Khamis, 2 November 2017

Anemia Semasa Hamil | Kenapa HB Rendah Bahaya Semasa Mengandung?

Teks: Linda Kamal
Foto: Linda Kamal, IReach & Google
Entry: 20/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Kenapa HB rendah bahaya semasa mengandung?



Apa itu anemia, HB rendah atau kurang darah?

Anemia adalah keadaan di mana hemoglobin (HB) kurang dalam darah. Jadi paras HB berada bawah daripada normal.

Kebanyakan ibu mengandung mengalami Iron Deficiency Anemia dimana badan mereka tak cukup zat besi. Jadi hemoglobin tak dapat dihasilkan, jumlah sel darah merah pun berkurang. Sepatutnya ibu mengandung kena hasilkan 20 - 30  peratus LEBIH BANYAK sel darah merah untuk tampung tumbesaran bayi dalam kandungan.

Hemoglobin ialah molekul protein yang kompleks yang ada dalam sel darah merah. Molekul ini diperbuat daripada banyak zat besi. Tugas dia adalah untuk bergabung dengan molekul gas oksigen dekat peparu, dan bawa molekul oksigen ke seluruh badan.





Bacaan normal HB untuk ibu mengandung? 


Bacaan HB normal untuk wanita yang tak hamil adalah 12.0 dg/l. Bagi ibu mengandung, bacaan normal adalah 11.0 gd/l dan keatas

Wanita yang tak hamil juga boleh ada masalah anemia. Bacaan kurang daripada 12.0 gd/l. 

Cuma biasanya doktor akan buat bacaan HB pada wanita hamil, itu yang banyak wanita yang sebelum hamil lagi dah ada anemia ingatkan mereka ada anemia masa hamil sahaja.

Bacaan teruk untuk HB adalah kurang dari 7 gd/l.


Tanda-tanda kurang darah?
  • Pening
  • Sakit Kepala
  • Sejuk kaki dan tangan
  • Rasa nak pitam bila bangun terlalu cepat atau bergerak cepat
  • Jantung berdegup kencang
  • Kurang bernafas dan cepat mengah
  • Cepat penat dan keletihan
  • Kulit jadi pucat
  • Senang kekejangan otot

Siapa berisiko untuk dapat anemia semasa hamil?

Semua ibu mengandung ada risiko untuk dapat anemia, cuma sesiapa yang ada risiko dibawah, anda kena ambil langkah EXTRA berjaga-jaga. Sentiasa pantau paras HB anda dan ambil tindakan selanjutnya jika HB rendah.

  • Jarak kehamilan rapat
  • Ibu mengandung anak kembar, atau kembar tiga
  • Muntah-muntah terlalu kerap dan alahan mengandung terlalu teruk
  • Ibu mengandung yang kurang ambil makanan tinggi zat besi yang mencukupi
  • Ibu yang datang haid sangat banyak sebelum hamil, jadi bila hamil, hb rendah
  • Ibu yang hamil pada usia muda
  • Ibu yang pernah ada sejarah anemia sebelum ini
  • Pengambilan alkohol


Punca berlakunya anemia dan 
HB rendah

1. Kurang pembetukkan sel darah merah dalam badan kerana ibu mengandung kekurangan nutrisi yang diperlukan. Ini apa yang kerap berlaku pada ibu mengandung.

2. Kekurangan nutrisi zat besi untuk buat hemoglobin

3. Badan tak boleh menyerap zat besi sepenuhnya ketika hadamkan zat besi. Ini adalah tanda anda kekurangan nutrisi seperti vitamin dan mineral lain dalam pemakanan.

4. Faktor genetik seperti penyakit thalasemia atau anemia sickle cell

5. Hilang banyak darah semasa hamil atau haid

6. Kesan sampingan ubat atau keadah perubatan

7. Pendarahan serius akibat parasit atau buasir dan parasit

8. Anda ada masalah hemoglobinopathy, keganjilan pada hemoglobin

9. Ada masalah kemusnahan sel darah merah kerana darah bertoksik.

10. Kekurangan asid folik untuk hasilkan sel-sel baru, ia dipanggil anemia kerana kekurangan folat.

11. Kurang vitamin B12. Vitamin B12 adalah penting untuk buat sel darah merah. Kekurangan Vitamin B12 buat ibu mengandung kurang sel darah merah. 


Bahaya anemia terhadap kandungan

Jika anda tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengubah situasi ini, atau ambil tindakan sedikit dan perlahan. Ini adalah beberapa kemungkinan yang akan berlaku pada diri anda dan bayi dalam kandungan

1. Pertahanan badan semulajadi ibu menurun dan mudah sakit

2. Ibu boleh ada komplikasi teruk semasa dan selepas kelahiran

3. Tumpah darah masa bersalin. Anda boleh meninggal semasa melahirkan anak kerana kekurangan oksigen.

4. Tekanan darah tinggi pada ibu

5. Ibu mengandung berisiko dapat komplikasi jantung dimana jantung berdegup terlalu pantas (boleh dapat tachycardia) luar dari lingkungan degupan normal dan ibu yang hendak bersalin boleh ada kegagalan jantung kerana jantung tak pam darah ke seluruh badan dengan cekap (semua sel badan dapat oksigen mencukupi)

