Selasa, 31 Oktober 2017

Kencing manis Semasa Hamil, Diabetes Gestasi (GDM)

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 15/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Kencing manis semasa hamil.




Apa itu Diabetes Gestasi, GDM?


Diabetes gestasi bermula saat anda mengandung. Ianya bersifat sementara dan akan hilang selepas bayi dilahirkan. 

Diabetes gestasi adalah apabila paras gula (glukosa) dalam darah ibu meningkat, glukosa berlebihan ini akan masuk ke uri bayi dan dihantar kepada bayi. Gula berlebihan buat bayi jadi besar dan gemuk.


Punca sebenar GDM masih belum diketahui, tetapi pakar mendapati bahawa uri bayi mengeluarkan hormon rintangan insulin yang banyak. Gula jadi kebal terhadap insulin. Hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen ganggu pengeluaran insulin.

Biasanya kencing manis didiagnos ketika pertengahan dan lewat usia kehamilan.

Tanda-tanda anda ada masalah kencing manis semasa hamil

Anda disyaki ada GDM jika anda ada beberapa tanda-tanda dibawah

  • Mudah letih tanpa sebab
  • Sentiasa dahaga
  • Kerap kencing
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti yang banyak terutamanya benda-benda manis


Risiko kencing manis bagi wanita hamil

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kencing manis ketika hamil jika
  • Indeks Jisim Badan (BMI) anda melebihi 30 
  • Pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih (Sejarah kelahiran sebelum ini)
  • Pernah ada kencing manis semasa mengandung (Sejarah perubatan anda)
  • Ibu bapa atau adik beradik anda ada kencing manis (Sejarah perubatan keluarga anda)
  • Usia 35 tahun dan keatas
  • Amalkan pemakanan berkanji dan lemak tepu secara berlebihan
  • Tidak aktif
  • Mempunyai masalah tekanan darah tinggi

Bagaimana nak kesan kencing manis (GDM) semasa hamil?

Buat pemeriksaan darah melalui air gula. Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) dilakukan selepas berpuasa waktu malam.

Anda hanya boleh minum air kosong sahaja sepanjang malam. 

Ujian ini dilakukan pada peringkat awal kandungan dan diulang pada minggu ke 24 - 28. 

Pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda akan diminta untuk minum 1 gelas larutan air gula. 

Kemudian ujian darah akan dilakukan selepas 2 jam anda minum air tu.

Jika anda pernah ada kencing manis untuk kandungan sebelum ini, anda akan diminta untuk buat ujian OGTT lebih awal untuk mengesan sama ada anda ada atau tidak kencing manis untuk kehamilan kali ini.

Kawal atur gula amat penting pada peringkat awal kehamilan kerana organ-organ penting bayi akan mula terbentuk waktu ini dan untuk kurangkan komplikasi kencing manis pada anda dan bayi dalam kandungan anda. 

Jika ujian OGTT anda normal, anda akan diminta untuk mengulang ujian ini pada pertengahan kehamilan.


Komplikasi kencing manis kepada janin


  • Bayi menjadi besar dan berat, biasanya melebihi 4kg (macrosomia)
  • Sakit kuning / demam kuning (jaundice)
  • Paras gula dalam darah bayi rendah (hypoglycemia)
  • Bayi susah nak bernafas
  • Bayi mungkin jadi cacat atau organ dalaman bayi terjejas
  • Bayi mungkin mati dalam kandungan (in utero death)

Komplikasi kencing manis pada ibu

  • Sukar hendak bersalin, perlu dibedah (cesarean)
  • Bersalin lebih awal dari tarikh dijangka (minggu 38-40)
  • Perlu di induce supaya bersalin (Ini adalah penting untuk keselamatan bayi) 


Lebih baik bersalin bedah dan induce dari bayi meninggal akibat komplikasi kencing manis.

Walaupun ramai wanita yang berjaya melahirkan bayi yang comel dan gebu ketika ada GDM, ada juga wanita yang anaknya meninggal dalam kandungan akibat komplikasi yang sama. 

Lebih baik anda berhati-hati dan kawal kencing manis semasa hamil.


