Isnin, 30 Oktober 2017

ESP Shaklee Glisemik Indeks Rendah Sesuai Untuk Kencing Manis

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 13/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Ramai yang sudah yakin dengan kebaikan ESP Shaklee yang rendah glisemik indeks untuk kencing manis.




Kebaikan ESP Shaklee untuk kencing manis

1. Baca glisemik indeks rendah. GI protein dari suplemen soya hanya 39 sahaja.

2. Buat penghidap kencing manis kenyang lebih lama. Jadi mereka kurang makan makanan manis dan ada kandungan gula putih.

3. Melepaskan gula perlahan-lahan secara stabil dalam darah. Jadi bacaan gula kekal pada paras yang sama hampir 5 jam.

Tengok line kuning untuk Soya Shaklee

Biasanya lepas kita makan (tengok line hitam dalam gambar), 30 minit lepas kita makan, paras gula dalam darah naik mendadak. 

Selepas 30 minit, pankreas akan merembeskan insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jadi selepas insulin dilepaskan, paras gula akan menurun secara mendadak juga.

Sebab itu ramai yang rasa lapas lepas 1 - 1.5 jam lepas makan. Paras gula yang rendah ini akan buat badan rasa keliru dan nak makan lagi.



Penghidap diabetes (kencing manis) ada masalah menghasilkan insulin, jadi kadar gula dalam darah kekal pada paras tinggi setiap masa. Ini membayakan kesihatan penghidap kencing manis.

4. Kandungan kerbohidrat dalam setiap hidangan ESP hanya 10 gram sahaja dan kandungan gula 9 gram. 



Bahan kandungan dalam ESP Shaklee

1. Protein

Kepentingan protein
  • Diperlukan untuk bina sel-sel baru yang rosak akibat komplikasi penyakit diabetes.
  • Untuk buat hormon
  • Untuk buat enzim yang mempercepatkan proses tindak balas kimia dalam badan
  • Diperlukan untuk buat antibodi dalam badan

Protein juga boleh menghasilkan glukosa melalui proses 'gluconeogenesis' yang berlaku di hati. Jadi pankreas akan hasilkan insulin juga untuk kawal kadar gula dari protein ini. Cuma tak sebanyak mengawal glukosa dari karbohidrat. 


Berapa banyak protein anda perlukan setiap hari?

Manusia memerlukan 1 gram protein untuk 1kg berat badan.

Jika berat badan anda 55kg, anda perlukan 55g protein setiap hari.

Jika anda tidak aktif, anda hanya perlukan 0.8g protein untuk 1kg berat badan anda.


2. Thiamin (Vitamin B1)

Vitamin B adalah vitamin yang larut air, penghidap kencing manis kerap membuang air kecil jadi badan mereka selalunya kekurangan Vitamin B.

Kepentingan Vitamin B1 ialah

  • Tukar makanan (glukosa) jadi tenaga
  • Elakkan masalah penghadaman, batu karang dan sakit jantung
  • Jadikan kulit, rambut dan saraf sihat dan normal
  • Penting untuk fungsi saraf sempurna. Penghidap kencing manis selalu rasa kebas tangan dan kaki. Saraf mereka berkemungkinan untuk rosak pada jangka masa panjang.
  • Lindungi saraf dari kerosakan akibat kadar gula tinggi dalam darah


3. Riboflavin (Vitamin B2)

Riboflavin tingkatkan aktiviti metabolik tubuh, lindungi saraf dan tingkatkan pertahanan badan dari penyakit.

Kepentingan Riboflavin adalah

  • Bantu tukar makanan jadi glukosa
  • Penting untuk metabolisma protein dan lemak
  • Penting untuk kesihatan hati, mata, kulit dan rambut
  • Bertindak sebagai antioksida melawan radikal bebas
  • Mengurangkan tanda penuaan
Antara makanan yang ada Riboflavin

  • Susu
  • Cendawan
  • Soya
  • Telur
  • Brokoli
  • Bayam
  • Yogurt


4. Niacin / Asid Nikotinik (Vitamin B3)

  • Bantu tukar makanan jadi glukosa
  • Bantu kesihatan kardivaskular (kesihatan jantung)
  • Bantu jaga kadar kolesterol dalam badan, turunkan kadar LDL (kolesterol buruk) dalam badan.
  • Bantu kekalkan keseimbangan kadar gula dalam darah (berita baik untuk orang yang ada kencing manis)
  • Jaga kesihatan kulit
  • Jaga otak dari migrain, sakit kepala, pelupa (alzheimer), insomnia (susah tidur)


5. Asid Panthothenik (Vitamin B5)

  • Menurunkan risiko asthma, rambut gugur, stress, masalah pernafasan, dan masalah jantung.
  • Bantu tingkatkan keimunan badan
  • Turunkan risiko osteoarthritis dan tanda penuaan
  • Bantu kawal kencing manis
  • Penting untuk hasilkan hormon 
  • Turunkan rasa stress
  • Hilangkan kedutan pada wajah (ESP popular untuk hilangkan tanda-tanda penuaan!)


