Selasa, 24 Oktober 2017

Asal Usul Wujudnya Shaklee

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 9/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Hari ni penulis ingin mengupas bagaimana Shaklee boleh wujud sebagai syarikat suplemen terbaik di dunia dan diiktiraf oleh USA sendiri.

Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1956. Beliau dilahirkan sebagai penghidap TB (tuberculosis). Doktor yang merawat Forrest hanya beri estimate yang Forrest akan hidup sehingga usia 8 tahun sahaja. 

Mak dan ayah Dr. Forrest rasa sangat sedih lalu mereka bawa Dr. Forrest pindah ke kawasan kampung. Mak dan ayah Forrest percaya Forrest perlu duduk di kawasan yang ada udara segar dan makanan-makanan bebas racun.

Forrest masa lahir tak boleh bergerak-gerak, lepas pindah ke kawasan kampung mak dan ayah beliau tukar pemakanan mereka sekeluarga kepada herba-herba yang ada healing properties.

Mereka buat minyak-minyak herba untuk urut badan Forrest. Selepas 4 tahun, Forrest boleh bergerak buat pertama kali. Ramalan Doktor yang merawat Forrest tersasar dan beliau hidup sampai remaja dan jadi dewasa.

Forrest mendalami ilmu chiropractic, iaitu perubatan alternatif berkaitan tulang; terutamanya tulang belakang. Beliau belajar menjadi seorang doktor perubatan. Ya, pengasas Shaklee ialah seorang doktor.

Disebabkan Dr. Forrest banyak buat kajian tentang tulang, beliau terdedah pada banyak sinaran xray dan disahkan menghidapi kanser tulang. Beliau hanya mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh dan kaki beliau perlu dipotong.

Tapi Dr. Forrest tetap tidak berputus asa. Beliau berusaha untuk berubat dengan herba, buah-buahan dan suplemen dalam kuantiti yang banyak (mega-dose). Beliau bebas kanser selepas 1 tahun. 

Doktor yang merawat Dr. Forrest tak percaya kesembuhan itu disebabkan oleh perubahan diet dan pemakan.

Lepas tu Dr. Forrest buka klinik sendiri dan tak merawat pesakit dengan ubat, sebaliknya dengan Vitalea. Masa tu Dr. Forrest dah keluarkan Vitalea. Beliau memilih untuk fokus pada bina tubuh yang sihat berbanding merawat penyakit.



Beliau nak meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi dan suplemen kepada masyarakat, beliau memulakan bisnes. Sebab kalau dia teruskan merawat pesakit di klinik, hanya orang yang pergi klinik sahaja tahu  tentang kepentingan nutrisi.

Bila beliau mula berbisnes, tersebarlah kebaikan suplemennya ke seluruh dunia.

Produk Shaklee ni memang tak sama dengan suplemen lain dalam pasaran. Produk Shaklee adalah produk suplemen beyond organik; lebih organik dari organik.

Macam mana tu?

Organic certified product adalah produk yang menggunakan bahan mentah yang bebas racun serangga, racun rumpai dan penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja. 

Tapi bila masuk bab proses bahan mentah tu, mungkin ada yang guna bahan kimia dan masih labelkan produk mereka sebagai organik

Produk Shaklee dikawal ketat dari bahan mentah, cara proses, dan pembungkusannya. Botol-botol Shaklee itu pun biodegradable. Boleh ditanam dalam tanah dan akan terurai. Dakwat yang tulis dekat botol tu pun selamat kalau termakan.

Sebab tu orang yang pernah amalkan Shaklee, akan kembali guna Shaklee.

Prinsip yang dipegang oleh Dr. Forrest C Shaklee adalah

Sains + Alam Semulajadi = Penawar kesihatan terbaik.

Dari inilah Dr. Forrest mendapat ilham untuk hasilkan produk dari alam semulajadi yang selamat kepada manusia dan alam sekitar.



PSTTTT: Vitalea dah lebih 100 tahun tau. Awak tunggu apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.