Cara kawal kencing manis semasa hamil
  • Kurang makan makan tinggi kanji dan kandungan gula
  • Makan ikut piramid makanan
  • Sentiasa periksa kadar gula dalam darah
  • Suntikan insulin atau makan ubat doktor
  • Buat senaman ringkas
  • Selalu bergerak dan aktif

Apa yang perlu buat lepas bersalin?


Lepas berpantang 6 minggu, ulang ujian OGTT untuk pastikan anda tiada masalah diabetes. Jika ujian ini tak normal anda perlu rujuk pakar perubatan atau pakar endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang adalah masalah GDM, ada kebarangkalian 1 dalam 3 untuk hidap kencing manis tahap 2 dalam masa 5 tahun lepas itu. Anda dinasihatkan untuk buat Ujian Glukosa Berpuasa (Fasting Blood Glucose) setahun sekali.
Jika anda ingin mengandung lagi..


  • Pastikan BMI anda pada tahap ideal
  • Amalkan gaya hidup sihat untuk turunkan risiko GDM pada kehamilan seterusnya
  • Ambil asid folik 3 bulan lebih awal sebelum hamil untuk turunkan risiko spina bifida dan cleft palate (sumbing) pada bayi
  • Pastikan tahap gula dikawal dengan baik sepanjang kehamilan dan kawal pemakanan sewaktu mengandung. Kehamilan ini berisiko tinggi dan jika anda kawal tahap gula anda, anda boleh melalui fasa kehamilan yang normal dan anda dan bayi anda sihat.


Suplemen yang bantu kawal kencing manis semasa hamil

1. ESP

ESP Shaklee ada glisemik indeks rendah. 39 sahaja. Gula akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tubuh. Selamat untuk anda yang hamil dan kekal bertenaga sepanjang hari.

2. B Complex

Bantu dalam menukarkan makanan kepada gula (glukosa) dan tukar gula kepada tenaga. B Complex bekalkan 8 jenis vitamin dan juga asid folik. Asid folik penting dalam tumbesaran bayi.

3. Vitalea

Bekalkan 19 vitamin dan mineral yang lengkap untuk anda dan bayi anda. Vitalea juga ada zink untuk bantu hasilkan insulin.

4. Omega Guard

Rendahkan kolesterol, kawal masalah obesiti, jaga kesihatan jantung dan jaga kesihatan trigliserida.

5. Ostematrix

Sebagai sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Aktifkan pankreas untuk kawal kencing manis. Bekalkan magnesium yang diperlukan oleh penghidap kencing manis. Kurang magnesium juga adalah salah satu punca kencing manis. 

Ostematrix bekalkan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan bayi. 

6. Vitamin C

Cegah kolesterol dan lemak dalam arteri dari termendap dan sempitkan salur darah. Vitamin C elok dimakan bersama Vitalea untuk bantu penyerapan zat besi untuk bina hemoglobin dalam sel darah. Ia bantu atasi hb rendah dan juga anemia.






Testimoni Kencing Manis Hamil Shaklee





Jika anda ada apa-apa soalan atau ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, tidak semestinya dapatkan full set, set asas dan set sederhana pun ada untuk atasi kencing manis semasa hamil

Anda boleh wasap penulis. Anda boleh wasap ke nombor +60134141176

Atau tekan link dibawah untuk wasap 

http://lindashaklee.wasap.my/



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

ID: 1263235

Bagaimana ESP Shaklee Bantu Sakit Gastrik Dan Pedih Perut Dan Harga ESP Shaklee 2018

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 14/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Bagaimana ESP Shaklee bantu sakit gastrik dan sakit perut.

Ramai juga orang yang minum ESP untuk hilangkan sakit gastrik. Gastrik disebabkan oleh keradangan pada selaput dalam perut. 

Perut menghasilkan jus gastrik dan jus ini akan menghadamkan protein kepada polipeptida dan kemudiannya dicernakan dibahagian usus kepada asid amino. Asid amino akan dimetabolisma-kan oleh hati.

Enzim yang terlibat dalam penghadaman dalam jus gastrik perlukan keadaan yang berasid. Enzim ini dihantar dari hati dan pankreas ke perut. Sebab itu jus gastrik dalam perut mempunyai asid hidroklorik pada pH 1.5 - 2.0. pH ini sangat berasid. 