6. Pyridoxin (Vitamin B6)

Vitamin B6 ialah vitamin paling penting untuk manusia. Setiap sel perlukan vitamin B6.
  • Vitamin B6 bantu pelihara kesihatan saraf
  • Bantu bina hemoglobin dalam darah
  • Buat tenaga dari glukosa
  • Tingkatkan tahap imun badan
  • Tingkatkan mood
  • Bantu kawal simpton prahaid (PMS) / senggugut
  • Kurangkan anemia
ESP Shaklee bekalkan 0.5mg Vitamin B6 dalam setiap hidangan.

Lelaki dan wanita berusia 19-50 tahun perlukan 1.3mg Vitamin B6 sehari.
Wanita hamil perlukan 1.9mg Vitamin B6.
Wanita menyusu perlukan 2.0mg Vitamin B6.

Makanan yang ada vitamin B6

  • Telur
  • daging
  • produk tenusu
  • kekacang
  • suplemen vitamin B


7. Kalsium

Kalsium diperlukan dalam pembekuan darah, pergerakan otot dan fungsi saraf.

Tiada bukti yang kukuh antara kalsium dan vitamin D dengan kepekaan insulin untuk penghidap kencing manis.

8. Iron (Zat Besi)

  • Buat hemoglobin dalam sel darah merah
  • Bawa oksigen ke seluruh badan
  • Tingkatkan sistem imun badan
  • Pelihara kesihatan kuku, rambut dan kulit


9. Sodium (Garam)

  • Bantu penyerapan nutrien
  • Bantu pengecutan otot
  • Kawal tekanan darah




Perbezaan soya Shaklee

1. Nilai PDCAAS skor adalah 1.0. 

PDCAAS adalah satu sistem skor dimana protein dinilai berdasarkan penghadaman dan penyerapan amino asid dalam salur darah.

Bacaan tertinggi PDCAAS skor ialah 1.0. ESP Shaklee menepati ciri-ciri skor dimana protein soya ESP sangat mudah dihadam dan diserap masuk dalam salur darah.

2. Soya Shaklee diperbuat dari soya non-GMO (TIDAK diubah secara genetik). 

Soya Shaklee adalah soya dari benih semulajadi. Ditanam secara semulajadi. Tanpa baja pestisid. Diproses secara semulajadi dan dipelihara sepenuhnya secara ORGANIK.

3. Ada 9 amino asid penting.

Amino asid penting biasanya boleh dijumpai dalam protein haiwan, cuma haiwan tinggi kolesterol. Kacang soya juga ada 9 amino asid penting ni dan paling penting sekali, soya bebas kolesterol.

4. Jumlah protein yang dicadangkan oleh Shaklee ialah sebanyak 25g setiap hari. Ia dapat turunkan paras kolesterol dalam badan.

5. ESP Shaklee juga kaya dengan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

6. Setiap hidangan Soya Shaklee (3 sudu besar: 28g) ada 14g protein dari tumbuhan. Setiap hidangan Soya Shaklee ada 50% protein tumbuhan.

7. ESP Shaklee adalah bebas kolesterol. Jumlah kolesterol dalam setiap hidangan adalah 0 mg.

8. Setiap hidangan ESP Shaklee ada 105 kalori (kcal) sahaja.



Kajian dari University Of California menunjukkan pengamal suplemen Shaklee mengalami masalah diabetes peratus paling rendah.


Jadi lepas makan ESP Shaklee tak payah makan sarapan dah ke?

Sarapan masih kena makan. Soya Shaklee ni makanan tambahan je.

Penulis sarankan anda mengambil sarapan yang sihat seperti telur dadar goreng dengan bayam dan roti wholemeal sekeping, kurma 3 biji, overnight oat atau apa-apa makanan yang sihat bersama-sama dengan ESP.

ESP akan buat anda rasa kenyang. Jadi anda boleh skip makan jam 10 pagi seperti kebiasaanya dan makan waktu tengahari pula.

Adakah saya dah tak perlu jaga makan atau makan ubat doktor lepas ambil ESP Shaklee?

Penulis mengingatkan yang ESP Shaklee hanyalah makanan tambahan, bukan ubat atau penawar. ESP Shaklee TIDAK MENYEMBUHKAN kencing manis. ESP hanya boleh bantu anda untuk kawal gula dalam darah anda. 

Ambil ESP sebagai suplemen bantu kawal kencing manis.

Anda masih perlu mengawal pemakanan anda dan makan ubat yang doktor bekalkan mengikut dos dan masa yang doktor tetapkan.

Walaupun anda dah berhenti makan ubat doktor lepas doktor suruh,anda masih perlu kawal pemakanan anda selama-lamanya.

Penyakit kencing manis bukan macam demam, penyakit kencing manis perlu dikawal 100% setiap hari.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan ESP Shaklee. Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.