Selasa, 31 Oktober 2017

Kencing manis Semasa Hamil, Diabetes Gestasi (GDM)

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 15/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Kencing manis semasa hamil.




Apa itu Diabetes Gestasi, GDM?


Diabetes gestasi bermula saat anda mengandung. Ianya bersifat sementara dan akan hilang selepas bayi dilahirkan. 

Diabetes gestasi adalah apabila paras gula (glukosa) dalam darah ibu meningkat, glukosa berlebihan ini akan masuk ke uri bayi dan dihantar kepada bayi. Gula berlebihan buat bayi jadi besar dan gemuk.


Punca sebenar GDM masih belum diketahui, tetapi pakar mendapati bahawa uri bayi mengeluarkan hormon rintangan insulin yang banyak. Gula jadi kebal terhadap insulin. Hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen ganggu pengeluaran insulin.

Biasanya kencing manis didiagnos ketika pertengahan dan lewat usia kehamilan.

Tanda-tanda anda ada masalah kencing manis semasa hamil

Anda disyaki ada GDM jika anda ada beberapa tanda-tanda dibawah

  • Mudah letih tanpa sebab
  • Sentiasa dahaga
  • Kerap kencing
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti yang banyak terutamanya benda-benda manis


Risiko kencing manis bagi wanita hamil

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kencing manis ketika hamil jika
  • Indeks Jisim Badan (BMI) anda melebihi 30 
  • Pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih (Sejarah kelahiran sebelum ini)
  • Pernah ada kencing manis semasa mengandung (Sejarah perubatan anda)
  • Ibu bapa atau adik beradik anda ada kencing manis (Sejarah perubatan keluarga anda)
  • Usia 35 tahun dan keatas
  • Amalkan pemakanan berkanji dan lemak tepu secara berlebihan
  • Tidak aktif
  • Mempunyai masalah tekanan darah tinggi

Bagaimana nak kesan kencing manis (GDM) semasa hamil?

Buat pemeriksaan darah melalui air gula. Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) dilakukan selepas berpuasa waktu malam.

Anda hanya boleh minum air kosong sahaja sepanjang malam. 

Ujian ini dilakukan pada peringkat awal kandungan dan diulang pada minggu ke 24 - 28. 

Pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda akan diminta untuk minum 1 gelas larutan air gula. 

Kemudian ujian darah akan dilakukan selepas 2 jam anda minum air tu.

Jika anda pernah ada kencing manis untuk kandungan sebelum ini, anda akan diminta untuk buat ujian OGTT lebih awal untuk mengesan sama ada anda ada atau tidak kencing manis untuk kehamilan kali ini.

Kawal atur gula amat penting pada peringkat awal kehamilan kerana organ-organ penting bayi akan mula terbentuk waktu ini dan untuk kurangkan komplikasi kencing manis pada anda dan bayi dalam kandungan anda. 

Jika ujian OGTT anda normal, anda akan diminta untuk mengulang ujian ini pada pertengahan kehamilan.


Komplikasi kencing manis kepada janin


  • Bayi menjadi besar dan berat, biasanya melebihi 4kg (macrosomia)
  • Sakit kuning / demam kuning (jaundice)
  • Paras gula dalam darah bayi rendah (hypoglycemia)
  • Bayi susah nak bernafas
  • Bayi mungkin jadi cacat atau organ dalaman bayi terjejas
  • Bayi mungkin mati dalam kandungan (in utero death)

Komplikasi kencing manis pada ibu

  • Sukar hendak bersalin, perlu dibedah (cesarean)
  • Bersalin lebih awal dari tarikh dijangka (minggu 38-40)
  • Perlu di induce supaya bersalin (Ini adalah penting untuk keselamatan bayi) 


Lebih baik bersalin bedah dan induce dari bayi meninggal akibat komplikasi kencing manis.

Walaupun ramai wanita yang berjaya melahirkan bayi yang comel dan gebu ketika ada GDM, ada juga wanita yang anaknya meninggal dalam kandungan akibat komplikasi yang sama. 

Lebih baik anda berhati-hati dan kawal kencing manis semasa hamil.


Cara kawal kencing manis semasa hamil
  • Kurang makan makan tinggi kanji dan kandungan gula
  • Makan ikut piramid makanan
  • Sentiasa periksa kadar gula dalam darah
  • Suntikan insulin atau makan ubat doktor
  • Buat senaman ringkas
  • Selalu bergerak dan aktif

Apa yang perlu buat lepas bersalin?


Lepas berpantang 6 minggu, ulang ujian OGTT untuk pastikan anda tiada masalah diabetes. Jika ujian ini tak normal anda perlu rujuk pakar perubatan atau pakar endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang adalah masalah GDM, ada kebarangkalian 1 dalam 3 untuk hidap kencing manis tahap 2 dalam masa 5 tahun lepas itu. Anda dinasihatkan untuk buat Ujian Glukosa Berpuasa (Fasting Blood Glucose) setahun sekali.
Jika anda ingin mengandung lagi..


  • Pastikan BMI anda pada tahap ideal
  • Amalkan gaya hidup sihat untuk turunkan risiko GDM pada kehamilan seterusnya
  • Ambil asid folik 3 bulan lebih awal sebelum hamil untuk turunkan risiko spina bifida dan cleft palate (sumbing) pada bayi
  • Pastikan tahap gula dikawal dengan baik sepanjang kehamilan dan kawal pemakanan sewaktu mengandung. Kehamilan ini berisiko tinggi dan jika anda kawal tahap gula anda, anda boleh melalui fasa kehamilan yang normal dan anda dan bayi anda sihat.


Suplemen yang bantu kawal kencing manis semasa hamil

1. ESP

ESP Shaklee ada glisemik indeks rendah. 39 sahaja. Gula akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tubuh. Selamat untuk anda yang hamil dan kekal bertenaga sepanjang hari.

2. B Complex

Bantu dalam menukarkan makanan kepada gula (glukosa) dan tukar gula kepada tenaga. B Complex bekalkan 8 jenis vitamin dan juga asid folik. Asid folik penting dalam tumbesaran bayi.

3. Vitalea

Bekalkan 19 vitamin dan mineral yang lengkap untuk anda dan bayi anda. Vitalea juga ada zink untuk bantu hasilkan insulin.

4. Omega Guard

Rendahkan kolesterol, kawal masalah obesiti, jaga kesihatan jantung dan jaga kesihatan trigliserida.

5. Ostematrix

Sebagai sumber kalsium, magnesium dan vitamin D. Aktifkan pankreas untuk kawal kencing manis. Bekalkan magnesium yang diperlukan oleh penghidap kencing manis. Kurang magnesium juga adalah salah satu punca kencing manis. 

Ostematrix bekalkan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan bayi. 

6. Vitamin C

Cegah kolesterol dan lemak dalam arteri dari termendap dan sempitkan salur darah. Vitamin C elok dimakan bersama Vitalea untuk bantu penyerapan zat besi untuk bina hemoglobin dalam sel darah. Ia bantu atasi hb rendah dan juga anemia.






Testimoni Kencing Manis Hamil Shaklee





Jika anda ada apa-apa soalan atau ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, tidak semestinya dapatkan full set, set asas dan set sederhana pun ada untuk atasi kencing manis semasa hamil

Anda boleh wasap penulis. Anda boleh wasap ke nombor +60134141176

Atau tekan link dibawah untuk wasap 

http://lindashaklee.wasap.my/



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

ID: 1263235

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.