Jadi selaput pada perut akan keluarkan lendir untuk lindung selaput perut dari dihakis asid hidroklorik. Keradangan selaput perut berlaku bila lendir ini gagal melindungi selaput perut dan kita panggil keadaan ini sebagai sakit gastrik.

Jenis-jenis gastrik

1. Gastrik akut (acute gastritis)

Biasanya sakit gastrik jenis ini datang mengejut dan kemudian ia akan hilang. Kesakitan ini hanya sementara

2. Gastrik kronik (chronic gastritis)

Sakit jenis ini biasanya berpanjangan, boleh sampai bertahun-tahun sakit tanpa rasa lega.

Bagaimana sakit gastrik berlaku?

  •  Stress berpanjangan dan melampau
  • Pemakanan yang tak sesuai
  • Jangkitan bakteria dalam perut
  • Tindak balas terhadap ubat
Boleh berlaku pembengkakan pada kawasan permukaan perut. Jadi perut tak dapat hadam protein dengan baik. Badan juga tak dapat menghasil asid amino jika tak cukup vitamin B6. 

Adakah sakit gastrik tak boleh sembuh?

Lapisan perut boleh sembuh kerana ia sentiasa membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam perut. Membran dalam perut mampu sembuh sepenuhnya dengan rawatan yang betul.

.


Bagaimana ESP Shaklee bantu kawal masalah gastrik?

ESP Shaklee ni dicernakan perlahan-lahan dalam sistem penghadaman. Jadi jus gastrik dalam perut sentiasa menghadamkan makanan dan tak ganggu lapisan kulit dalam perut. ESP Shaklee akan buat anda rasa kenyang selama lebih 5 jam.

ESP Shaklee bersifat alkali akan campur dengan jus gastrik yang asid dan menjadikan lebihan jus gastrik neutral. Jadi jus gastrik tak menghakis perut lagi.

ESP Shaklee ada 14 gram protein tumbuhan dalam setiap hidangan, jadi perut dapat bekerja dengan baik untuk hadamkan protein kepada asid amino. 

Protein dalam ESP dalam bantu perut bina sel-sel dan tisu-tisu baru yang sihat dalam masa yang cepat. Sel-sel perut akan pulih dari hakisan asid masa proses hadam makanan.

Badan kita tak boleh buat asid amino sendiri. Jadi kita perlukan dapatkan asid amino daripada makanan seperti daging dan tumbuhan. Kacang soya bekalkan asid amino lengkap seperti daging dan PDCAAS skor untuk ESP Shaklee adalah 1.0. 

1.0 bermaksud bahawa kesemua protein dalam ESP Shaklee berjaya diserap masuk dalam salur darah dengan mudah. Tiada protein lebihan keluar sebagai najis.

Asid amino sangat penting untuk membina tisu-tisu baru, sel-sel baru, enzim, dan hormon. Sekiranya protein itu dipanaskan pada suhu terlalu tinggi, protein akan rosak (denatured) dan tak boleh digunakan.

Sebab itu penting untuk amalkan suplemen serbuk protein soya, bukan semua protein haiwan dan tumbuhan yang kita masak berjaya dihadam dan diserap dalam tubuh. Anda perlu makan lebih banyak protein, lebih banyak asid amino supaya badan dapat keperluan protein dan asid amino yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna.

ESP Shaklee bantu anda kurangkan serangan gastrik yang menyakitkan dan bantu anda menjalani kehidupan yang berkualiti bersama keluarga anda.


Testimoni ESP Shaklee Untuk Gastrik













Harga ESP SHAKLEE

1 cannister ESP ada 850g soy protein powder dan harga dia adalah RM180 sahaja. Tahan dalam 1-2 bulan bergantung pada konsultasi cara makan.

Jika anda ada apa-apa soalan atau ingin mendapatkan ESP SHAKLEE daripada penulis. Anda boleh wasap ke nombor +60134141176

Atau tekan link dibawah untuk wasap 


http://lindashaklee.wasap.my/



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 1263235

Isnin, 30 Oktober 2017

ESP Shaklee Glisemik Indeks Rendah Sesuai Untuk Kencing Manis

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 13/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Ramai yang sudah yakin dengan kebaikan ESP Shaklee yang rendah glisemik indeks untuk kencing manis.




