Jumaat, 3 November 2017

Kesan Jangka Masa Panjang PCOS Dan Adakah Anda Boleh Hamil Dengan PCOS?

Teks: Linda Kamal
Foto: Linda Kamal & Google
Entry: 23/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Kesan jangka panjang PCOS dan adakah anda boleh hamil dengan PCOS?




Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang PCOS anda boleh tekan link dibawah





Apa kesan jangka masa panjang PCOS dan adakah PCOS bahaya?

Kesan jangan panjang polycystic ovarian syndrome pada wanita.
  • Insulin resistance
  • Diabetes Tahap 2
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung
  • Kanser endometrium  (lapisan dalam rahim)

Insulin Resistance

Antara tanda PCOS adalah insulin resistance, bila gula dalam darah sentiasa dalam paras tinggi, gula menjadi kebal terhadap hormon insulin. Jadi pankreas akan keluarkan lebih banyak insulin untuk kawal paras gula.

Insulin berlebihan yang tak efektif ini akan buat badan hasilkan hormon androgen. Hormon androgen akan meransang pengeluaran hormon lelaki iaitu testosterone. Hormon testosterone akan buat anda tumbuh bulu berlebihan, berjerawat, haid tak menentu dan sukar berovulasi. 

Ada wanita yang hanya dapat simptom-simptom PCOS selepas naik berat badan. Masa kurus, berat badan ideal, dia tiada apa-apa simptom PCOS. Anda perlu kekalkan Jisim Indeks Badan (BMI) pada tahap ideal.

Insulin resistance juga boleh berlaku pada wanita gemuk, tak semestinya ada PCOS, jadi insulin resistance boleh berlaku dengan 3 cara


  1. Faktor genetik (keturunan)
  2. Faktor kegemukan (berkaitan dengan pemakanan dan tahap aktif)
  3. Kombinasi dua-dua faktor di atas

Gemuk / Obesiti

PCOS boleh berlaku dekat siapa pun. Cuma 75% wanita yang ada PCOS ada  masalah berat berlebihan atau obes. 

Berat berlebihan ini selalunya berada pada bahagian abdomen; pinggang, perut dan belakang. Ia buat anda berbentuk epal. 

Wanita yang tiada PCOS, mereka selalunya berbentuk 'pear'. Berat ada di bahagian pinggul, punggung dan paha.


Kegemukan dengan banyak lemak di bahagian perut akan buat anda lebih berisiko tinggi untuk ada 
  • Insulin resistance
  • Masalah kesuburan
  • Diabetes Tahap 2
  • Masalah kolesterol dan jantung
Ukut lilit pinggang

Jika ukur lilit pinggang ada antara 80-88 cm, anda berisiko untuk ada masalah jantung dan diabetes tahap 2.

Jika ukur lilit pinggang anda melebihi 88 cm, anda LEBIH berisiko untuk ada masalah jantung dan diabetes tahap 2.

Indeks Jisim Badan (BMI)

BMI normal 20 -25
BMI gemuk 25 - 30
BMI obes (sangat gemuk) >30 

Wanita yang ada PCOS juga boleh ada masalah metabolik seperti
  • Impared glucose tolerance
  • Tekanan darah tinggi
  • Abdominal obesity
  • Kolesterol tinggi dalam darah

Prediabetic dan diabetes tahap 2

Wanita yang ada PCOS ada empat hingga tujuh kali ganda lebih berisiko untuk ada kencing manis dari wanita yang tiada PCOS. Wanita yang ada PCOS juga boleh dapat diabetes tahap 2 pada usia 30-an dan 40-an. Usia muda.

Risiko berkaitan diabetes tahap 2 bagi wanita ada PCOS meningkat apabila
  • Ada ahli keluarga terdekat (mak ayah atau adik beradik) dapat diabetes tahap 2 juga.
  • Ada masalah insulin resistance
  • Gemuk / obes
Wanita yang ada PCOS juga berisiko tinggi untuk dapat kencing manis semasa hamil (GDM). Risiko meningkat jika anda gemuk. 


Sakit jantung / Penyakit jantung

Wanita yang ada PCOS didapati ada dua kali ganda risiko untuk untuk ada sakit jantung atau strok. Faktor yang menyumbang kepada sakit jantung:

  • Ada banyak lemak dan kolesterol dalam darah
  • Ada banyak kolesterol jahat 'LDL' (low density lipoprotein)
  • Ada tekanan darah tinggi
  • Ada banyak keradangan protein / kecacatan pada struktur protein yang boleh tukar fungsi salur darah dan naikkan insulin resistance

Walaupun gemuk / obes menyumbang kepada beberapa faktor diatas. PCOS yang terjadi sebab gemuk / obes seperti kes penulis, risiko untuk dapat sakit jantung dan diabetes tahap 2 meningkat lebih tinggi dari wanita yang gemuk sahaja.


