Ahad, 30 Julai 2017

Tips untuk newbie bisnes online

Kredit: Puan Eida Hasan

Bila PM/mesej masuk bertalu talu:

Hadiahkan Al fatihah kepada semua bakal pelanggan / prospek. Niatkan dan buat kuasa bayangan seolah-olah dah pun close sale dan pelanggan borong baanyak item dari kita.

Kemudian doa:

"Ya Allah, kau berilah daku peluang untuk bantu selesaikan masalah pelanggan pelanggan ku supaya kembali cantik, sihat, gojez, yakin dan berseri dengan produk jualan ku". Allahumma Aminn.

WAJIB amalkan sebelum reply mesej:

1. Mulakan dengan Bismillah

2. Hadiahkan AlFatihah. Sambil Zikir Ya Razzaq.

3. Berserah dan minta dengan ALLAH dulu supaya memudahkan segala urusan dalam nak bantu sahabat yang bertanya kerana hanya DIA yang akan menggerakkan hati bakal pelanggan dan buka hati mereka untuk dapatkan/beli produk kita.

So kita pun tak kecewa jika pelanggan tu beli atau tidak. Sebab kita dah serah sepenuhnya pada ALLAH dan ALLAH dah atur yang terbaik buat kita.

1. Sentiasa letakkan ALLAH didepan.

2. Jangan mengeluh jika tak dapat close sale. Malah senyum dan ucapkan Alhamdulillah. Petanda rezeki besar nak masuk selepas tu.

3. Perbaiki cara berkomunikasi dengan bakal pelanggan. Pelanggan wanita cara handle macam mana. Pelanggan lelaki pula macam mana pula. Jika wanita perlu sentuh jiwa nya. Wanita suka pujian. Kalau dengan bakal pelanggan lelaki biasanya lebih mudah sebab lelaki selalunya 'straight to the point'.

4. Muhasabah diri dan check semula apa yang "menjadi tembok besar" yang menghalang rezeki untuk masuk.

Bisnes bukan sekadar jual dan duit semata masa saje ya sahabat.

Link post asal:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.