Kebaikan ESP Shaklee untuk kencing manis

1. Baca glisemik indeks rendah. GI protein dari suplemen soya hanya 39 sahaja.

2. Buat penghidap kencing manis kenyang lebih lama. Jadi mereka kurang makan makanan manis dan ada kandungan gula putih.

3. Melepaskan gula perlahan-lahan secara stabil dalam darah. Jadi bacaan gula kekal pada paras yang sama hampir 5 jam.

Tengok line kuning untuk Soya Shaklee

Biasanya lepas kita makan (tengok line hitam dalam gambar), 30 minit lepas kita makan, paras gula dalam darah naik mendadak. 

Selepas 30 minit, pankreas akan merembeskan insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jadi selepas insulin dilepaskan, paras gula akan menurun secara mendadak juga.

Sebab itu ramai yang rasa lapas lepas 1 - 1.5 jam lepas makan. Paras gula yang rendah ini akan buat badan rasa keliru dan nak makan lagi.



Penghidap diabetes (kencing manis) ada masalah menghasilkan insulin, jadi kadar gula dalam darah kekal pada paras tinggi setiap masa. Ini membayakan kesihatan penghidap kencing manis.

4. Kandungan kerbohidrat dalam setiap hidangan ESP hanya 10 gram sahaja dan kandungan gula 9 gram. 



Bahan kandungan dalam ESP Shaklee

1. Protein

Kepentingan protein
  • Diperlukan untuk bina sel-sel baru yang rosak akibat komplikasi penyakit diabetes.
  • Untuk buat hormon
  • Untuk buat enzim yang mempercepatkan proses tindak balas kimia dalam badan
  • Diperlukan untuk buat antibodi dalam badan

Protein juga boleh menghasilkan glukosa melalui proses 'gluconeogenesis' yang berlaku di hati. Jadi pankreas akan hasilkan insulin juga untuk kawal kadar gula dari protein ini. Cuma tak sebanyak mengawal glukosa dari karbohidrat. 


Berapa banyak protein anda perlukan setiap hari?

Manusia memerlukan 1 gram protein untuk 1kg berat badan.

Jika berat badan anda 55kg, anda perlukan 55g protein setiap hari.

Jika anda tidak aktif, anda hanya perlukan 0.8g protein untuk 1kg berat badan anda.


2. Thiamin (Vitamin B1)

Vitamin B adalah vitamin yang larut air, penghidap kencing manis kerap membuang air kecil jadi badan mereka selalunya kekurangan Vitamin B.

Kepentingan Vitamin B1 ialah

  • Tukar makanan (glukosa) jadi tenaga
  • Elakkan masalah penghadaman, batu karang dan sakit jantung
  • Jadikan kulit, rambut dan saraf sihat dan normal
  • Penting untuk fungsi saraf sempurna. Penghidap kencing manis selalu rasa kebas tangan dan kaki. Saraf mereka berkemungkinan untuk rosak pada jangka masa panjang.
  • Lindungi saraf dari kerosakan akibat kadar gula tinggi dalam darah


3. Riboflavin (Vitamin B2)

Riboflavin tingkatkan aktiviti metabolik tubuh, lindungi saraf dan tingkatkan pertahanan badan dari penyakit.

Kepentingan Riboflavin adalah

  • Bantu tukar makanan jadi glukosa
  • Penting untuk metabolisma protein dan lemak
  • Penting untuk kesihatan hati, mata, kulit dan rambut
  • Bertindak sebagai antioksida melawan radikal bebas
  • Mengurangkan tanda penuaan
Antara makanan yang ada Riboflavin

  • Susu
  • Cendawan
  • Soya
  • Telur
  • Brokoli
  • Bayam
  • Yogurt


4. Niacin / Asid Nikotinik (Vitamin B3)

  • Bantu tukar makanan jadi glukosa
  • Bantu kesihatan kardivaskular (kesihatan jantung)
  • Bantu jaga kadar kolesterol dalam badan, turunkan kadar LDL (kolesterol buruk) dalam badan.
  • Bantu kekalkan keseimbangan kadar gula dalam darah (berita baik untuk orang yang ada kencing manis)
  • Jaga kesihatan kulit
  • Jaga otak dari migrain, sakit kepala, pelupa (alzheimer), insomnia (susah tidur)


5. Asid Panthothenik (Vitamin B5)

  • Menurunkan risiko asthma, rambut gugur, stress, masalah pernafasan, dan masalah jantung.
  • Bantu tingkatkan keimunan badan
  • Turunkan risiko osteoarthritis dan tanda penuaan
  • Bantu kawal kencing manis
  • Penting untuk hasilkan hormon 
  • Turunkan rasa stress
  • Hilangkan kedutan pada wajah (ESP popular untuk hilangkan tanda-tanda penuaan!)


