik adalah jenis ekzema yang kerap dihadapi oleh kanak-kanak bawah 2 tahun dan hampir 50% daripada bayi yang menderita ekzema semasa kecil akan terus hidap ekzema sehingga dewasa.

Jenis ekzema yang dihidap oleh orang dewasa adalah ekzema psoriasis.

+ Ekzema atopic adalah sebahagian daripada 3 serangkai penyakit atopik. Penyakit lain adalah masalah asma dan allergic rhinitis (radang membran mukosa dalam hidung).


Apakah simptom penyakit ekzema?

> Kulit menjadi merah

> Kulit menjadi sangat kering

> Kulit mula pecah, merekah dan mengelupas

> Kulit terasa gatal terutamanya pada waktu malam

> Kulit naik bintik-bintik merah 

> Kulit bersisik

> Kulit jadi tebal selepas garu

> Kulit mengeluarkan air dari bintik-bintik yang pecah selepas digaru






Bagaimana ekzema berlaku?


Punca ekzema tidak dapat dikenalpasti cuma jika ada ahli keluarga yang mempunyai ekzema, anak-anak juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mempunyai masalah ekzema juga.

Mungkin berpunca daripada sistem autoimun yang lemah menyebabkan alergi berlaku.

Kulit bayi yang sensitif yang terdedah pada pencetus ekzema akan menyebabkan ekzema mengganas dan flared (merebak) ke seluruh badan. 


Ekzema boleh menjadi kronik jika dibiarkan tanpa rawatan.

Bayi yang menghidapi ekzema. Keradangan yang berlaku di bahagian pipi.

Dimana ekzema berlaku?

+ Di bahagian pelipat sendi, bahagian kepala, di bahagian muka, leher, pelipat siku, lengan, belakang lutut, betis dan buku lali. Jika trigger ekzema kuat, kulit akan merekah dan sangat merah.

+ Ekzema boleh berlaku bila-bila masa dan tidak mempunyai tempoh tetap untuk surut, Jika dibiarkan, ekzema akan melarat dan menjadi semakin teruk sehingga kulit bernanah. 

+ Ekzema boleh terbawa dari bayi sampai dewasa dan ada juga orang dewasa yang tiba-tiba mendapat ekzema. 

+ Bagi bayi yang tidak boleh menggaru, tidur bayi akan terganggu akibat kegatalan yang melampau dan jika cuaca malam panas, keadaan ekzema akan menjadi semakin teruk.


Punca-punca yang menjadi pencetus ekzema 

<> Alahan pada peralatan mandian dan bahan pencuci seperti sabun, detergen, serbuk pencuci, pelembut fabrik, mandian buih dan syampu. 

<> Cuaca panas terutamanya panas waktu malam. 

<> Alah pada pemakaian barang kemas seperti emas palsu, emas tulen, besi dan perak. 

<> Alah pada nikel dalam barang kemas. 

<> Kuat berpeluh 

<> Terdapat air pada permukaan kulit yang tidak dilapkan 

<> Alergik pada persekitaran seperti asap rokok, asap kereta, habuk, haiwan berbulu dan bahan pencuci. 

<> Perubahan emosi yang menyebabkan stress dan keresahan 

<> Alahan kepada fabrik pakaian 

<> Alahan kepada barang kosmetik. Untuk bayi, bahan kosmetik tersebut dipakai oleh orang yang berdekatan dengan bayi dan telah menyentuh bayi. 

<> Air berklorin tinggi.


Bagaimana hendak hilangkan ekzema? 


+ Ekzema boleh dikawal secara luaran dan dalaman. Secara luaran, perlu menggunakan krim atau losyen yang bersesuaian untuk menghilangkan rasa gatal dan mengawal keinginan untuk menggaru. 

+ Penggunaan krim yang mempunyai kandungan steroid untuk mengatasi ekzema mempunyai kesan buruk iaitu lapisan kulit menjadi nipis dan dos penggunaan perlu bertambah sebab anak sudah menjadi ‘kebal’ dengan dos yang telah diberikan dahulu.

+ Secara dalaman, penghidap ekzema memerlukan makanan dan suplemen yang bersesuaian untuk membantu melawan ekzema dari dalam badan. 


Pakaian

+ Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas. 

+ Elakkan fabrik yang tidak menyerap peluh.

+ Pakai baju dan seluar yang longgar supaya kulit kekal kering dan tidak berpeluh.


