Jumaat, 3 November 2017

Soya ESP SHAKLEE Punca Cyst Membesar?

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 24/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Ada yang kata soya ESP SHAKLEE punca cyst membesar. Betul ke soya punca cyst membesar?




Ramai yang percaya yang soya adalah punca cyst semakin membesar, ESP Shaklee pula dibuat dari soya, dan terus buat kesimpulan yang ESP Shaklee jadi punca cyst membesar.

Ataupun setelah mula minum ESP secara konsisten, mereka pergi jumpa doktor untuk buat ultrasound pada bahagian abdomen dan doktor jumpa cyst yang dah besar pada ovari atau rahim. 

Cyst ni sebenarnya memang ada pada semua orang. Cuma aktif atau tidak dan untuk cyst membesar lebih dari 3 cm, ia makan masa yang lama. Bukan 1 hingga 3 bulan. Lebih dari tu. 

Cyst adalah sel-sel bukan kanser. Ia tak merbahaya kepada kesihatan. Selagi cyst tak ganggu kehidupan seharian, anda boleh hidup dengan cyst.  Jika cyst ganggu kehidupan anda sahaja, baru anda perlu lakukan sesuatu terhadap cyst tu.

Menurut jurnal, phytoestrogen membuatkan organ reproduktif tikus menjadi semakin sihat.Ovari mereka menjadi semakin baik, hasilkan estrogen secukupnya untuk keluarkan gonadotropin. Gonadotropin pula meransangang pengeluaran hormon FSH dan LH untuk ovulasi. Jadi dalam kes manusia, lepas ada ransangan FSH dan LH, wanita akan berovulasi lepas datang haid. Hormon dalam badan kekal seimbang.

Sebab itu kebanyakan cyst dan fibroid mengecut sendiri selepas amalkan phytoestrogen. Cuma pastikan anda mengambil soya jenis non-GMO yang tak lalui proses perubahan genetik.

Phytoestrogen (hormon semulajadi) adalah estrogen dari sumber tumbuhan. Soya non-GMO adalah antara penyumbang phytoestrogen. Phytoestrogen soya adalah estrogen 'palsu' dari tumbuhan yang galakkan keseimbangan hormon estrogen dalam badan.

Struktur phytoestrogen adalah mirip dengan estrogen yang dihasilkan oleh tubuh manusia cuma tak sekuat estrogen dalam tubuh manusia.  Kajian dari pihak ketiga membuktikan, phytoestrogen dalam ESP adalah lemah. Tak mampu nak besarkan cyst ataupun fibroid seperti estrogen yang dihasilkan oleh tubuh wanita.





Xenoestrogen (hormon yang dibuat dalam makmal) biasanya boleh dapat daripada soya GMO, soya yang dah lalui proses perubahan genetik. Soya jenis ini tingkatkan pengeluaran estrogen dalam badan. Peningkatan estrogen dalam badan akan membuatkan hormon dalam badan jadi huru-hara. 

Apabila ada banyak estrogen, estrogen akan sekat pengeluaran hormon FSH dan LH untuk matangkan telur (ovum) dalam ovari. Jadi ovari tak keluarkan telur. Bila tiada telur, tiada haid. Bila tiada haid, haid jadi tak teratur. Bila haid jadi tak teratur, boleh berlaku masalah PCOS akibat pemakanan dan pengeluaran hormon.



ESP Shaklee dihasilkan pada tahun 1961 dan kekal sampai sekarang. ESP Shaklee dah berada dalam pasaran selama 56 tahun dan ESP Shaklee dah masuk Malaysia selama 27 tahun!

Pengedar Shaklee sendiri dah amalkan suplemen Shaklee melebihi 25 tahun dan kelihatan muda dan masih kuat untuk melakukan aktiviti fizikal.



ESP Shaklee telah pun melalui kajian-kajian yang dibuat dari pakar saintis bertauliah dan hebat. Pokok soya ditanam oleh pihak Shaklee sendiri. Proses buat ESP dijaga sejak tumbuhan soya ditanam lagi.

Cara memproses soya Shaklee juga berbeza, kacang soya dicuci dengan air bukan alkohol supaya kandungan nutrisi soya tak terjejas. ESP Shaklee kaya dengan isoflavones, genistein dan daidzen.

Isoflavones adalah untuk rendahkan kolesterol, turunkan risiko osteroporosis dan sakit jantung. ESP Shaklee bebas kolesterol. 0 mg kolesterol.

Genistein baik untuk organ reproduktif (pembiakan) seperti ovari, uterus dan prostat lelaki. 

Shaklee sangat menitikberatkan kualiti produk Shaklee. Setiap produk Shaklee dah lalui ujikaji makmal oleh saintist bertaraf antarabangsa.

Rujukan

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15772565


TESTIMONI ESP SHAKLEE UNTUK CYST

Cyst dari 4cm+ kecut sampai tak jadi bedah



Cyst dari 7cm kecut sampai tak jadi bedah lepas 12 minggu konsisten
dengan SET HAMIL SHAKLEE termasuk ESP Shaklee.




Anda berminat untuk mendapatkan informasi lanjut / anda ingin mendapatkan ESP SHAKLEE.

Anda boleh menghubungi penulis di nombor +60134141176.

Atau anda boleh tekan link dibawah untuk terus wasap penulis




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.

Linda Kamal
Pengedar Shaklee Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.