Rabu, 1 November 2017

Fibroid Masa Hamil | Peluang, Risiko Dan Kesan Fibroid Semasa Mengandung

Teks: Linda Kamal
Foto: 
Entry: 17/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Fibroid semasa hamil. Peluang, risiko dan kesan fibroid terhadap kehamilan.

Jika anda hendak tahu lebih lanjut tentang tanda-tanda anda ada fibroid. Anda boleh baca dengan menekan link dibawah.



Post ini adalah apakah peluang, risiko dan kesan fibroid terhadap kehamilan jika anda tidak buang fibroid sebelum anda hamil dan cara kawal kesakitan (jika ada).





Peluang untuk hamil dengan fibroid?

Dalam banyak kes, fibroid tidak menyebabkan ketidaksuburan. Ramai wanita yang masih boleh hamil walaupun ada fibroid.

Jika anda telah buang fibroid dengan myomectomy, sebaik sahaja anda dah pulih dari pembedahan anda perlu terus cuba untuk hamil dan dapatkan anak. 

Hanya 16% daripada wanita yang dah buat myomectomy, perlu pembedahan buang fibroid 10 tahun lepas pembedahan pertama.

Wanita yang tak dapatkan anak pula, 28% perlu pembedahan kedua selepas 10 tahun.

Rujukan: http://www.fibroidsecondopinion.com/can-fibroids-grow/



Bolehkah saya hamil dengan fibroid?

Impak fibroid terhadap rahim adalah lokasi fibroid tumbuh buat bentuk dan saiz rahim berubah.

Jika saiz fibroid besar, anda perlu tahu adakah rahim anda berubah bentuk.

Wanita yang ada fibroid atau rasa dia ada fibroid patut cuba dapatkan anak secepat mungkin atau atasi fibroid ini terlebih dahulu sebelum ia menyebabkan ketidaksuburan pada diri anda.

Jika fibroid tumbuh di luar rahim, ia tak ganggu kandungan anda. Ramai wanita hamil dan tiada gangguan fibroid terhadap kehamilan mereka.

Cuma ADA kes dimana fibroid buatkan kehamilan tu ada komplikasi.

Risiko hamil dengan fibroid?

Lokasi fibroid boleh ganggu kehamilan anda. Terutamanya pada trimester pertama dan kedua. Anda mungkin gugur jika fibroid tumbuh di dalam rahim. 

Saiz fibroid yang besar boleh ganggu tumbesaran bayi kerana ruang dalam rahim sempit, bayi boleh dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan. 

Dan saiz fibroid yang besar juga boleh halang penempelan embrio ke dinding rahim jika anda sedang cuba hamil (ttc).

Komplikasi paling serius adalah apabila uri bayi tumbuh berdekatan atau atas fibroid dalam rahim. Bayi akan kekurangan nutrisi semasa dalam rahim dan dilahirkan berat tak cukup. 

Lebih teruk, fibroid pecahkan selaput amniotik bayi terlalu awal.

Saiz dan lokasi fibroid juga pengaruhi posisi bayi dalam rahim. Mungkin bayi dalam posisi songsang kerana tak boleh pusing. Saiz fibroid terlalu besar, dan ruang bayi jadi sempit.

Dan ada juga fibroid yang menutup liang bersalin (serviks) dan membuatkan proses hendak bersalin menjadi sukar dan berisiko tinggi. Doktor akan cadangkan anda bersalin secara pembedahan.

Ada juga risiko rahim perlu dibuang selepas pembedahan cesarean kerana pendarahan terlalu banyak dan rahim tidak boleh dijahit tutup. Tapi kes ini jarang berlaku.

Rujukan: https://www.today.com/health/can-fibroids-hurt-your-pregnancy-t72486


Adakah fibroid menyakitkan waktu hamil?

Fibroid mungkin membesar lebih cepat waktu hamil kerana hormon estrogen sangat banyak.

Jadi ada wanita yang mengadu sakit

  • Boleh berlaku pendarahan faraj yang banyak
  • Sakit bahagian pelvik, rasa tekanan
  • Kerap kencing dan sakit

Boleh juga berlaku degenerasi merah (Red degeneration) dimana bekalan darah ke fibroid tiba-tiba terputus dan sebabkan kesakitan kronik. Boleh cetuskan kelahiran bayi. Keadaan ini jarang berlaku.

Tanda-tanda red degeneration

- Rahim mula mengecut atau ada kontraksi (contraction) jadi anda akan rasa nak bersalin
- Sangat sakit
- Muntah-muntah
- Faraj berdarah
- Loya 
- Demam
- Sakit ini akan jadi seluruh belakang wanita

Red degeneration boleh berlaku pada trimester kedua kehamilan. Tapi bukan trimester kedua sahaja kena berhati-hati, dia boleh jadi bila-bila masa.


Cara kawal kesakitan sebab fibroid semasa hamil

1. Guna ais pek, atau beg air panas
2. Ubat tahan sakit yang selamat untuk bayi
3. Rehat atas katil dan kurang bergerak

Rujukan: https://fibroids.com/blog/expect-pregnant-fibroids/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.