6. Pyridoxin (Vitamin B6)

Vitamin B6 ialah vitamin paling penting untuk manusia. Setiap sel perlukan vitamin B6.
  • Vitamin B6 bantu pelihara kesihatan saraf
  • Bantu bina hemoglobin dalam darah
  • Buat tenaga dari glukosa
  • Tingkatkan tahap imun badan
  • Tingkatkan mood
  • Bantu kawal simpton prahaid (PMS) / senggugut
  • Kurangkan anemia
ESP Shaklee bekalkan 0.5mg Vitamin B6 dalam setiap hidangan.

Lelaki dan wanita berusia 19-50 tahun perlukan 1.3mg Vitamin B6 sehari.
Wanita hamil perlukan 1.9mg Vitamin B6.
Wanita menyusu perlukan 2.0mg Vitamin B6.

Makanan yang ada vitamin B6

  • Telur
  • daging
  • produk tenusu
  • kekacang
  • suplemen vitamin B


7. Kalsium

Kalsium diperlukan dalam pembekuan darah, pergerakan otot dan fungsi saraf.

Tiada bukti yang kukuh antara kalsium dan vitamin D dengan kepekaan insulin untuk penghidap kencing manis.

8. Iron (Zat Besi)

  • Buat hemoglobin dalam sel darah merah
  • Bawa oksigen ke seluruh badan
  • Tingkatkan sistem imun badan
  • Pelihara kesihatan kuku, rambut dan kulit


9. Sodium (Garam)

  • Bantu penyerapan nutrien
  • Bantu pengecutan otot
  • Kawal tekanan darah




Perbezaan soya Shaklee

1. Nilai PDCAAS skor adalah 1.0. 

PDCAAS adalah satu sistem skor dimana protein dinilai berdasarkan penghadaman dan penyerapan amino asid dalam salur darah.

Bacaan tertinggi PDCAAS skor ialah 1.0. ESP Shaklee menepati ciri-ciri skor dimana protein soya ESP sangat mudah dihadam dan diserap masuk dalam salur darah.

2. Soya Shaklee diperbuat dari soya non-GMO (TIDAK diubah secara genetik). 

Soya Shaklee adalah soya dari benih semulajadi. Ditanam secara semulajadi. Tanpa baja pestisid. Diproses secara semulajadi dan dipelihara sepenuhnya secara ORGANIK.

3. Ada 9 amino asid penting.

Amino asid penting biasanya boleh dijumpai dalam protein haiwan, cuma haiwan tinggi kolesterol. Kacang soya juga ada 9 amino asid penting ni dan paling penting sekali, soya bebas kolesterol.

4. Jumlah protein yang dicadangkan oleh Shaklee ialah sebanyak 25g setiap hari. Ia dapat turunkan paras kolesterol dalam badan.

5. ESP Shaklee juga kaya dengan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

6. Setiap hidangan Soya Shaklee (3 sudu besar: 28g) ada 14g protein dari tumbuhan. Setiap hidangan Soya Shaklee ada 50% protein tumbuhan.

7. ESP Shaklee adalah bebas kolesterol. Jumlah kolesterol dalam setiap hidangan adalah 0 mg.

8. Setiap hidangan ESP Shaklee ada 105 kalori (kcal) sahaja.



Kajian dari University Of California menunjukkan pengamal suplemen Shaklee mengalami masalah diabetes peratus paling rendah.


Jadi lepas makan ESP Shaklee tak payah makan sarapan dah ke?

Sarapan masih kena makan. Soya Shaklee ni makanan tambahan je.

Penulis sarankan anda mengambil sarapan yang sihat seperti telur dadar goreng dengan bayam dan roti wholemeal sekeping, kurma 3 biji, overnight oat atau apa-apa makanan yang sihat bersama-sama dengan ESP.

