Ahad, 20 Ogos 2017

Manfaat Vitamin C Untuk Kulit Muka Berjerawat

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, ia adalah antara vitamin yang diperlukan oleh badan kita. 

Vitamin C hanya boleh didapati dari makanan ataupun suplemen. Badan manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C dan vitamin C juga adalah salah satu vitamin yang larut dalam air.

Vitamin C perlu diambil setiap hari dalam kuantiti yang sedikit. Walaupun sedikit, vitamin C adalah sangat penting untuk manusia. Salah satu rahsia kulit cantik adalah dengan mengambil vitamin C setiap hari.





Bagaimana Vitamin C menghilangkan jerawat?

1. Kebaikan utama Vitamin C adalah membantu pertumbuhan kolagen dalam kulit, pertumbuhan salur-salur darah dan menjadikan peredaran darah lebih lancar.


Sistem peredaran darah yang baik akan mengurangkan pertumbuhan jerawat dan pertambahan kolagen akan menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan flawless. 

2. Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang membunuh radikal bebas yang merosakkan kulit.

3. Vitamin C menguatkan sistem imun badan supaya badan dapat melawan kuman dan bakteria yang menyerang.

4. Vitamin C memendekkan jangka masa sakit demam dan selsema dan melegakan simptom dengan cepat.

5.Vitamin C juga menguatkan kulit supaya kulit dapat menghalang pertumbuhan jerawat.

6. Vitamin C bukan sahaja mengelakkan pertumbuhan jerawat malah mengecutkan jerawat yang sedang tumbuh.

7. Vitamin C menjadikan kulit lebih sihat, berseri dan flawless. 

8. Vitamin C merawat kulit dari dalam dari kesan radang jerawat atau apa-apa masalah lain seperti kulit kering, kusam dan ekzema. Vitamin C menjadi penggalak pertumbuhan ligamen dan tisu kulit yang baru.

Jika Vitamin C diambil bersama-sama dengan Vitamin E, kedua-dua vitamin ini akan menyebabkan parut pudar dan hilang dengan cepat.  

9. Vitamin C juga membantu dalam penyerapan zat besi. Zat besi adalah penting untuk pembinaan sel darah merah yang baru. 


Cara hendak ambil Vitamin C?

Terdapat dua cara untuk mengambil Vitamin C, makan atau secara topikal (sapu) atas kulit.

Untuk mengambil Vitamin C melalui pemakanan. Anda perlu memilih makanan yang tinggi kandungan vitamin C. Anda boleh rujuk gambar dibawah. 








Antara makanan yang tinggi kandungan Vitamin C
- Lada Benggala (Lada benggala merah paling tinggi kandungan vitamin C)
- Bayam
- Tomato
- Bunga Kubis
- Brokoli
- Buah Lemon
- Buah Oren
- Buah Strawberry

Cara makanan dimasak juga mempengaruhi berapa banyak kandungan vitamin yang ada dalam makanan tersebut. Sayur yang dimasak terlalu lama akan kehilangan banyak khasiat dan kandungan vitamin. Jadi bila sayur tersebut dimakan, tubuh badan masih tidak dapat keperluan vitamin C yang cukup.

Cara kedua untuk dapatkan Vitamin C adalah lebih mudah dan pantas. Iaitu melalui suplemen Vitamin C. Anda hanya perlu makan sebiji sehari, setiap hari.

Untuk sapuan luaran, anda boleh buat Masker Vitamin C untuk disapu pada wajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.