Sabtu, 11 November 2017

Tanda Anak Dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD), Bahaya HFMD Dan Cara Cegah HFMD

Teks: Linda Kamal
Foto: Google
Entry: 26/44

Terima kasih kerana melawat blog www.superherolin.com. Tanda anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut, bahaya HFMD dan cara cegah HFMD.




Apa itu HFMD?

Hand, foot and mouth adalah penyakit pada tangan, kaki dan mulut dan penyakit ini tular pada kanak-kanak. HFMD berpunca darivirus jenis enterovirus, virus Coxsackie A16 atau Enterovirus 71 (EV 71). 

HFMD adalah sejenis WABAK. Bukan sahaja kanak-kanak boleh kena HFMD, orang dewasa pun boleh kena juga tapi jarang berlaku.

Bagaimana anak anda boleh dapat jangkitan HFMD?

Virus ini merebak melalui cecair. Cecair dari hidung, air liur, kulit yang melepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti HFMD. Bukan setakat itu, mana-mana permukaan dan alatan mainan yang disentuh kanak-kanak yang ada HFMD, boleh menyebabkan jangkitan HFMD. 

Bahaya HFMD?

Biasanya HFMD dijangkiti oleh kanak-kanak bawah 10 tahun. Terutamanya kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Biasanya penyakit ini tidak serius, tetapi jika melarat ia boleh melibatkan kesihatan jantung dan sistem saraf.

Tanda anak dijangkiti HFMD

1. Tangan, kaki dan dalam mulut melepuh, seperti naik kudis.

2. Demam

Boleh juga ada masalah jangkitan saluran pernafasan, tak berselera makan, muntah-muntah dan cirit birit.

Bayi yang dijangkiti HFMD, kurang atau tidak mahu menyusu kerana sakit. Kulit dalam mulut yang melepuh buatkan mulut bayi sakit.

Jika demam anak tidak kebah, anak terkena sawan, anak kurang minum air anda perlu bawa anak anda ke hospital untuk rawatan lanjut.



Tempoh pulih dari penyakit HFMD

Ramai pesakit pulih sepenuhnya tanpa rawatan perubatan dalam tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari.


Jika anak dah ada jangkitan HFMD. Apa perlu dilakukan?

1. Pakai sarung tangan ketika bersihkan najis dan tukar lampin anak.

2. Basuh permainan anak-anak.

3. Bersihkan rumah dengan kerap.

4. Jangan bawa anak keluar rumah langsung kecuali ke klinik. Wabak ini mudah tular terutamanya di tempat awam seperti padang permainan, tandas awam, dan tadika.

5. Kuarantin anak dalam rumah atau dalam bilik supaya anak lain tidak dijangkiti HFMD.

6. Jika anak pernah dihantar ke rumah pengasuh, sekolah atau tadika, maklumkan pihak pengasuh dan sekolah supaya kanak-kanak lain boleh dicegah dari terkena penyakit HFMD.

Penyakit ini tular pada kadar 100%. Semua kanak-kanak yang terdedah pada virus HFMD, dijangkiti HFMD. Kanak-kanak lain sangat berisiko untuk terkena HFMD juga.




Cara mencegah jangkitan HFMD

1. Jaga amalan kebersihan

2. Pastikan anda kerap cuci tangan dengan betul. Terutamanya selepas mencuci najis anak dan mebuang lampin yang dipakai oleh anak.




3. Mandi dan tukar pakaian (jika perlu, beli pakaian baru) sebelum pulang / sebaik sahaja balik rumah, sebelum bermain dengan bayi.

4. Tutup mulut dan hidung apabila bersin

5. Jangan berkongsi barang-barang peribadi

- Mainan
- Berus gigi
- Sudu, garfu, pinggan dan mangkuk
- Tuala
- Cadar
- Bantal
- Sapu tangan

6. Bersihkan rumah dan lap permukaan meja, kerusi dan lantai yang mungkin dicemari oleh air liur anak.

Jika anak telah dijangkiti HFMD, bolehkah dia dijangkiti lagi?

Ya. Virus HFMD ada beberapa jenis. Jika anak anda telah dijangkiti oleh virus HFMD A*, anak anda boleh dijangkiti virus HFMD B*.

*A dan B adalah contoh.

Suplemen SHAKLEE yang dapat bantu cepatkan anak yang dijangkiti HFMD pulih

1. Nutriferon

Menguatkan sistem imun lawan virus HFMD.

2. Meal Shakes

Bekalkan nutrisi secukupnya untuk anak yang tiada selera makan

3. Basic H2

Pencuci serbaguna organik. Membunuh bakteria dan elakkan kontaminasi wabak HFMD dalam rumah.

4. Performance Drink

Minuman isotonik bebas gula untuk anak yang kurang minum air. 

5. Krim Herbal Blend

Kurangkan rasa gatal kudis HFMD dan hilangkan parut HFMD




Cara dapatkan suplemen diatas

1. Wasap di nombor +60134141176

2. Tekan link dibawah untuk terus wasap

http://lindashaklee.wasap.my/


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, mendiagnosis dan mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Malaysia


2 ulasan:

  1. anak kalau kena mesti merengek je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan. Ada kes 5 hari dah sembuh HFMD, guna Krim Herbal Blend, Set Mandian Bayi Shaklee dan ubat dari doktor.

      Keruping luruh lepas 5 hari je. Lepas sapu banyak-banyak baby oil dari Shaklee.

      Padam

Apa pendapat anda tentang post saya kali ini? Tinggalkan komen anda dibawah.