Khamis, 2 November 2017

PCOS: Tanda-Tanda PCOS, Kesan PCOS Dan Cara Atasi PCOS | Info Lengkap Mengenai PCOS

Teks: Linda Kamal
Foto: Linda Kamal & Google

Entry: 22/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Tanda-tanda PCOS, kesan PCOS dan cara atasi PCOS.



Apa itu PCOS?

Polycystic Ovarian Syndrom atau PCOS adalah keadaan dimana ada ketidakseimbangan hormon dalam badan. Keadaan ini berlaku kerana ada lebihan hormon lelaki dan hormon insulin. 

Insulin berlebihan dalam badan akan keluarkan hormon androgen. Hormon androgen akan keluarkan hormon lelaki (testosterone). Hormon lelaki mengganggu hormon perempuan jadi haid tak teratur kerana ovari gagal mengeluarkan telur matang.

Hormon Follicle Stimulating (FSH) dan hormon Luteinizing tidak mencukupi untuk ovari melepaskan telur yang matang. Jadi telur yang matang terperangkap dalam kantung cyst dalam ovari. Jika anda lihat ovari yang ada kantung cyst ini, ia nampak macam ada rantai mutiara (string of pearls) di permukaan ovari. 

Keadaan ini berbeza dengan cyst yang memang ada.Semua orang ada cyst, bezanya cyst itu aktif atau tak.





Siapa berisiko untuk ada PCOS?

  • Jika ahli keluarga anda ada yang ada masalah PCOS, anda juga boleh ada masalah PCOS
  • Jika anda obes
  • Jika anda ada masalah period tidak teratur
  • Jika period anda tak datang langsung
  • Jika anda ada masalah darah haid berpanjangan dan tak putus
  • Jika darah haid anda datang terlalu sedikit dan sepertu calitan warna coklat gelap

Tanda-tanda PCOS

Tanda yang boleh nampak

  • Banyak rambut / bulu tumbuh disekitar tangan, kaki dan wajah (hirsutism)
  • Keguguran rambut yang banyak
  • Banyak jerawat
  • Gemuk / Berat naik mendadak
  • Masih belum hamil / Sukar hendak hamil
  • Banyak kulit lebihan yang tumbuh (skin tags)
  • Banyak lemak di bahagian perut
  • Ada kawasan kulit lebih gelap

Tanda-tanda biasa PCOS
  • Mudah letih
  • Mudah stress
  • Cepat marah / Panas baran
  • Ada mood swing. Ada masa okay, ada masa tak okay.
  • Susah tidur malam, insomnia
  • Mudah resah dan gelisah
  • Mudah kemurungan
  • Tak ada nafsu / kurang nafsu untuk seks
  • Ketagihan gula


Tanda dalaman PCOS 
  • Haid tak teratur
  • Bila haid datang, anda berdarah banyak sebab darah berkumpul dalam rahim terlalu lama.
  • Ada cyst di ovari
  • Ketidaksuburan
  • Ada sakit-sakit pada bahagian pelvik
  • Tinggi kolesterol
  • Ada masalah insulin resistance, gula kebal kepada hormon insulin
  • Ada sleep apnea, terberhenti nafas ketika tidur. (Boleh bawa maut)


Punca-punca berlaku PCOS

PCOS adalah masalah berkaitan hormon dan genetik. PCOS tiada punca khusus. Ia hanya satu keadaan yang berlaku pada hampir 20 - 30 peratus wanita.

Tidak semestinya kerana anda gemuk, anda ada PCOS. Jika anda ingin betul-betul tahu anda ada PCOS ataupun tidak. Anda mesti buat ujian darah dan ultrasound di klinik panel.


Cara atasi PCOS
  • Buat pemeriksaan di klinik dan minta nasihat daripada doktor. Penulis menyarankan anda membuat pemeriksaan rahim sebelum berkahwin lagi. Buat ultrasound bahagian abdomen sekali dengan pemeriksaan darah untuk tengok paras hormon.
  • Makan pil perancang atau ubat hormon untuk kawal hormon. Atas saranan doktor.
  • Turunkan berat badan ke BMI ideal
  • Bersenam seminggu 4 kali
  • Jaga pemakanan. Kurangkan atau berhenti makan gula putih.
  • Pembedahan 'ovarian drilling'. Dikira langkah terakhir. Hanya untuk pasangan yang mandul / tak subur dan inginkan anak.
  • Amalkan suplemen untuk bantu kawal pengeluaran hormon

Suplemen bantu atasi PCOS




1. Alfalfa Shaklee

Untuk detoks badan. Singkirkan toksin dari darah, hati dan usus. Juga bertindak menghilangkan keputihan pada faraj.

2. Omega Guard

Untuk bakar lemak dan turunkan berat badan.

3. GLA Complex

Untuk kawal pengeluaran hormon supaya stabil. Period datang semula. GLA buat prostaglandin dan baiki simptom mood swing, PMS, senggugut melampau dan sakit payudara.


Testimoni Set PCOS Shaklee





Penulis sendiri mengalami masalah PCOS dan telah menjalani ujian darah dan ultrasound di klinik panel. Selepas makan ubat hormon Norethisterone 5mg dari doktor selama 21 hari, penulis datang semula haid. 

Masalah PCOS penulis adalah sebab penulis obes. Jadi hormon estrogen dalam badan penulis lebih tinggi dari hormon FSH dan LH.Jadi telur tak dikeluarkan oleh ovari.

Kini penulis jaga makan, turunkan berat badan dan amalkan suplemen Shaklee untuk jaga hormon penulis. Period penulis kembali normal.



Sambungan: Kesan jangka panjang PCOS dan adakah saya boleh hamil dengan PCOS


Anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan SET PCOS SHAKLEE.

Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.