6. Anda terima darah dari sumber lain semasa bersalin. Risiko transfusi darah semasa bersalin sangat tinggi.

7. Bayi lemas dalam perut sebab tak cukup oksigen dan gugur

8. Tumbesaran bayi dalam kandungan tak sempurna dan lambat

9. Bayi lahir terlalu awal dan tak cukup berat badan. Anda lahirkan bayi pramatang.


Cara naikkan HB ibu mengandung

1. Makan makan cukup nutrisi. Cukup zat besi, Vitamin B12, Asid Folik dan Vitamin C

2. Makan makan tinggi zat besi

3. Makan ubat atau pil doktor bagi. Selalunya doktor bagi

Ubat Iron KK - dapat secara percuma untuk naikkan zat besi

Obimin - ada kandungan zat besi tinggi

Iberet Folic - alternatif bila iron tak berkesan dan ada anemia kekurangan ferum

Saferon - ubat kunyah dan telan. Diberi jika tak serasi dengan iberet folik.

Biasanya ubat-ubat diatas ni buat ibu mengandung rasa loya dan muntah lepas makan. Kesan sampingan ubat ini termasuklah najis ibu berwarna gelap dan sembelit. Jika rasa ubat ini tak sesuai, beritahu pada doktor untuk tukar ubat lain.

4. Makan suplemen kesihatan yang bekalkan vitamin dan mineral yang mencukupi masa mengandung.

5. Makan daging, ayam, ikan dan kekacang tinggi zat besi

6. Sayur hijau gelap kaya dengan zat besi dan asid folik

Peringatan: Anda perlu makan makanan yang ada zat besi dan asid folik untuk naikkan HB. Kurma tak boleh naikkan HB sebab kandungan buah kurma banyak gula dan sedikit mineral. Nak tenaga makan kurma, nak HB kena makan benda lain.


Senarai makanan dan minuman yang halang penyerapan zat besi dan penghasilan sel darah merah

1. Minuman bikarbonat, (air gas)

2. Minum berkafein, kopi dan teh

3. Minuman soya, dan berkalsium. Jarakkan masa minum susu atau minuman protein kerana ia buat tubuh susah serap zat besi. Jarakkan dalam 3 -4 jam.

4. Makanan rasa masam, berasid untuk badan

5. Elak air osmosis berbalik. Tudung botol air warna putih. Tengok dekat kedai. Botol yang tudung berwarna, tu air mineral. Air osmosis berbalik ganggu keseimbangan homeostasis darah.

6. Elak makanan proses macam sosej, hotdog dan lain-lain.

7. Beras putih, tepung gandum putih dan gula putih. Makanan ni tiada zat. Ganti dengan beras perang.

8. Elak guna minyak goreng berulang kali.

9. Elak makanan segera dan kerepek.

10. Ayam, daging dan telur komersial yang kurang zat. Cari ayam kampung dan telur kampung yang organik.

Jika rasa susah nak buat yang atas ni sebab tak ada masa dan penat, amalkan suplemen setiap hari untuk tutup 'gap' (ruang) antara makanan dan kandungan nutrisi yang anda makan.

Makanan yang anda makan tak semestinya ada kandungan nutrisi yang mencukupi untuk tampung keperluan nutrisi harian anda.


Suplemen bantu anemia, tambah darah dan naikkan HB

Zat besi - Bantu buat hemoglobin

Asid folik -  Bantu buat sel-sel tubuh

Vitamin B12 - Bantu buat sel darah merah

Vitamin C - Bantu serap zat besi dengan lebih banyak


Suplemen SHAKLEE yang boleh bantu naikkan HB ibu mengandung





1. Vitalea With Iron Formula

Vitalea adalah multivitamin lengkap. Ada 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Vitalea adalah produk SHAKLEE yang PERTAMA sekali dikeluarkan pada tahun 1915! 

Sekarang Vitalea diperkaya dengan IRON (zat besi) supaya anda dapat zat besi secukupnya.



Gambar Vitalea sekarang


Kebaikan Vitalea Shaklee

1. Tiada pengawet
2. Tiada pewarna tambahan
3. Tiada perasa tiruan
4. Mudah terurai dalam badan
5. Diserap sepenuhnya oleh badan



Terurai sepenuhnya 3 minit selepas letak dalam air.

Peringatan: Penghidap Thalasemia TAK BOLEH makan Vitalea.

2. Sustained Release Vitamin C 500mg


Vitamin C bantu penyerapan zat besi dalam tubuh. Makan Vitalea sekali dengan Vitamin C.




3. B Complex with Folic Acid

Lengkap dengan semua Vitamin B yang diperlukan tubuh dan ditambah dengan asid folik.







Testimoni Set Naikkan HB SHAKLEE

HB naik dari 10 ke 11.5 selepas 2 minggu



HB dari 11.2 naik ke 12.9! Nurse suruh makan set menyusu terus.




HB naik dari 8.7 ke 11.7 dalam sebulan!



Ganti dari ubat ke Vitalea. Vitalea 100% natural.
Tiada pewarna, tiada perasa dan tiada pengawet.



HB dari 9 naik ke 11+.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan SET NAIKKAN HB SHAKLEE.

Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal


Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.