Persekitaran

+ Pakai sarung tangan apabila menggunakan bahan pencuci.

+ Gunakan bahan mandian yang 'mild' dan mempunyai pH neutral supaya kulit kekal lembap dan mempunyai minyak natural untuk melindungi kulit.

+ Sapukan krim pelembap sebaik sahaja selesai mandi supaya kulit tidak kering.

+ Kerap menukar sarung bantal, cadar, selimut dan tuala supaya bersih.

+ Elakkan terdedah pada cahaya matahari yang panas.

+ Elakkan mandi dengan air panas terlalu lama. Air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering.


Makanan

+ Elakkan makanan yang menjadi pencetus kepada keradangan ekzema sebelum ini.

+ Tinggalkan gluten dan gula putih

+ Elak roti, tepung, biskut dan pizza


Diri sendiri

+ Potong kuku pendek.

+ Elakkan dari menggaru.

+ Jaga kebersihan diri sendiri.

+ Ikut nasihat daripada doktor.


Klik imej diatas untuk besarkan imej.

Mengawal ekzema dengan Set Ekzema Shaklee


Ekzema tidak dapat sembuh sepenuhnya tetapi ekzema BOLEH dikawal dengan menjaga kebersihan, makanan, pakaian dan menjaga kesihatan diri sendiri. Terdapat sedikit perbezaan cara mengawal ekzema bagi setiap peringkat umur.

Cara mengatasi ekzema untuk:

Bayi berusia bawah 1 tahun

1. Krim Herbal Blend

+ Krim yang diformulasikan untuk bantu melegakan ekzema.

2. Vita-E Complex

+ Sapukan pada kulit (gunting sedikit pada hujung capsul)

Kedua-duanya boleh disapu pada luka ekzema dan luka tersebut akan kurang gatal dan tidak berparut apabila sembuh.




Krim Herbal Blend boleh digunakan sebagai losyen harian bayi. Tekan link ini untuk membaca kebaikan krim Herbal Blend Shaklee.

Ibu yang menyusu digalakkan untuk minum susu ESP dan makan Omega Guard supaya nutrisi daripada kedua-duanya dapat disalurkan kepada bayi semasa waktu menyusu.





Kanak-kanak yang berusia 1 tahun keatas

1. Omega Guard

+ Untuk mengawal ekzema dan keradangan kulit dan membantu mengurangkan gatal-gatal kulit.

2. Meal Shakes

Mempunyai multi-vitamin yang lengkap untuk meningkatkan tahap kesihatan kana-kanak dan menghilang parut ekzema.


3. Gunakan Krim Herbal Blend dan Vita-E Complex untuk disapu pada luka

+ Jika bayi anda hanya mempunyai masalah ekzema yang mild (sedikit) dan tidak serius, Meal Shakes dan krim Herbal Blend sahaja sudah mencukupi untuk mengawal ekzema dari dalam dan luar badan.





Remaja dan orang dewasa


1. Omega Guard dan ESP

Omega Guard
 akan mengawal keradangan ekzema, membantu melembapkan kulit dan mengurangkan kegatalan kulit. Orang yang menghidapi ekzema mempunyai kulit yang sensitif.

ESP akan membantu menghasilkan tisu-tisu kulit baru menggantikan kulit yang rosak akibat ekzema. Kulit baru akan lebih cantik, anjal, sihat dan gebu.

2. Vitamin E dan GLA Complex

Vitamin E dan GLA Complex akan membantu kulit yang rosak, dan memudarkan parut-parut yang ada. Kombinasi keduanya akan membantu meningkatkan tahap keimunan badan.

3. Krim Herbal Blend

Krim Herbal Blend akan membantu menghilangkan kepedihan dan kegatalan ekzema.

4. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex akan detoks hati, darah dan usus supaya badan bebas toksin dan suplemen lain dapat memberi keberkesanan yang optima.




5. Basic H2


Basic H2 adalah produk Shaklee yang mempunyai banyak kegunaan. Salah satu daripadanya adalah mengurangkan iritasi kulit ekzema. 

Titiskan sedikit Basic H2 dalam air mandian, dan mandi menggunakan air Basic H2 tadi. Bayi dan kanak-kanak juga boleh menggunakan Basic H2. 





Testimoni Set Ekzema Shaklee

















Sila wasap penulis untuk konsultasi Set Ekzema.

Cara nak hubungi penulis

Wasap di nombor +60134141176

atau TEKAN link dibawah untuk terus ke wasap



Shaklee Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.