Sabtu, 11 November 2017

Perlu Ke Makan Suplemen Dan Adakah Suplemen Shaklee Benar-Benar Berkesan?

Teks: Linda Kamal
Foto: Google & Shaklee
Entry: 27/44


Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Topik hari ni agak sensitif. Perlu ke amalkan suplemen setiap hari dan Shaklee ni betul ke berkesan?

Ramai yang beranggapan tidak perlu suplemen untuk kesihatan. Pada pendapat penulis. Sekiranya anda makan cukup dan anda rasa anda dah dapat zat dari pemakanan penulis sarankan anda tengok semula makanan pada masa kini.

Penulis ambil contoh mudah. Sayur sangat penting sebagai sumber vitamin, mineral dan fiber. Tapi, sejauh mana sayur yang kita makan ada kandungan nutrisi yang tinggi?

Penulis yakin anda tahu yang sayur TIDAK BOLEH dimasak terlalu lama sampai LAYU. Sayur perlu dimasak sedikit sahaja, sekadar hendak matikan bakteria dalam sayur. Jika anda nak sayur yang ada tinggi kandungan nutrisi, anda hanya perlu celur sedikit sahaja atau buat salad macam westerners makan. 

Sayur kita buat masak campur, masak lemak, masak dalam sup dan direneh atau dibiarkan masak sampai sayur kecut dan layu. Soalan penulis, berapa banyak vitamin dan mineral yang masih ada dalam sayur ni? Fiber masih ada, fiber tak hancur dalam suhu panas.

Berapa banyak sayur masak lemak anda perlu makan untuk dapat keperluan vitamin dan mineral harian yang cukup?

Jika anda dapat keperluan vitamin dan mineral yang cukup dari pemakanan, mengapa masih ramai wanita hamil yang ada masalah anemia sebab tak cukup zat besi? 

Kerang dah makan. Bayam dah makan. Semua petua dah buat. Bacaan HB; 6, 7, 8. Masih tak naik lebih 11 gd/l. Penulis cuma hendak anda fikir tentang nutrisi yang anda makan. Betulkah makanan yang anda makan cukup nutrisi?

Kajian dah buktikan bahawa pasangan yang ingin hamil perlu mengambil asid folik secukupnya untuk elak  sumbing (cleft palate), kecacatan tiub neural (neural tube damage), masalah pembentukan otak sempurna (anencephaly) dan kecacatan tulang belakang (spina bifida) kepada janin.

Pasangan perlu amalkan asid folik selama 3 bulan SEBELUM hamil. Jika anda ingin hamil sebaik sahaja dah berkahwin, anda perlu amalkan asid folik 3 bulan sebelum berkahwin.



Rakyat Malaysia ada masalah penyakit serius

1. Buah pinggang rosak
2. Diabetes Tahap 2
3. Sakit jantung
4. Obesiti

Jika anda lihat gambar diatas, Landmark Study adalah kajian yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block dari University Of California. Beliau (Dr. Gladys) mencari syarikat yang keluarkan suplemen untuk jalankan kajian tentang suplemen dan tahap kesihatan. Ada orang sarankan Dr. Gladys Block untuk tanya En. Roger Barnett (CEO Shaklee) apakah Dr. Gladys boleh jalankan kajian tersebut.

Syarikat Shaklee baru sahaja dibeli oleh En. Barnett, beliau telah belanja $300 Juta (dollar). En. Barnett bersetuju dengan cadangan Dr. Gladys Block dan syarat yang dikenakan oleh En. Barnett adalah Dr. Gladys Block perlu kaji 3 pengguna. 

1. Pengamal suplemen Shaklee melebihi 20 tahun (Shaklee dikeluarkan pada tahun 1956)
2. Orang yang tak amalkan apa-apa suplemen
3. Orang yang amalkan suplemen syarikat lain.

Dr. Gladys Block sangat terkejut lepas buat kajian suplemen Shaklee.

Apa yang ditulis dalam label setiap vitamin adalah 100% sama dengan apa yang ada dalam setiap biji/ satchet suplemen Shaklee.

Tahap kesihatan pengamal suplemen SHAKLEE adalah jauh LEBIH BAIK dari orang yang tak amalkan apa-apa suplemen. 

Pengguna suplemen LAIN mempunyai tahap kesihatan lebih BURUK dari orang yang tak amalkan suplemen.





Penulis sarankan anda semak semua suplemen atau jus kesihatan yang anda amalkan sekarang. Terutamanya keluaran bumiputera. 

SEMAK

1. Bahan kandungan
2. Berapa gram / peratus setiap bahan kandungan
3. Adakah pihak ketiga telah menjalankan ujikaji terhadap produk tersebut?
4. Apakah kesan jangka panjang penggunaan produk tersebut?
5. Adakah mereka benar-benar ada sijil dari KKM atau baru daftar hendak dapatkan sijil KKM?
6. Adakah produk tersebut TIADA dadah tersembunyi?

Shaklee sangat telus dengan hal ini. Anda boleh baca satu-satu bahan dalam setiap vitamin dan suplemen Shaklee. Shaklee akan berhenti keluarkan suplemen jika bahan mentah yang mereka dapat tak menepati standard kehendak Shaklee. GLA Complex pernah berhenti stok.

Dah banyak suplemen Shaklee berhenti dikeluarkan berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun sebelum dikeluarkan semula. Hanya syarikat yang sangat sayangkan kesihatan anda sebagai pengguna akan buat begini.

Shaklee rugi tak keluarkan GLA Complex. Ramai wanita makan GLA Complex untuk kawal hormon dan haid mereka. Tapi Shaklee hendak pengguna dapat yang TERBAIK.

Di seluruh dunia Shaklee adalah pengeluar suplemen nombor 1. Atlit Olimpik dan Paralimpik pun amalkan Shaklee sebagai suplemen mereka.






Shaklee telah membantu beribu-ribu orang menjadi lebih sihat dengan amalkan suplemen keluaran Shaklee.  Shaklee dah bertapak di Malaysia melebihi 25 tahun.

The products speaks for itself. Sesiapa yang mendapatkan produk Shaklee dari pengedar yang bagus dan berilmu, anda pasti dapat kesan yang baik. 

Jika anda tertanya kenapa Shaklee tak masuk farmasi Malaysia. Di Malaysia Shaklee hanya jual melalui pengedar. Jadi anda ada orang bantu guide cara makan dan apa-apa soalan yang anda ada.

Jika anda masih ingin dapatkan Shaklee dari farmasi. Penulis saran anda ke farmasi di Singapura. Shaklee tak ada pengedar di Singapura. Shaklee diletakkan di atas rak-rak di farmasi. Jika anda beli pun, tiada siapa boleh bantu guide anda amalkan suplemen yang sesuai dengan masalah anda.

Penulis sendiri skeptikal dengan MLM terutamanya yang tiada produk, tapi selepas penulis sendiri amalkan B Complex, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee secara konsisten dan betul. Penulis hadiahkan mak penulis yang ada sakit lutut, pil kalsium Ostematrix. Mak penulis kini dah kurang sakit kaki dan boleh solat dan berjalan tanpa cramp, kejang kaki dan sakit lutut.

The product does speak for itself.

Linda Kamal
ID 1263235
+60134141176
Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.