ESP akan buat anda rasa kenyang. Jadi anda boleh skip makan jam 10 pagi seperti kebiasaanya dan makan waktu tengahari pula.

Adakah saya dah tak perlu jaga makan atau makan ubat doktor lepas ambil ESP Shaklee?

Penulis mengingatkan yang ESP Shaklee hanyalah makanan tambahan, bukan ubat atau penawar. ESP Shaklee TIDAK MENYEMBUHKAN kencing manis. ESP hanya boleh bantu anda untuk kawal gula dalam darah anda. 

Ambil ESP sebagai suplemen bantu kawal kencing manis.

Anda masih perlu mengawal pemakanan anda dan makan ubat yang doktor bekalkan mengikut dos dan masa yang doktor tetapkan.

Walaupun anda dah berhenti makan ubat doktor lepas doktor suruh,anda masih perlu kawal pemakanan anda selama-lamanya.

Penyakit kencing manis bukan macam demam, penyakit kencing manis perlu dikawal 100% setiap hari.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan ESP Shaklee. Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis

Testimoni ESP dan Vitamin C Shaklee Untuk Hilangkan Parut Demam Campak

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 12/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Testimoni pengguna Shaklee untuk demam campak dewasa @ chicken pox. 

Pelanggan ni agak skeptikal hendak makan ESP dan Vitamin C Shaklee. Tetapi setelah beliau mencuba kedua-dua produk Shaklee ni, lubang-lubang di muka beliau sebelum ni dah mula tertutup dan sembuh sepenuhnya.

Anda boleh baca testimoni di bawah.

Kepada Syarikat dan Ejen-Ejen Shaklee. Ini untuk kamu.

Tujuan saya buat perkongsian ini bukan hendak menjatuhkan atau mengaibkan syarikat (Shaklee).

Saya hanya berkongsi kepada kawan-kawan fb, mungkin bermanfaat. Tahun lepas, mungkin pada 29.11.16 saya mula kena demam campak. Mulanya saya fikir jerawat, jadi saya tak ambil pusing. Saya teruskan makan kerang. Lepas tu terus jadi gatal-gatal yang teruk dampai saya tak tahan. Saya tampar-tampar muka saya dan saya garu. Barulah saya perasan yang saya ada demam campak. Mungkin sebab saya makan kerang, campak jadi bernanah.

Kerana terlalu gatal, saya picit nanah supaya keluar. Kulit muka saya pun jadi berlubang. Doktor kata jika nak sembuh memang lambat dan bukan 100% sembuh sebab kulit saya bukan kulit bayi. Saya mula rasa takut. 

Macam mana hendak berdepan dengan orang ramai bila kulit muka saya begini. Saya keluar rumah pakai 'mask'. Bila saya post gambar saya ramai yang cadangkan produk A-Z dan produk herba kampung. Saya tinggal di bandar. Macam mana nak cari herba kampung? Terima kasih kepada semua yang berikan cadangan kepada saya. 

Antara orang pertama yang memberi cadangan, dia sarankan saya guna produk Shaklee. Saya tahu produk Shaklee dan bertahun-tahun tapi saya tak pernah peduli. Saya ni negatif dengan produk-produk apatah lagi yang berkaitan dengan MLM.

Tapi kerana terpaksa, saya pun cuba. Saya guna ESP dan VITAMIN C. Apa yang terjadi MEMANG LUAR BIASA.

Dalam SEMINGGU ja saya guna, saya dah rasa peubahan pada KULIT saya. Proses PENYEMBUHAN CEPAT. Campak jadi kering dan mengecut. Pertengahan bulan 12, parut chicken pox dah PUDAR. Dalam 1 bulan lebih sahaja demam campak saya dah sembuh 100%. Langsung TAK ADA KESAN dekat muka saya. Bulan januari 2017 ada kawan tanya "bukan ada chicken pox ke?". Saya jawab "Ya. Dah sembuh sepenuhnya". HEBAT kan.

Gambar tu tak diedit dan tak guna kamera 360. Saya guna kamera biasa ja. Gambar tu gambar asli. Boleh jumpa saya dan tengok sendiri. Memang tak ada langsung bekas campak. Macam TAK PERNAH KENA CAMPAK.

