Rabu, 1 November 2017

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Teks: Linda Kamal
Foto: Linda Kamal, IReach & Google
Entry: 18/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung.




ESP SHAKLEE adalah antara BEST SELLING produk Shaklee. Pada tahun ini ESP pernah terputus stok selama beberapa bulan kerana stok dari US tak cukup untuk penuhi permintaan ESP di Malaysia. 

Sebab kenapa ESP ni best sangat, ESP diperbuat daripada soya non-GMO. Tidak melalui apa-apa perubahan dari segi genetik. Soya jenis non-GMO adalah SELAMAT untuk dimakan dan tidak menyebabkan pembentukan fibroid atau cyst.

Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung


1. ESP kawal kenaikan berat badan ibu mengandung dan elak diabetes GDM

ESP Shaklee adalah minuman protein rendah glisemik indeks. GI ESP hanya 39 sahaja. Jadi proses penyerapan glukosa dalam usus kecil adalah perlahan. 

ESP Shaklee membuatkan ibu mengandung rasa kenyang lama dan tak rasa nak kunyah kudap-kudapan yang boleh buat berat naik mendadak.

Jika anda sering hendak makan snek dan manisan ketika hamil, penulis sarankan anda ambil ESP Shaklee untuk kawal kenaikan berat badan anda. 

Gula berlebihan dalam darah akan buat anda ada kencing manis dan bayi dalam kandungan anda akan ada komplikasi akibat masalah ini.


2. ESP Shaklee kawal bacaan gula kencing manis hamil

Jika anda dah disahkan ada GDM, anda perlu mengambil ESP untuk kawal pengambilan gula harian anda. 

Pertambahan kalori semasa hamil hanya 300 kalori sahaja. Bayi tak perlu banyak sangat kalori. Ramai wanita salah faham dengan istilah berbadan dua. Tak perlu makan untuk dua orang. 

Bayi yang terdedah pada paras glukosa yang tinggi dalam kandungan mempunyai kebarangkalian 5 kali ganda lebih tinggi untuk ada diabetes tahap 2 apabila dewasa.

Bayi juga terdedah kepada kecacatan anggota fizikal dan organ dalaman bayi apabila ibu ada kencing manis semasa hamil.





3. Kuatkan rahim

ESP Shaklee mempunyai protein paling mudah dihadam. Protein sangat penting untuk buat sel-sel dan tisu-tisu baru. Sel-sel dekat rahim akan pulih dan bertambah kuat untuk menampung bayi. Rahim sebesar buah pear akan mengembang 50 kali ganda semasa mengandung.

Jadi pengambilan protein mudah hadam bantu untuk kuatkan rahim dan sekaligus kuatkan kandungan.

4. Tingkatkan pertahanan badan ibu mengandung

Protein sangat penting untuk bina antibodi, enzim dan sel-sel dalam badan termasuk sel darah merah dan sel darah putih. Jadi bila anda amalkan protein yang mudah hadam dan ada 9 asid amino penting untuk tubuh, anda akan hasilkan sel-sel badan yang kuat dan sihat.

5. Bantu morning sickness awal kehamilan

ESP Shaklee membuatkan anda rasa kenyang dan bertenaga. Walaupun anda ada masalah loya dan muntah-muntah, anda masih perlu makan. Jika anda tak lalu nak makan apa-apa makanan. ESP Shaklee adalah sesuai untuk anda. Bancuh dengan apa yang anda suka nak minum dan minum smoothie ini waktu awal pagi.






6. Untuk pembentukan otot dan organ-organ bayi

Protein, vitamin dan mineral sangat penting sejak sebelum hamil lagi. Untuk hasilkan embrio yang berkualiti perlukan kedua-dua ibu bapa hasilkan sperma dan ovum yang sihat. Jadi ibu dan bapa perlu amalkan suplemen bersama-sama.

Sejak sebelum mengandung lagi anda perlu makan makanan yang ada kandungan nutrisi yang tinggi, 4 minggu awal pembentukan janin adalah sangat penting. Apa-apa kecacatan anggota bayi berlaku pada waktu ini.

Sel-sel badan bayi datang daripada asid amino yang ibu hadam. Jadi adalah baik ibu amalkan suplemen tinggi kandungan protein yang mudah hadam untuk pembinaan sel-sel, tisu-tisu, otot, kulit, rambut, kuku dan organ-organ bayi.

Untuk pembinaan saraf dan otak bayi, selain dari protein, anda perlu amalkan minyak ikan omega 3 yang berkualiti tinggi.

7. Bentukkan kulit cerah, bersih dan gebu

Sel-sel kulit yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Jadi protein dalam ESP akan batu hasilkan sel yang kuat dan sihat. ESP dapat bantu kulit ibu hamil menjadi cerah sekata, parut-parut akan pudar dan kulit jadi lembut dan licin. Kebanyakan baby Shaklee juga mempunyai kulit yang cerah, gebu dan mulus.

8. Elak pre-eclampsia waktu mengandung

Keperluan pemakanan ibu mengandung seeloknya 50-60% karbohidrat. 30% daripada lemak (yang baik!) dan 10-20% protein, sebaiknya protein dari soya atau ikan.

9. Kawal rasa lapar ibu mengandung

ESP Shaklee akan lepaskan gula (glukosa) perlahan-lahan dalam salur darah, jadi usus menyerap sepenuhnya protein dan glukosa dalam ESP.

ESP Shaklee buatk ibu mengandung rasa kenyang lama dan bertenaga untuk melakukan kerja harian.



10. Bantu hasilkan susu badan selepas bersalin



Jika anda ada apa-apa soalan atau ingin mendapatkan ESP SHAKLEE.

Anda boleh wasap penulis. Anda boleh wasap ke nombor +60134141176

Atau tekan link dibawah untuk wasap 

http://lindashaklee.wasap.my/



Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.