Selasa, 31 Oktober 2017

Bagaimana ESP Shaklee Bantu Sakit Gastrik Dan Pedih Perut Dan Harga ESP Shaklee 2018

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 14/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Bagaimana ESP Shaklee bantu sakit gastrik dan sakit perut.

Ramai juga orang yang minum ESP untuk hilangkan sakit gastrik. Gastrik disebabkan oleh keradangan pada selaput dalam perut. 

Perut menghasilkan jus gastrik dan jus ini akan menghadamkan protein kepada polipeptida dan kemudiannya dicernakan dibahagian usus kepada asid amino. Asid amino akan dimetabolisma-kan oleh hati.

Enzim yang terlibat dalam penghadaman dalam jus gastrik perlukan keadaan yang berasid. Enzim ini dihantar dari hati dan pankreas ke perut. Sebab itu jus gastrik dalam perut mempunyai asid hidroklorik pada pH 1.5 - 2.0. pH ini sangat berasid. 

Jadi selaput pada perut akan keluarkan lendir untuk lindung selaput perut dari dihakis asid hidroklorik. Keradangan selaput perut berlaku bila lendir ini gagal melindungi selaput perut dan kita panggil keadaan ini sebagai sakit gastrik.

Jenis-jenis gastrik

1. Gastrik akut (acute gastritis)

Biasanya sakit gastrik jenis ini datang mengejut dan kemudian ia akan hilang. Kesakitan ini hanya sementara

2. Gastrik kronik (chronic gastritis)

Sakit jenis ini biasanya berpanjangan, boleh sampai bertahun-tahun sakit tanpa rasa lega.

Bagaimana sakit gastrik berlaku?

  •  Stress berpanjangan dan melampau
  • Pemakanan yang tak sesuai
  • Jangkitan bakteria dalam perut
  • Tindak balas terhadap ubat
Boleh berlaku pembengkakan pada kawasan permukaan perut. Jadi perut tak dapat hadam protein dengan baik. Badan juga tak dapat menghasil asid amino jika tak cukup vitamin B6. 

Adakah sakit gastrik tak boleh sembuh?

Lapisan perut boleh sembuh kerana ia sentiasa membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam perut. Membran dalam perut mampu sembuh sepenuhnya dengan rawatan yang betul.

.


Bagaimana ESP Shaklee bantu kawal masalah gastrik?

ESP Shaklee ni dicernakan perlahan-lahan dalam sistem penghadaman. Jadi jus gastrik dalam perut sentiasa menghadamkan makanan dan tak ganggu lapisan kulit dalam perut. ESP Shaklee akan buat anda rasa kenyang selama lebih 5 jam.

ESP Shaklee bersifat alkali akan campur dengan jus gastrik yang asid dan menjadikan lebihan jus gastrik neutral. Jadi jus gastrik tak menghakis perut lagi.

ESP Shaklee ada 14 gram protein tumbuhan dalam setiap hidangan, jadi perut dapat bekerja dengan baik untuk hadamkan protein kepada asid amino. 

Protein dalam ESP dalam bantu perut bina sel-sel dan tisu-tisu baru yang sihat dalam masa yang cepat. Sel-sel perut akan pulih dari hakisan asid masa proses hadam makanan.

Badan kita tak boleh buat asid amino sendiri. Jadi kita perlukan dapatkan asid amino daripada makanan seperti daging dan tumbuhan. Kacang soya bekalkan asid amino lengkap seperti daging dan PDCAAS skor untuk ESP Shaklee adalah 1.0. 

1.0 bermaksud bahawa kesemua protein dalam ESP Shaklee berjaya diserap masuk dalam salur darah dengan mudah. Tiada protein lebihan keluar sebagai najis.

Asid amino sangat penting untuk membina tisu-tisu baru, sel-sel baru, enzim, dan hormon. Sekiranya protein itu dipanaskan pada suhu terlalu tinggi, protein akan rosak (denatured) dan tak boleh digunakan.

Sebab itu penting untuk amalkan suplemen serbuk protein soya, bukan semua protein haiwan dan tumbuhan yang kita masak berjaya dihadam dan diserap dalam tubuh. Anda perlu makan lebih banyak protein, lebih banyak asid amino supaya badan dapat keperluan protein dan asid amino yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna.

ESP Shaklee bantu anda kurangkan serangan gastrik yang menyakitkan dan bantu anda menjalani kehidupan yang berkualiti bersama keluarga anda.


Testimoni ESP Shaklee Untuk Gastrik













Harga ESP SHAKLEE

1 cannister ESP ada 850g soy protein powder dan harga dia adalah RM180 sahaja. Tahan dalam 1-2 bulan bergantung pada konsultasi cara makan.

Jika anda ada apa-apa soalan atau ingin mendapatkan ESP SHAKLEE daripada penulis. Anda boleh wasap ke nombor +60134141176

Atau tekan link dibawah untuk wasap 


http://lindashaklee.wasap.my/



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 1263235

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.