Kanser Endometrial

PCOS tak buat anda ada kanser lapisan rahim tapi sebab anda tak datang haid, atau haid datang tak habis yang buatkan risiko kanser meningkat.

Jika anda ada chronic anovulation (jarang hasilkan telur (ovum)), anda juga jarang datang haid. Dalam kes penulis, penulis tak datang haid selama 6 bulan. Mujur penulis cepat bertindak dan jumpa doktor. 

Bila anda tak datang haid, dinding rahim akan terus menebal dan tidak terhakis (datang haid). Setiap bulan rahim anda sepatutnya buat lapisan dinding yang baru persiapan untuk penempelan embrio (baby) jika berlaku persenyawaan.

Lapisan dinding rahim yang terus menebal tanpa haid, akan menyebabkan pertumbuhan sel-sel abnormal. Sel abnormal ini boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. 

 Risiko ini dapat diturunkan dengan mengawal kitaran haid.

Cara untuk datang haid bagi wanita yang ada masalah haid tak teratur

  • Bersenam
  • Turunkan berat badan ke BMI normal
  • Makan ubat yang diberikan doktor. Penulis makan selama 3 minggu.
  • Kawal pemakanan gula tinggi / tinggi kanji
  • Minum banyak air kosong dan banyak bergerak
Biasanya lepas berat badan anda turun, period anda datang semula. Hormon yang suka pada lemak dah berkurang. Wanita yang ada PCOS mesti ada BMI normal. PCOS ada menyumbang kepada tidak subur / mandul kerana tiada penghasilkan telur oleh ovari. 

Bila tiada telur, tiada persenyawaan berlaku. 

Rujukan:

1. https://jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/symptoms-causes
2. https://jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/complications


Adakah saya boleh hamil dengan PCOS?

PCOS buat 70 - 80 peratus wanita jadi tidak subur. Masalah ini juga menyumbang kepada komplikasi semasa hamil.

Wanita yang ada PCOS dua kali ganda 

  • lahirkan bayi pramatang
  • ada kencing manis semasa hamil
  • ada tekanan darah tinggi
  • dan berisiko untuk gugur
Wanita yang ada PCOS masih boleh hamil dengan galakkan ovulasi melalui intervensi ubat atau pembedahan.




Turunkan berat badan dan kawal paras gula dalam darah juga bantu anda berovulasi (hasilkan telur). 

Bukan semua wanita yang ada PCOS perlukan intervensi. Ada yang tak tahu pun mereka ada PCOS sepanjang hayat. Wanita yang ada PCOS juga boleh jalani kehidupan yang berkualiti dengan menjaga tahap kesihatan diri sendiri.

Biasanya wanita yang ada masalah period tidak teratur berjaya turunkan berat badan, datang bulan setiap bulan seperti normal dan berjaya hamil tanpa bantuan ubat kesuburan daripada doktor.

Rujukan:

1. https://www.healthline.com/health/polycystic-ovary-disease#diet-and-lifestyle8


Suplemen yang bantu kesuburan

Jika anda telah pun cuba bertahun-tahun tapi masih belum hamil atau pernah kandungan gugur. Penulis sarankan anda cuba jus anggur dari Shaklee.

Penulis akan sarankan dos yang anda boleh minum untuk pulihkan sel-sel dalam rahim dan turunkan paras gula dalam darah. Wanita yang dah cuba jus anggur ini mula datang haid semula dengan 'cantik'.

Ada pengedar Shaklee yang 3 tahun cuba untuk dapatkan anak (TTC) berjaya hamil dengan amalkan Vivix Shaklee dengan konsisten pada dos yang betul.

Darah haid yang terputus semasa tengah datang bulan, sambung sampai 'habis'.

Rahim akan pulih dan kitaran hormon akan jadi seimbang semula.

Ikhtiar dengan Vivix adalah jauh lebih jimat dari IUI dan IVF. Jika anda belum berkemampuan untuk kedua-dua jenis rawatan tersebut, penulis sarankan anda ikhtiar dengan Vivix dahulu.




Anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan VIVIX SHAKLEE.

Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.