Yang tinggal hanya lubang hidung dan tahi lalat. 

Saya bukan ahli atau ejen SHAKLEE. Saya hanya ingin berkongsi dan berterima kasih kepada produk SHAKLEE. Jadi pengajarannya, jika ada kawan-kawan FB tag kita apa-apa produk kesihatan yang sah dan berdaftar KKM. Jangan marah dan negatif. Mana tahu satu hari nanti kita perlukannya. Tak payah susah-susah nak cari. Boleh hubungi terus ejen tersebut. Sekian perkongsian saya.




Jumaat, 27 Oktober 2017

PDCAAS Score ESP Shaklee 1.0 | Tips Pilih Protein Terbaik Untuk Makan

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 11/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Artikel hari ni adalah tentang PDCAAS score ESP Shaklee.

PDCAAS score bermaksud protein digestibility-corrected amino acid score (Skor Penghadaman dan Penyerapan Protein Asid Amino).

Skor ini adalah untuk menilai kualiti protein berdasarkan penghadaman dan penyerapan asid amino oleh manusia.

Maksudnya semua protein yang anda makan, tiada protein keluar sebagai najis. Badan serap protein tu 100% dalam salur darah.

Nilai PDCAAS paling tinggi adalah 1.
Nilai PDCAAS paling rendah adalah 0.

Nilai PDCAAS score 1.0 bermaksud protein tu paling senang nak hadam.

ESP Shaklee mempunyai nilai PDCAAS score 1.0. Nilai paling terbaik.

ESP Shaklee membekalkan 14g protein dalam setiap 3 sudu besar (1 hidangan) ESP.




Kepentingan PDCAAS score adalah untuk menilai kualiti protein yang kita makan.

Isolates Soy (Soya) mempunyai PDCAAS skor 0.95 - 1.00

Rujukan:
1. http://pubs.acs.org/doi/abs/10.1021/jf203220v
2. http://daviscofoods.com/as2015/presentations/AS2015_Moughan.pdf

Keperluan protein seharian

Setiap 1kg berat manusia, kita perlukan 1g protein. Jika berat anda 55kg, anda perlukan 55g protein.

Sekiranya anda tak aktif, anda hanya perlukan 0.8g protein untuk setiap 1 kg berat badan anda.

ESP Shaklee membekalkan 14g protein sehari. Jadi anda masih perlu dapatkan protein dari sumber lain seperti ayam, ikan, daging, telur, susu dan produk tenusu untuk mencukupkan keperluan protein harian anda.

Jadi bila pilih nak makan protein yang paling senang nak hadam, makan protein yang PDCAAS skornya adalah 1.0.


Cara Turunkan Suhu Demam Bayi Dan Kanak-Kanak

Teks: Linda Kamal
Foto: Ireach dan Google
Entry: 10/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Penulis akan sampaikan bagaimana cara nak turunkan suhu demam bayi dan kanak-kanak secara semulajadi.

Mandian bayi

1. Mandikan bayi dengan Basic H2 Shaklee

Penuhkan tab air mandian dan tambah 1 sudu kecil Basic H2 dan kacau air sehingga Basic H2 larut sepenuhnya.

2. Tambah beberapa hirisan buah lemon dan perah jus lemon dalam tab air.




Lemon dipercayai dapat menyingkirkan toksin dalam badan. 

Jika anda beli lemon dari kedai, rendam buah lemon tu dalam air Basic H2 selama 15 minit untuk buang lilin pada lemon tersebut.




Tuam badan bayi dengan air suam


Kaedah tuaman (sponging) adalah kaedah paling berkesan untuk turunkan suhu demam.

Tuam bahagian pelipat badan bayi atau biarkan kain basah pada pelipat bayi. Jika anak anda adalah lelaki, bahagian 'balls' anak juga perlu dituam.

Spray badan bayi dengan air

Letak air dalam botol spray dan spray je anak.

Letak hirisan lemon pada tapak kaki bayi

1. Salotape hirisan lemon pada kaki bayi

2. Masukkan lemon dalam stokin bayi

3. Bungkus kaki anak dengan kain basah air perahan lemon.

Peringatan: Ini adalah cara alternatif turunkan demam panas bayi dan kanak-kanak. Jika demam berlarutan, sila berjumpa dengan doktor.